Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh.
Anda merupakan pekebun kecil getah yang terganggu sumber pendapatan akibat musim tengkujuh?
Kami ada jalan penyelesaiannya untuk anda!
Artikel Pemberitahuan hari ini membawakan anda Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA Online 2020 sebagai panduan khas buat pekebun kecil getah yang memerlukan.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)?
Untuk makluman anda, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah khas untuk pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah.
Golongan penoreh getah terutamanya sebelum ini yang tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan kini mampu tersenyum gembira dengan langkah baru yang diambil kerajaan untuk membantu golongan pekebun kecil getah ini daripada musim tengkujuh (pengeluaran susu getah terjejas ketika musim tengkujuh) dan juga turun naik harga getah yang tidak menentu.
PEKEBUN KECIL GETAH PEMILIK PENGUSAHA
- Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.
PENOREH BUKAN PEMILIK
- Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di ladang pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.
PEMILIK TANAH YANG SAH
- Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.
MAKSUD PEKEBUN KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN RISDA
Pekebun kecil yang mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) atau tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA.
Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) atau BMT (Penoreh) beserta surat pengesahan daripada Agensi di bawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu :
- Lembaga Getah Malaysia (LGM),
- Jabatan Pertanian Sarawak (JPS),
- Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
- FELDA
- FELCRA
- KESEDAR
- KETENGAH
- lain-lain sumber Agensi/Jabatan.
JUMLAH BANTUAN YANG DIBERIKAN
Untuk makluman anda, pekebun kecil dan penoreh bukan pemilik yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM600 yang akan dibayar dua kali (RM300 x 2) iaitu pada bulan Disember 2020 dan Januari 2021 tertakluk kepada kelulusan permohonan.
TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
- Tarikh buka permohonan: 1 September 2020
- Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2020
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Risda
Berikut kami kongsikan pada anda syarat-syarat permohonan, cara-cara permohonan dan beberapa maklumat yang lain:
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BMT
Anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu sebelum membuat permohonan ini:
- Warganegara Malaysia.
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
- Keluasan 0.1011 hektar hingga 2.5 hektar. Maksudnya, jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1011 hingga 2.5 hektar secara agregat.
- Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
- 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
- Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
CARA-CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
NOTA:
Tiada permohonan secara atas talian/online disediakan untuk bantuan ini. Anda perlu ke pejabat RISDA yang berdekatan untuk membuat permohonan.
Semua Pekebun Kecil dan Penoreh Bukan Pemilik yang ingin mendapatkan bantuan ini perlu melengkapkan borang yang boleh didapati di Pejabat RISDA Daerah atau Pejabat RISDA Stesen yang lengkap boleh dihantar ke Pejabat Risda Daerah dan Stesen-Stesen Risda.
Permohonan ini terbahagi kepada dua katgoeri seperti di bawah:
PEMILIK PENGUSAHA
Untuk Pemohon Pemilik Pengusaha anda perlu melengkapkan Borang BMT (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut :
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada; dan
- Geran asal tanah dan salinan; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif
PENOREH BUKAN PEMILIK
Untuk Penoreh Bukan Pemilik anda perlu melengkapkan Borang BMT (Penoreh) beserta dokumen sokongan berikut :
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
- Salinan geran lot yang ditoreh; dan
- Salinan Kad PAT-G; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2020
Berikut ialah cara untuk semak samada lulus atau tidak permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini:
- Layari laman web rasmi RISDA di sini: http://webapp3.risda.gov.my
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Tekan butang Semak
- Lihat status permohonan bantuan
Kesimpulan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Semoga artikel kami ini dapat membantu meringankan beban pekebun kecil getah yang benar-benar memerlukan bantuan ini. Sebarkan artikel ini kepada ahli keluarga anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan!
TERIMA KASIH