Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Bantuan Pemandu Pelancong 2021 Secara One-Off

Permohonan Bantuan Pemandu Pelancong 2021 Secara One-Off

Permohonan Bantuan Pemandu Pelancong.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu menyaksikan beberapa industri di Malaysia termasuk industri pelancongan terjejas terus dan malah ada diantara mereka yang telrlibat di dalam industri ini kehilangan punca pendapatan.

Rentetan daripada situasi di atas, kerajaan negeri Johor prihatin dan melaksanakan satu program khas iaitu Program Insentif Bantuan Pelancongan secara one-off kepada pemandu pelancong dan juga agensi pelancongan yang terkesan.

Ketahui cara permohonan, syarat permohonan dan maklumat-maklumat lain di dalam artikel kami hari ini Permohonan Bantuan Pemandu Pelancong 2021 Secara One-Off sebagai panduan memudahkan urusan permohonan anda.

Jom baca!

Permohonan Bantuan Pemandu Pelancong 2021 Secara One-Off

Insentif pelancongan johor - Permohonan Bantuan Pemandu Pelancong 2021 Secara One-Off

Berikut kami kongsikan panduan permohonan bantuan pemandu pelancong dan juga permohonan bantuan agensi pelancongan secara menyeluruh:

PERMOHONAN BANTUAN PEMANDU PELANCONG 2021

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon berdaftar sebagai Pemandu Pelancong dengan MOTAC Negeri Johor sebelum 30 April 2020.
  2. Permohonan yang dihantar mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana berikut:
    Salinan Kad Pengenalan
    Salinan Lesen Pemandu Pelancong
    Salinan akaun bank yang sah dan milik pemohon
    Jumlah bilangan tugasan sepanjang tahun 2019 dan 2020
  3. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor.
  4. Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
  5. Pemohon diwajibkan menghadiri kursus pengukuhan bagi pemandu pelancong yang akan dimaklumkan kelak.

CARA-CARA PERMOHONAN

Mereka yang berkelayakan boleh buat permohonan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pemohon perlu mengisi butiran di dalam BORANG PERMOHONAN BANTUAN PEMANDU PELANCONG dalam bentuk google form.
  2. Selepasa mengisi semua maklumat dengan lengkap muat naik dokumen sokongan (senarai di bawah) dan hantar borang permohonan anda.
Baca Juga :  BPN 2.0: Permohonan Baru Dibuka Sehingga 15 November 2020

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIMUAT NAIK

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Lesen Pemandu Pelancong
  3. Salinan penyata bank (muka hadapan)
  4. Jumlah bilangan tugasan sepanjang tahun 2020 (Senarai tugasan tahun 2020 perlu diisi didalam borang dan diupload:
    – Tarikh
    – Lokasi pelancongan
    – Bilangan Pelancong

PERMOHONAN BANTUAN AGENSI PELANCONGAN 2021

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai Lesen Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan yang sah dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
  2. Mempunyai salinan akaun bank yang sah yang memaparkan nama bank dan nombor akaun dengan jelas.
  3. Pemohon mestilah syarikat tempatan yang berada di Negeri Johor.
  4. Pemohon mestilah agensi pelancongan yang mempromosi dan membawa pelancong ke Negeri Johor sahaja.
  5. Pemohon diwajibkan untuk menyertakan pakej pelancongan Johor yang sedia ada serta statistik jualan pakej pelancongan tahun 2017-2020.
  6. Pemohon yang telah membuat Permohonan Insentif Agensi Pelancongan pada fasa 1 tidak dibenarkan membuat permohonan.

CARA-CARA PEMOHONAN

Mereka yang berkelayakan boleh membuat permohonan dengan cara yang berikut:

  1. Pemohon perlu mengisi butiran di dalam BORANG PERMOHONAN BANTUAN AGENSI PELANCONGAN dalam bentuk google form.
  2. Selepas mengisi semua maklumat dengan lengkap muat naik dokumen sokongan (senarai di bawah) dan hantar borang permohonan anda.

DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN AGENSI PELANCONGAN

  1. Nama dan No Akaun Bank Syarikat.
  2. Salinan sijil SSM dan lesen MOTAC
  3. Laporan hasil jualan pakej pelancongan Johor mengikut tahun 2017
  4. Laporan hasil jualan pakej pelancongan Johor mengikut tahun 2018
  5. Laporan hasil jualan pakej pelancongan Johor mengikut tahun 2019
  6. Laporan hasil jualan pakej pelancongan Johor mengikut tahun 2020

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Pemandu Pelancong

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kekeliruan anda boleh hubungi pihak Johor Tourism di talian berikut:

  • 07-223 4935
  • 07-224 9960

Semoga perkongsian kami dapat membantu pemandu pelancong dan agensi pelancongan yang terjejas punca pendapatan disebabkan penularan kes Covid-19 yang semakin serius.

Sama-sama kita jaga kita dan selamat maju jaya kami ucapkan pada mereka yang membuat permohonan.

TERIMA KASIH