Panduan Register Aplikasi MySejahtera.
Pastinya anda tertanya-tanya ‘Apa Itu MySejahtera?’ Untuk apa sebenarnya aplikasi ini dibangunkan? Nak tebus eWallet RM5o ada kena mengena dengan aplikasi ni ke?
Keraguan anda pasti terjawab dengan artikel kami hari ini Panduan Register Aplikasi MySejahtera & Tebus eWallet RM50 dimana kami rangkumkan segala maklumat yang anda perlukan sebagai panduan lengkap untuk anda mengenali dan menggunakan aplikasi ini.
Apa tunggu lagi?
Jom baca!
Isi Kandungan
Aplikasi MySejahtera?
Salah satu daripada inisiatif kerajaan untuk memastikan wabak covid-19 ini dikawal dan dihapuskan adalah dengan pengenalan aplikasi MySejahtera untuk membantu dalam pengawasan penularan COVID-19 dalam negara.
Aplikasi ini dibangunkan oleh kerajaan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Aplikasi ini memberikan kemudahan untuk:
- Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
- Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka (monitoring their health) sepanjang penularan wabak COVID-19
- Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19
Kerajaan juga memperkenalkan aplikasi ini bagi membolehkan penilaian kesihatan kendiri. Aplikasi ini juga membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan bagi mengenalpasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat.
Panduan Register Aplikasi MySejahtera
Berikut kami kongsikan kepada anda cara memuat turun aplikasi ini dan beberapa maklumat lain yang berkaitan:
INSTALL MYSEJAHTERA
Aplikasi ini boleh dimuat turun di telefon bimbit anda dengan mudah melalui AppStore iOS Apple dan Google Play Store Android.
REGISTER APLIKASI MYSEJAHTERA
Untuk pengguna kali pertama aplikasi ini jangan risau, berikut kami kongsikan langkah-langkah mudah untuk anda:
- Anda perlu memuat turun dan tekan pada aplikasi MySejahtera di telefon anda.
- Kemudian, klik butang “Daftar Di Sini” bagi mendaftar pengguna baharu.
- Masukkan nombor telefon bimbit anda dan klik “Daftar” atau klik pada “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika anda ingin mendaftar menggunakan e-mel)
- OTP akan dihantar melalui SMS daripada 63839 sekiranya anda mendaftar menggunakan nombor telefon. Sekiranya anda mendaftar menggunakan e-mel, pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel.
- Kemudian, isikan OTP yang diterima dan klik butang “Hantar” sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon atau klik pada pautan dalam emel sekiranya mendaftar menggunakan e-mel.
- Lengkapkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan klik pada butang “Sahkan”
- Mesej “Pendaftaran Berjaya” akan dihantar.
- Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk.
- Tiba di laman Log Masuk, isikan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik pada butang “Log Masuk”
NOTA:
Pengguna juga DIBENARKAN untuk mendaftarkan maklumat mengenai ahli keluarga atau individu lain yang tidak memiliki nombor telefon ataupun akses telefon pintar dengan memilih fungsi ‘Urus Tanggungan’
Apa Itu MySejahtera Check In?
Untuk pengetahuan anda, My Sejahtera Check-In adalah salah satu daripada fungsi tambahan dalam aplikasi yang memberi kebenaran untuk semua jenis premis bagi mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang telah digariskan oleh Kerajaan Malaysia.
Fungsi ini menyediakan sistem pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktur dan seragam atau teratur ke dalam sesebuah premis. Secara langsung, fungsi ini dapat membantu negara mengawal dan mengurus penularan wabak COVID-19 serta mengutamakan keselamatan awam.
MENGENALI APLIKASI MYSEJAHTERA CHECK IN
Antara fungsi MySejahtera Check In adalah:
- Membantu pendaftaran pelawat di premis secara automatik dan cepat;
- Mengurangkan kesesakan pelawat;
- Mencegah penularan jangkitan dengan meningkatkan pematuhan budaya Norma Baharu; dan
- Memastikan keselamatan maklumat peribadi pengguna agar tidak disalahgunakan
Aplikasi ini boleh digunakan oleh rakyat Malaysia dan semua warga asing yang menetap di Malaysia. Ianya boleh digunakan di premis perniagaan, kilang-kilang, tapak pembinaan, kedai-kedai dan pejabat-pejabat.
MANUAL MYSEJAHTERA CHECK IN UNTUK PENGGUNA
Sila muat turun aplikasi dan gunakan fungsi Pengimbas Kod QR didalam MySejahtera untuk ‘Check-In’.
Anda tidak perlu isi borang digital atau borang manual, hanya imbas dan masuk.
Untuk pengguna aplikasi sedia ada (pastikan aplikasi anda berada di versi terkini):
- Langkah 1: Tekan butang Kod QR di laman utama dan tekan ‘Check-in’ untuk daftar kemasukan anda (sistem kamera akan terbuka secara automatik untuk mengimbas Kod QR My Sejahtera Premis);
- Langkah 2: Sila imbas Kod QR My Sejahtera Premis; dan
- Langkah 3: Setelah mengimbas, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.
Untuk pengguna yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera:
- Langkah 1: Sila imbas Kod QR My Sejahtera Premis menggunakan kamera telefon;
- Langkah 2: Laman web My Sejahtera Check-In akan dibuka.
- Langkah 3: Pengguna perlu memasukkan nama serta nombor telefon dan perlu menjawab soalan penilaian kesihatan kendiri
- Langkah 4: Tekan butang ‘Hantar’; dan
- Langkah 5: Susulan itu, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.
Untuk menebus Rm50 eWallet anda, anda boleh rujuk pada artikel kami Download MySejahtera Register & Tebus RM50 Anda! untuk panduan yang lebih lengkap.
VIDEO MANUAL PENDAFTARAN MYSEJAHTERA
Kesimpulan Panduan Daftar Aplikasi Mysejahtera
Pemberitahuan berharap artikel ini dapat membantu anda menggunakan aplikasi MySejahtera. Sebar-sebarkan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda.
Selamat maju jaya kami ucapkan!
TERIMA KASIH