Pemberitahuan » Informasi » Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Online

Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Online

Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Secara Online

Adakah anda bekas anggota kerajaan yang telah tamat perkhidmatan? Anda ingin tahu cara buat semakan penyata pencen dengan mudah? Kami sediakan panduan mudah dengan artikel Cara Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Online. Nak tahu macam mana?

Jom baca!

Cara Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Melalui Online

Buat pengetahuan anda, bermula 1 November 2015 yang lalu , kerajaan telah melantik Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] sebagai ejen bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Antara tugasan yang dilaksanakan KWAP adalah merangkumi:

  • Pengurusan dokumentasi fail persaraan
  • Pengiraan faedah persaraan
  • Bayaran faedah persaraan
  • Perkhidmatan hidmat pelanggan.

Walau bagaimanapun, hal yang berkaitan dasar berkaitan persaraan serta kelulusan faedah persaraan masih kekal diuruskan Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA.

Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula merupakan sebuah portal yang diwujudkan khas untuk semua penjawat awam, pesara dan orang awam. Antara fungsi yang disediakan adalah semakan penyata pencen secara online.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI APLIKASI JPA PENCEN

Terdapat banyak perkhidmatan lain yang disediakan di aplikasi atas talian apps jpapencen selain semakan penyata pencen, iaitu:

  1. Pemakluman Pembayaran Faedah Persaraan
  2. Semakan Status Permohonan Persaraan
  3. Bantuan Mengurus Jenazah
  4. Semakan Persaraan Pilihan
  5. Semakan Pemberian Taraf Berpencen
  6. Semakan Kelulusan Faedah Bersaraan
  7. Semakan Pindaan Potongan
  8. Cetakan Surat Kelulusan Skim A Berwakil

Bagi yang berminat, berikut kami sediakan panduan semakan pencen online:

PANDUAN CARA MEMBUAT SEMAKAN PENYATA PENCEN SECARA ONLINE

LANGKAH 1:

Layari laman portal rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA seperti yang kami sediakan di bawah:

http://www.jpapencen.gov.my/.

LANGKAH 2:

Setelah masuk halaman portal, lihat di sebelah kiri halaman yang memaparkan Aplikasi dan klik pada butang ‘Cetakan Penyata Pencen’

Baca Juga :  Permohonan Skim MySalam RM700 Untuk Perlindungan B40

ss - Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Online

LANGKAH 3:

Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan, nombor akaun pencen dan pilih tahun dikehendaki pada paparan yang disediakan seperti di bawah:

PicsArt 02 02 03.24.44 - Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Online

LANGKAH 3:

Akhir sekali, klik pada petak ‘I’m not a robot’ dan klik lagi pada butang ‘Hantar’. Kemudian, maklumat penyata pencen anda akan dipaparkan.

Selesai! Mudah sahaja bukan?

MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PESARA JPA

Untuk makluman anda, berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh para pesara:

1. Pesara perlu memaklumkan Bahagian Pencen JPA dengan segera sekiranya berlaku:

  • pertukataran alamat; dan
  • perubahan status perkahwinan sebagai contoh perceraian, perkahwinan semula dan kematian suami/isteri

2. Sekiranya pesara atau penerima pencen meninggal dunia, sila kemukakan dengan segera borang JPA.BP.SPT.B01d (Borang Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan)

3. Pesara yang hendak keluar negara bagi tempoh lebih dari tiga (3) bulan TIDAK perlu lagi memohon untuk
pengecualian syarat bermastautin di Malaysia

4. Pesara dinasihatkan agar menghubungi Jabatan terakhirnya untuk memastikan sebarang perubahan gaji akhir akibat dari pergerakan gaji atau kenaikan pangkat dimaklumkan segera kepada Bahagian Pencen JPA dengan mengemukakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini agar tindakan penghitungan semula faedah persaraan boleh dilakukan.

5. Sekiranya pesara/penerima pencen berpindah tempat tinggal atau nombor akaun bank pesara/penerima pencen sudah bertukar disebabkan kehilangan atau ingin menukar akaun di bank lain, sila maklumkan DENGAN SEGERA kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dengan mengembalikan borang permohonan yg lengkap beserta salinan dokumen yang berkenaan serta alamatkan di alamat berikut:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

ATAU;

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan),
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor.

Maklumat Lanjut 

Sebarang maklumat lanjut yand anda perlukan sila hubungi mereka di:

  • Telefon : 03-8887 8777
  • Fax : 03-8887 8770
  • Emel : mypesara@kwap.gov.my

Kesimpulan

Semoga artikel ini dapat memudahkan urusan pesara-pesara kerajaan yang ingin membuat semakan penyata pencen mereka secara online. Jimat masa dan tenaga. Kongsi-kongsikan artikel ini kepada yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!