Pemberitahuan » Kewangan » Perbezaan Pelaburan Saham & Forex – Status Halal & Haram?

Perbezaan Pelaburan Saham & Forex – Status Halal & Haram?

Apa perbezaan antara pelaburan saham secara asasnya dengan pelaburan Forex? Apa status sebenar pelaburan Forex ni? Halal atau haram?

Selalu dengar tentang pelaburan saham tapi kalau pasal pelaburan Forex ni anda jarang-jarang ambil tahu, atau memang tak tahu langsung?

Secara ringkasnya Forex merupakan salah satu medium pelaburan yang melibatkan matawang asing, maknanya Forex pelaburan antarabangsa dan dikatakan mempunyai untung yang tinggi.

Betul ke? Anda berminat nak tahu apa beza pelaburan saham dan Forex ni? Boleh ke melabur dalam pelaburan Forex?

Teruskan bersama kami di Pemberitahuan untuk kita sama-sama memahami kedua-dua item pelaburan ini. Kami terangkan daripada A sampai Z.

Jom! Teruskan membaca ye..

dices over newspaper 2656028 1920 - Perbezaan Pelaburan Saham & Forex - Status Halal & Haram?

PELABURAN SAHAM ATAU FOREX LEBIH UNTUNG?

Bukan istilah keuntungan yang kita kejarkan sekarang ni, kalau kita tak faham selok belok sebenar pelaburan dan konsep asasnya memang ke laut lah, duit entah ke mana, rugi datang bertimpa-timpa.

‘Uish, macam serius je ni, tak boleh main-main lah main saham ni’

Hal yang melibatkan duit memang kena serius, belajar cara melabur dalam saham, jangan lah tamak nak kejar untung.

Sikit-sikit dulu nanti lama-lama nanti jadi bukit. Tambah ilmu sampai mahir.

Mari kita kupas konsep asas pelaburan saham dan Forex serta apa perbezaan pelaburan saham dan Forex ni.

Perbezaan Pelaburan Saham & Forex – Status Halal & Haram?

APA ITU SAHAM?

Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti.

Ini bermaksud, apabila anda membeli saham sesuatu syarikat, anda secara langsung telah menjadi salah seorang pemilik syarikat tersebut. Kita boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar saham bergantung kepada wang yang kita miliki.

Sebagai pelabur kecil, kita juga merupakan salah seorang daripada pemilik syarikat cumanya kita tidak mempunyai kuasa penuh untuk menguruskannya.

Jadi anda sebagai salah seorang pemegang saham syarikat kena faham apa yang syarikat buat, sentiasa memantau kedudukan kewangan syarikat dan pandai menilai potensi masa depan syarikat yang labur tersebut.

Selain daripada itu pantau apa-apa spekulasi yang melibatkan syarikat dan dinasihatkan untuk anda elakkan diri daripada terjebak dengan perjudian dalam saham.

APA ITU FOREX?

currency trade - Perbezaan Pelaburan Saham & Forex - Status Halal & Haram?

Forex, FX – singkatan untuk ‘foreign exchange’ – adalah aktiviti memperdagangkan matawang suatu negara dengan matawang suatu negara lain.

Ia adalah salah satu dari pasaran kewangan terbesar di dunia untuk perdagangan pelbagai jenis matawang. Forex membantu pelaburan dan perdagangan antarabangsa melalui transaksi pertukaran mata wang asing.

Kalau sebelum ni pelabur memperdagangkan saham dan komoditi, matawang juga boleh diperdagangkan dan pelabur boleh mendapat keuntungan dari perbezaan kadar tukaran antara matawang 2 negara asing.

Contohnya,

jika seorang pelabur menjangkakan Yen akan menguat berbanding Peso, dia akan menjual Peso untuk membeli Yen.

Jika Yen menguat, pelabur akan menjual Yen dan membeli semula Peso, dan ini akan meningkatkan jumlah akhir Peso dalam pemilikan pelabur

Medium Pelaburan Forex

Urus niaga pertukaran duit dalam Forex terbahagi kepada dua bentuk iaitu hutang dan tunai.

Baca Juga :  Pinjaman Perniagaan MARA : Borang Permohonan Skim S3P MARA

Pasaran Forex juga tidak berpusat atau dalam bahasa mudahnya tidak ada satu pun lokasi fizikal di mana para pelabur pergi untuk melaksanakan perdagangan matawang.

Cukup kiranya anda mempunyai internet untuk melakukan transaksi atau mendapatkan sebutharga terkini matawang asing daripada pelbagai seluruh dunia.

Pusat-pusat perdagangan di serata dunia – London, New York, Tokyo, Hong Kong dan Singapura – berfungsi sebagai hab perdagangan antara pembeli dan penjual dari pelbagai jenis yang berbeza.

Untuk mendapatkan akses kepada matawang antarabank anda perlukan khidmat broker Forex. Boleh rujuk pada Online Broker Forex untuk panduan yang lebih lengkap.

Hukum Pelaburan Forex

TETAPI, anda khususnya sebagai umat Islam perlu ambil tahu bahawa pelaburan yang dibuat oleh individu di platform online / internet adalah HARAM.

Hal ini adalah kerana perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian.

Fatwa ini dikeluarkan semasa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012.

Syarat Online Forex Atau Transaksi Over the Counter Yang Mesti Dipenuhi:

  1. Pastikan broker adalah broker yang sah dan mempunyai mata wang ketika melakukan transaksi. Broker mempunyai mata wang yang kita nak tukarkan.
  2. Ada duit sepenuhnya, modal USD2000 hanya boleh berniaga USD2000 dan tidak boleh lebih (leverage)
  3. Tidak mempunyai penglibatan margin
  4. Spot transaksi (Transaksi lani), yang ada dibenarkan sehingga 3 hari

4 syarat di atas wajib dipenuhi, kalau salah satu daripada syarat di atas tidak dipenuhi maka ianya jatuh HARAM.

PERBEZAAN KETARA ANTARA SAHAM DAN FOREX

  1. Untuk jual beli saham, pelabur harus membuka akaun dan mendaftar dengan Bursa Malaysia melalui syarikat broker, manakala bagi Forex, hanya perlu daftar melaui broker Forex secara online.
  2. Melabur saham melibatkan syarikat-syarikat yang terdapat di Bursa Malaysia. Bagi Forex pula, ia melibatkan semua mata wang asing dunia seperti USD, EUR,JPY, GPB, WON dan sebagainya.
  3. Waktu operasi transaksi saham adalah pada waktu bekerja sahaja di Malaysia dari jam 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Tetapi urusan transaksi Forex berlaku selama 24 jam kecuali hujung minggu.
  4. Transaksi keluar masuk duit ke akaun mempunyai dua cara iaitu menerusi online banking dan juga melalui remisier/dealer saham yang berdaftar. Manakala Forex perlulah deposit melalui broker-broker yang ada dan semua urusan deposit atau withdraw hanya melalui broker secara online.
  5. Keuntungan saham adalah dengan melalui prestasi kaunter/ syarikat yang dibeli disamping sedikit pengaruh terhadap ekonomi dan politik manakala Forex pula berdasarkan prestasi terhadap mata wang dunia. Ia selalu melibatkan beberapa faktor politik, ekonomi dunia, dan lain-lain.

getty 506903004 200013332000928076 348061 - Perbezaan Pelaburan Saham & Forex - Status Halal & Haram?

KESIMPULAN

Forex sememangnya sebuah instrumen pelaburan yang menarik dengan kadar keuntungan yang lebih tinggi walaupun agak berisiko.

Tetapi, sebagai umat Islam, Forex bukanlah satu pelaburan yang menjadi pilihan anda. Ada banyak lagi instrumen pelaburan lain yang patuh syariah dan membuahkan untung yang banyak. Berhati-hati ketika anda ingin memilih instrumen pelaburan, rujuk pada pakar dan lakukan kajian terperinci.

Pemberitahuan mengucapkan selamat maju jaya dalam membuat pilihan yang terbaik!