Jadual Perjalanan Rentas Negeri Ketika PKPB?
Berita baik kepada anda yang terkandas di kampung halaman dan ingin pulang ke kediaman masing-masing.
Pemberitahuan hari ini membawakan anda maklumat tentang Jadual Perjalanan Rentas Negeri Ketika PKPB khas buat mereka yang ingin pulang ke rumah masing-masing. Semuanya ada disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Jadual Perjalanan Rentas Negeri Ketika PKPB
Berikut kami kongsikan jadual perjalanan pulan rentas negeri ketika PKPB dan beberapa maklumat lain yang penting untuk anda:
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
Bagi memastikan perjalanan ekonomi negara semakin stabil, kerajaan mengambil keputusan untuk memberikan sedikit kelonggaran kepada sektor ekonomi yang sebelum ini ditutup semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.
Tujuan kerajaan memberi kelonggaran bersyarat itu adalah untuk menggerakkan kembali ekonomi negara selepas mengalami kerugian RM2.4 bilion sehari sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.
JADUAL PERJALANAN RENTAS NEGERI
Menurut sumber yang kami dapatkan daripada laman web rasmi Polis Diraja Malaysia, penetapan tarikh empat hari mulai Khamis (7 Mei) hingga Ahad (10 Mei) ini, bagi membolehkan orang ramai yang terkandas membuat perjalanan rentas negeri, kembali ke kediaman masing-masing dari seluruh negara.
TARIKH PERJALANAN MENGIKUT NEGERI
- Khamis (7 Mei) khusus untuk orang ramai terkandas diKuala Lumpur pulang ke kediaman di negeri lain seluruh negara.
- Jumaat (8 Mei) diperuntukkan untuk mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan menuju ke destinasi masing-masing terutama di Kuala Lumpur.
- Sabtu (9 Mei) dikhususkan kepada mereka yang bergerak dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.
- Ahad (10 Mei), dikhususkan kepada mereka yang berada di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
PERMOHONAN UNTUK PULANG KE RUMAH DARI KAMPUNG
PERMOHONAN RENTAS NEGERI ONLINE (APLIKASI ‘GERAK MALAYSIA’)
Aplikasi yang masih berada di dalam kajian awal pihak berkuasa ini merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi rakyat Malaysia untuk memudahkan rakyat Malaysia mendaftar permohonan pulang ke kediaman masing-masing.
Antara fungsi aplikasi ‘Gerak Malaysia’ ini adalah:
- Membantu kerajaan dan pihak polis dalam memerhati pergerakan yang bakal dilakukan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan masih berlangsung.
- Menyimpan rekod perjalanan setiap individu yang memohon.
- Memudahkan proses penjejakan semula sekiranya berlaku penularan wabak dan sebagainya.
Untuk pengetahuan anda, anda tidak perlu menunggu kelulusan sekiranya anda menggunakan aplikasi ini.
Polis akan mendapat akses maklumat pemohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia.
MUAT TURUN APLIKASI ‘GERAK MALAYSIA’
Berikut merupakan pautan melalui Android atau IOS yang kami sediakan untuk anda memuat turun aplikasi ini:
PERMOHONAN RENTAS NEGERI SECARA MANUAL
Bagi sesiapa yang tiada kemudahan telefon pintar dan pelbagai masalah lain yang menyebabkan anda tiada akses untuk membuat permohonan online, anda boleh membuat permohonan secara manual di balai polis berhampiran:
Muat Turun Borang Rentas Negeri
Rakyat di Semenanjung boleh memuat turun borang kebenaran rentas negeri menerusi Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Borang itu kemudian perlu dicetak dan diserahkan kepada balai berdekatan untuk kelulusan.
Kelulusan akan diberi pada hari sama borang itu diserahkan. Klik pautan yang kami sediakan di bawah untuk memuat turun borang:
NOTA:
Anda dinasihatkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu kerana untuk mengelakkan kesesakan di balai polis berlaku.
Kesimpulan
Dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan ini, diharapkan seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan kerjasama yang terbaik dalam proses membenarkan pergerakan antara negeri agar mereka yang masih berada di kampung boleh pulang ke rumah masing-masing.
Selamat pulang ke rumah masing-masing dan berhati-hati di jalan raya!