Pemberitahuan » Terkini » Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020. Memandangkan kita bakal bertemu dengan tahun 2020 dalam beberapa hari lagi, mari kita lihat senarai cuti tahun depan.

Kami berharap perkongsian kalendar tahun 2020 ini dapat memudahkan anda merancang aktiviti percutian panjang untuk bercuti dengan keluarga, tarikh kenduri kahwin dan sebagainya.

Bagi mereka yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2020, jangan lupa pastikan segala urusan dah selesai dan sentiasa peka dengan apa-apa pengumuman penting mengenai bantuan yang anda terima.

WAWASAN 2020

Apa itu Wawasan 2020 yang sering kita dengar daripada kecil? Apa matlamat utama wawasan ini?

Ianya merupakan wawasan di bawah kerajaan BN ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Matlamat utamanya adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya pada tahun 2020.

Perdana Menteri Malaysia, Dato. Dr Mahathir sebelum ini telah menggariskan 9 cabaran utama yang perlu diatasi bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Antaranya:

Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur.

Senarai Cuti Umum & Cuti Sekolah Tahun 2020

  • Sesi persekolahan tahun depan akan bermula seawal 1 Januari – 21 Mei 2020.
  • Manakala penggal kedua persekolahan akan bersambung semula pada 19 Jun – 20 November 2020.
  • Cuti sekolah (pertengahan penggal) akan bermula 13 – 21 Mac 2020 (seminggu).
  • Cuti pertengahan tahun pula dari 22 Mei – 6 Jun 2020.
  • Cuti tengah penggal selama seminggu bermula dari 24 Julai – 1 Ogos 2020.
  • Dan akhir sekali cuti akhir tahun selama 5 minggu dari 20 November – 31 Disember 2020.

Untuk makklumat lanjut anda boleh download takwim persekolahan 2020 di pautan yang kami sediakan di bawah:

TAKWIN PERSEKOLAHAN

JANUARI 2020

Jan 2020 - Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Cuti Sekolah Januari 2020

  • 1 Jan: Tahun Baru
  • 14 Jan: Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan
  • 19 Jan: Hari Keputeraan Sultan Kedah
  • 25 – 27 Jan: Cuti Tahun Baru Cina
Baca Juga :  iSinar KWSP: Permohonan Pengeluaran Akaun 1 RM10,000 Online

FEBRUARI 2020

Feb 2020 - Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Cuti Sekolah Februari 2020

  • 1 Feb: Hari Wilayah Persekutuan
  • 8 Feb: Thaipusam

MAC 2020

Mac 2020 - Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Cuti Sekolah Mac 2020

  • 4 Mac: Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
  • 22 Mac: Israk Mikraj
  • 23 Mac: Hari Keputeraan Sultan Johor

APRIL 2020

Apr 2020 - Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Cuti Sekolah April 2020

  • 10 April: Good Friday
  • 15 April: Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah
  • 24 April: Awal Ramadhan
  • 26 April: Hari Keputeraan Sultan Terengganu

MEI 2020

Mei 2020 - Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Cuti Sekolah Mei 2020

  • 1 Mei: Hari Pekerja
  • 7 Mei: Hari Wesak
  • 10 Mei: Hari Nuzul Alquran
  • 24-26 Mei: Hari Raya Aidilfitri
  • 30-31 Mei: Pesta Keaamatan

JUN 2020

Jun 2020 - Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Cuti Sekolah Jun 2020

  • 1-2 Jun: Hari Gawai

JULAI 2020

Jul 2020 - Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Cuti Sekolah Julai 2020

  • 7 Jul: Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown
  • 11 Jul: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
  • 17 Jul: Hari Keputeraan Raja Perlis
  • 22 Jul: Hari Sarawak
  • 31 Jul: Hari Raya Haji

OGOS 2020

Ogos 2020 - Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Cuti Sekolah Ogos 2020

  • 1 Ogos: Hari Raya Haji Hari Kedua
  • 20 Ogos: Awal Muharram
  • 31 Ogos: Hari Kebangsaan

SEPTEMBER 2020

Sept 2020 - Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Cuti Sekolah September 2020

  • 9 Sept: Hari Keputeraan YDP Agong
  • 11 Sept: Hari Malaysia

OKTOBER 2020

Okt 2020 - Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Cuti Sekolah Oktober 2020

  • 3 Okt: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah
  • 9 Okt: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka
  • 10 Okt: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak
  • 24 Okt: Hari Keputeraan Sultan Pahang
  • 26 Okt: Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
  • 29 Okt: Maulidur Rasul

NOVEMBER 2020

Nov 2020 - Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Cuti Sekolah November 2020

  • 6 Nov: Hari Keputeraan Sultan Perak
  • 11-12 Nov: Hari Keputeraan Sultan Kelantan
  • 14 Nov: Hari Deepavali

DISEMBER 2020

Dis 2020 - Kalendar 2020: Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Cuti Sekolah Disember 2020

  • 11 Dis: Hari Keputeraan Sultan Selangor
  • 25 Dis: Hari Krismas

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2020

Takwim persekolahan bagi tahun 2020 belum lagi diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan. Namun, suka kami ingatkan tarikh-tarikh yang dipaparkan di atas adalah tarikh cuti sekolah yang rasmi untuk tahun 2020

Bagi sesi persekolahan Ahad – Jumaat, berikut senarai cuti umum yang jatuh pada hari tersebut:

Cuti Umum Ahad

  • Tahun Baru Cina (26 Jan 2020)
  • Hari Raya Puasa (24 Mei 2020)
  • Hari Kebangsaan (31 Ogos 2020)

Cuti Umum Jumaat

  • Good Friday (10 April 2020)
  • Hari Buruh (1 Mei 2020)
  • Raya Haji (31 Jul 2020)
  • Hari Krismas (25 Dis 2020)

KESIMPULAN

Tarikh cuti sekolah dan cuti umum Kalendar 2020 ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Diharapkan perkongsian kami kali ini dapat memudahkan urusan anda sekeluarga untuk tahun 2020. Selamat Tahun Baru kami ucapkan!

TERIMA KASIH