Pemberitahuan » Kewangan » Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Apa itu pelaburan Amanah Saham Bumiputera?

Terutama sekali kepada golongan anda yang baru bekerja, tak lekang lah daripada bibir pak mak saudara yang sungguh-sungguh suruh anda buka akaun ASB ni. Bagus lah katanya, simpanan berbaloi lah, tapi persoalan yang sering bermain dalam fikiran anda;

‘Masalahnya, ASB ni sebenarnya apa?’

Ramai lagi di antara kita yang masih lagi tidak tahu sepenuhnya apa itu amanah saham bumiputera (ASB) ni. Tahu sikit-sikit je buatkan anda tak yakin nak buat pelaburan ASB.

Pemberitahuan ada jawapan untuk persoalan anda!

Pemberitahuan pada entri kali ini menyediakan anda pengenalan khas akan apa itu amanah saham bumiputera (ASB) dan beberapa point asas yang perlu  anda ketahui.

Teruskan bersama kami!

ASB PELABURAN YANG MENYAKINKAN?

Membuka akaun ASB pada usia yang muda tak akan merugikan anda, memanglah pada mulanya anda perlu keluarkan modal untuk melabur tetapi di akhirnya anda juga yang akan menikmati hasil pelaburan itu.

Elakkan bersikap hidup nak senang-lenang tanpa perlu melalui kesusahan. Apa sahaja yang kita lakukan pasti akan ada risiko dan masalah yang perlu dihadapi.

Jadi janganlah cepat mengeluh dan tak sabar nak kan hasil, pelaburan ASB anda ini akan menjadi simpanan jangka masa panjang yang membantu anda di saat yang memerlukan.

Jadi apa tunggu lagi?

Teruskan membaca ya!

 

Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera ASB - Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

MELABUR DALAM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

Berikut merupakan persoalan-persoalan yang sering menjadi jadi tanda tanya mengenai ASB:

APA PERBEZAAN ANTARA ASB DAN ASNB?

Senang saja, sebenarnya;

  • ASB (Amanah Saham Bumiputera) ialah unit amanah yang diuruskan ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad).

Manakala,

  • ASNB ialah pengurus unit amanah ASB. Selain menawarkan ASB, ASNB turut menawarkan ASB2, ASW, ASD dll

APA ITU AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

Dilancarkan pada 1990 khas untuk bumiputera Malaysia, ASB atau Amanah Saham Bumiputera adalah dana unit amanah popular yang dimiliki oleh syarikat pelaburan terbesar negara, Permodalan Nasional Berhad (PNB).

ASB dimulakan oleh PNB berkaitan kerajaan dengan matlamat untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi bumiputera dengan menyediakan masyarakat dengan kenderaan tambahan untuk menyelamatkan dan melabur.

ASB pada dasarnya ialah dana ekuiti pendapatan jangka panjang dengan harga tetap RM1 seunit yang tidak mengenakan bayaran untuk jualan unit atau penebusan.

SYARAT KELAYAKAN PELABURAN

  • Bumiputera adalah Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak seperti yang tertakrif di dalam Perlembagaan Persekutuan dan serta Orang Asli seperi yang didefinasikan di dalam Akta Orang Asli 1954.

GOLONGAN TIDAK LAYAR MELABUR

  • Bukan warganegara Malaysia
  • Pemegang unit yang telah menyerahkan taraf warganegara Malaysia
  • Bukan Bumiputera/Pribumi Sabah/Pribumi Sarawak/Orang Asli (Bagi tabung unit amanah yang dikhaskan untuk Bumiputera sahaja)
  • Tidak dapat mengemukakan dokumen yang menunjukkan keturunan yang dibenarkan melabur
  • Gagal memberi maklumbalas yang diperlukan, selepas surat peringatan dikeluarkan oleh ASNB
Baca Juga :  Permohonan Pinjaman Peribadi Yayasan Ihsan Rakyat

CARA PEMBELIAN UNIT ASB TANPA WANG TUNAI

Berikut merupakan 3 cara yang boleh anda lakukan:

  • Pengeluaran dana KWSP : jika anda berumur 18-55 tahun dan anda mempunyai sekurang-kurangnya RM5000 melebihi jumlah simpanan asas Akaun 1 anda, anda boleh mengeluarkan sehingga 20% dari simpanan yang berlebihan.
  • Potongan gaji : Pekerja boleh memilih untuk menaikkan modal
  • Pinjaman ASB : Kebanyakan bank ejen yang diberi kuasa seperti Maybank, BSN, CIMB, AmBank, RHB dan Affin Bank menawarkan pinjaman kepada bumiputera untuk membeli unit ASB.

DIMANA ANDA INGIN LAKUKAN PEMBUKAAN, PENAMBAHAN AKAUN BARU & PENGELUARAN PELABURAN?

Anda boleh membuat urus niaga tersebut di cawangan ASNB atau di ejen-ejen ASNB iaitu:

      1. Maybank
      2. Maybank Islamic
      3. CIMB
      4. CIMB Islamic
      5. RHB
      6. RHB Islamic
      7. Pos Malaysia
      8. Bank Simpanan Nasional (BSN)
      9. Affin Bank
      10. Alliance Bank
      11. AmBank
      12. AmBank Islamic
      13. Bank Muamalat
      14. HongLeong Bank
      15. HongLeong Islamic Bank

Nota: Ejen yang bukan bank di sini ialah Pos Malaysia.

Tambahan pelaburan tambahan juga boleh dilakukan melalui portal ASNB di www.myasnb.com.my atau secara dalam talian menerusi Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnline dan RHBNow. Tertakluk kepada terma dan syarat.

HAD PELABURAN DALAM ASB

Berdasarkan sumber dari ASNB sendiri, setakat ini anda boleh melabur seberapa banyak jumlah di bawah RM200,000.

Bila baru boleh beli?

Yang bestnya ASB ni anda boleh beli unit ASB pada bila-bila masa sahaja ditambah lagi dengan anda diberikan kebebasan untuk melanggan unit-unit tambahan dalam had yang ditetapkan iaitu 50,000 unit.

Dengan melabur dalam ASB, anda boleh menikmati dividen yang konsisten tiap-tiap tahun, dan jumlah dividen yang anda akan terima adalah berdasarkan jumlah minimum setiap bulan dan modal yang anda keluarkan.

Yang menjadi tarikan utamannya, ASB akan berikan pulangan dividen tak kurang dari 8.5% setahun. Anda boleh klik Sejarah Jadual Pulangan dividen ASB.

Berbaloi sangat, mesti tak sabar nak join ASB kan?

RISIKO PELABURAN ASB

ASB diletakkan di dalam kategori berisiko rendah dan konsisten dalam memberikan pulangan yang tinggi kepada pelaburan dan juga simpanan anda.

Kenapa ASB berisiko rendah?

Ianya adalah kerana nilai modal dari pelaburan ASB anda tidak mungkin akan menyusut seperti yang dtetapkan oleh peraturan kerajaan.

Walaubagaimanapun, tak bermakna risiko rendah ianya tidak berisiko, Nilai pelaburan ASB anda mungkin akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada kesihatan ekonomi negara dan banyak lagi faktor lain yang boleh mengganggu kestabilan pelaburan ASB.

Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera ASB 1 - Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

 

KESIMPULAN

Jinak-jinakkan diri anda dengan dunia pelaburan melalui ASB.

Pulangan yang konsisten dan berbaloi menjadikan ASB pilihan favourite kebanyakan pengguna. Mulakan pelaburan ASB anda ini dengan bersungguh-sungguh dan pastikan anda sentiasa komited dengan usaha anda. Bukan hasilnya nanti anda yang tuai, anda juga yang merasa.

Jangan ibarat melepaskan batuk di tangga, mula-mula semangat lama-lama anda bosan sebab lambat tunggu hasil.

Nak senang bukan senang, nak susah pun bukan susah.

Pemberitahuan mengucapkan selamat maju jaya dengan pelaburan ASB anda!