Pemberitahuan » Informasi » MyPremis MARA: Permohonan Sewaan Premis Bangunan MARA 2021

MyPremis MARA: Permohonan Sewaan Premis Bangunan MARA 2021

MyPremis MARA: Permohonan Sewaan Premis Bangunan MARA 2021

Para usahawan yang berminat boleh mula membuat permohonan premis bangunan MARA 2021 mengikut negeri anda masing-masing.

Macam mana nak tahu kekosongan setiap lokasi?

Bagaimana pula dengan syarat kelayakan dan cara permohonan?

Jangan risau, kami di Pemberitahuan menyediakan artikel MyPremis MARA: Permohonan Sewaan Premis Bangunan MARA 2021 khas buat mereka yang berminat ingin membuat permohonan.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca!

Apa Itu MyPremis MARA?

Untuk makluman semua, para peniaga yang tidak mempunyai premis untuk menjalankan perniagaan sendiri anda kini boleh membuat permohonan sewaan premis bangunan MARA.

Sebanyak 1066 lot perniagaan milik MARA yang kondusif dengan harga sewaan yang berpatutan ditawarkan kepada para usahawan Bumiputera di seluruh negara.

5f68651373a8d978204752 - MyPremis MARA: Permohonan Sewaan Premis Bangunan MARA 2021

Permohonan sewaan premis MARA ini boleh dilakukan secara atas talian atau online di Portal MyPremis.

MyPremis MARA: Permohonan Sewaan Premis Bangunan MARA 2021

Berikut kami kongsikan syarat-syarat permohonan, langkah-langkah permohonan dan banyak lagi untuk rujukan anda:

SYARAT PERMOHONAN MyPREMIS MARA

Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah seorang usahawan Bumiputera.
  3. Pemohon mesti bebas senarai hitam daripada pihak MARA.
  4. Pemohon adalah tidak bankrap.
  5. Pemohon telah mendaftarkan perniagaan/syarikat melalui SSM.
  6. Perniagaan adalah mengikut kesesuaian dan daya maju perniagaan atau perusahaan yang dicadangkan.
  7. Had umur pemohon mestilah antara 16 hingga 60 tahun semasa permohonan dibuat.
Baca Juga :  Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB Online

CARA PERMOHONAN MyPREMIS MARA ONLINE

Para peniaga yang berkelayakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan.

Ikuti langkah-langkah yang kami sediakan di bawah:

LANGKAH 1:

LANGKAH 2:

  • Pilih negeri tempat anda mentepa untuk membuat permohonan premis dengan cara klik pada bendera tersebut.
  • Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.

LANGKAH 3

  • Muat naik maklumat perniagaan iaitu sijil SSM anda.
  • Klik pada ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.
  • Usahawan-usahawan yang berminat juga boleh menghubungi Pejabat MARA Negeri (PMN) masing-masing.

NOTA:

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

SEMAKAN PERMOHONAN 

Anda boleh buat semakan permohonan MyPremis MARA ini dengan cara-cara yang berikut:

  • Pemohon perlu layari laman web berikut: SEMAKAN PERMOHONAN
  • Masukkan kad pengenalan dan emel permohonan.
  • Klik pada ‘Semak’ dan keputusan permohonan anda akan dipaparkan.

Soalan Lazim

Jika saya ingin menyemak kekosongan premis untuk disewa, di manakah perkara tersebut boleh saya rujuk?

Adakah bukan warganegara layak memohon penyewaan di premis niaga MARA?

  • Tidak. Hanya warganegara Malaysia sahaja layak untuk memohon penyewaan di premis niaga MARA.

Jika saya masih belum mendaftar syarikat saya di bawah SSM, adakah permohonan saya akan diluluskan?

  • Tidak. Usahawan yang mendaftar perlu mengemukakan bukti pendaftaran SSM bagi memastikan permohonan mereka berjaya.