Adakah anda sering tertanya – tanya mengapa permohonan pinjaman seperti pinjaman untuk beli rumah dan kereta ada tidak berjaya, dan juga pinjaman untuk perniagaan tidak diluluskan? Masalah ini disebabkan sama ada status CTOS dan CCRIS individu itu sendiri yang menyebabkan terjadinya halangan untuk sesuatu permohonan tersebut tidak diluluskan oleh pihak bank dan sebagainya. Artikel ini akan menerangkan tentang semakan status ctos dan ccris degan lebih terperinci.
Semakan Status CTOS Dan Secara CCRIS
Kami juga akan menerangkan kepada anda bagaimana sekiranya anda hendak menyemak sama ada anda tersenarai dalam kategori CTOS ataupun CCRIS. Untuk cara yang lebih mudah dan tidak memakan masa yang banyak, anda boleh menyemak kedua- duanya secara online.
1. Semakan Status CTOS Online
Sekiranya anda ingin mengetahui samada nama anda tersenarai dalam CTOS, anda boleh melayari laman web CTOS dan mendaftar sebagai pengguna:
- Cara yang pertama adalah dengan mendaftar bagi mendapatkan ID CTOS Pengguna di laman web Daftar CTOS Online.
Selepas pendaftaran berjaya, anda akan memperolehi maklumat seperti:
- Laporan MyCTOS untuk kali Pertama secara PERCUMA
- Dua laporan MyCTOS yang dikemaskini setiap tahun iaitu untuk bulan Januari dan Julai.
- Pemberitahuan untuk rekod tindakan undang-undang baru sekiranya ada.
Setelah ID CTOS anda telah diaktifkan, anda boleh mengakses laporan anda pada bila-bila masa dan dimana juga melalui internet atau melalui aplikasi telefon pintar yang disediakan oleh pihak CTOS.Ikuti link Applikasi Android Google Play. Manakala untuk Apple Applikasi apple store.
Untuk makluman pendaftaran CTOS adalah PERCUMA, begitu juga dengan laporan CTOS juga boleh anda perolehi secara PERCUMA dan anda akan menerima laporan yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
- Butir-butir peribadi anda seperti Nama, Alamat dan lain-lain
- Maklumat SSM mengenai Pendaftaran syarikat, maklumat pengarah urusan dan sebagainya
- Butiran sejarah Litigation – rekod tindakan undang-undang semada sebagai defendan atau plaintiff sekiranya ada.
- Rujukan Perdagangan (Trade Referees)
2. Semakan Status CCRIS Online
CCRIS atau nama penuhnya Central Credit Reference Information System merupakan sistem yang mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans, dan juga syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta.
CCRIS merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta untuk membantu mereka memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.Untuk semakan nama anda di dalam sistem CCRIS pula, anda cuma perlu melayari portal di bawah.
- Sila klik CCRIS untuk ke portal
- Dan ikuti cara-cara dan panduan yang telah disediakan dalam laman web tersebut untuk semakan.
Kesimpulan
Diharap agar perkongsian maklumat Cara Semakan CTOS dan CCRIS secara Online ini dapat memberi manfaat buat anda. Semoga laporan kredit anda berada dama keadaan yang baik untuk membuat permohonan pinjaman.Bank-bank akan menilai permohonan pinjaman dengan merujuk pada sejarah kredit anda sebelum membuat keputusan samada anda layak untuk diberikan pinjaman atau tidak. Jangan lupa kongsikan artikel ini.