Pemberitahuan » Kewangan » Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2020

Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2020

Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat.

Anda memerlukan bantuan kewangan? Nak buat pinjaman tapi takut tak lepas kelulusan?

Tahukah anda dengan pinjaman peribadi Bank Rakyat anda layak membuat pinjaman walaupun gaji hanya RM1,000? Biar betul?

Anda berminat?

Baca artikel kami hari ini Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2020 dimana kami rangkumkan segala maklumat yang anda perlukan mengenai pinjaman ini buat rujukan mereka yang berminat.

Jom baca!

Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2020 Dengan Gaji Serendah RM1,000

Untuk makluman anda, ada tiga jenis pinjaman peribadi Bank Rakyat yang ditawarkan iaitu:

  • Pinjaman untuk kakitangan kerajaan(i-Sektor Awam)
  • Pinjaman untuk pekerja swasta(i-Sektor Swasta)
  • Pinjaman untuk pesara kerajaan(i-Pesara)

Personal Loan EMI Calculator - Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2020

Berikut kami kupaskan satu persatu syarat kelayakan pinjaman, cara pinjaman dan sebagainya untuk setiap jenis pinjaman di atas:

PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT KAKITANGAN KERAJAAN (i-SEKTOR AWAM)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN

Berikut adalah syarat-syarat yang melayakkan anda memohon pinjaman ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
  • Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih
  • Telah berkhidmat minimum tiga (3) bulan

CIRI-CIRI PINJAMAN PERIBADI (i-SEKTOR AWAM)

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung

SENARAI DOKUMEN PERMOHONAN

Permohonan Baharu

  • Salinan Kad Pengenalan atau MyTentera
  • Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir
  • Penyata bank untuk tiga (3) bulan terakhir (iaitu bank yang gaji dimasukkan setiap bulan)
  • Surat pengesahan majikan atau Borang EA

Permohonan Berulang

  • Salinan Kad Pengenalan atau MyTentera
  • Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir

NOTA:

Anda layak untuk mendapat pinjaman sehingga RM200,000 jika bayaran ansuran anda adalah seperti berikut:

  • Pindahan gaji ke Bank Rakyat
  • Biro Perkhidmatan Angkasa
  • Potongan Gaji Majikan

Jika anda memilih untuk bayar ansuran menggunakan online banking atau bayaran secara elektronik, jumlah yang dibenarkan adalah gandaan gaji atau RM200,00. Bergantung pada nilai yang terendah.

Pendapatan RM1,000 – RM5,000

  • Jika anda bergaji RM1,000 – RM5,000, anda layak 5 kali gandaan gaji kasar sebulan
  • Contohnya, jika gaji anda RM5,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM25,000
Baca Juga :  Kenalpasti Faedah Melabur Dalam Saham di Malaysia

Pendapatan RM5,001 – RM10,000

  • Jika anda bergaji RM5,001 – RM10,000, anda layak 8 kali gandaan gaji kasar sebulan
  • Ini bermakna, jika gaji anda RM10,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM80,000

Pendapatan melebihi RM10,000

  • Jika anda bergaji melebihi RM15,000, anda layak 10 kali gandaan gaji kasar sebulan
  • Ini bermakna, jika gaji anda RM15,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM150,000
  • Yang paling maksimum, jika gaji anda RM20,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM200,000

PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT PEKERJA SWASTA (i-SEKTOR SWASTA)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap adalah seperti di berikut:
  • Berjawatan tetap RM2,000 dan keatas
  • Berjawatan kontrak RM8,000 dan keatas

CIRI-CIRI PINJAMAN PERIBADI (i-SEKTOR SWASTA)

  • Amaun pembiayaan sehingga RM150,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 5/10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung

SENARAI DOKUMEN PERMOHONAN

Permohonan Baharu

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir
  • Penyata bank untuk tiga (3) bulan terakhir (iaitu bank yang gaji dimasukkan setiap bulan)
  • Penyata KWSP
  • Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:

Surat Pengesahan Majikan/Borang EA/Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN

Permohonan Berulang

  • Salinan Kad
  • Penyata KWSP
  • Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:

Surat Pengesahan Majikan/Borang EA/Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN

PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT PESARA KERAJAAN (i-SARAAN)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN

  • Pesara kerajaan
  • Berumur tidak lebih dari 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  • Minimum pencen RM800 sebulan

CIRI-CIRI PINJAMAN PERIBADI (i-SARAAN)

  • Had Maksimum Pembiayaan: Maksimum RM100,000 ATAU Maksimum 15 kali pencen kasar bulanan
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan

SENARAI DOKUMEN PERMOHONAN

  • Mykad
  • Kad Pesara Kerajaan/Kad Pesara Tentera
  • Penyata Pencen /Lejar Pesara

CARA-CARA PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT

  1. Layari laman web rasmi Bank Rakyat: PEMBIAYAAN PERIBADI BANK RAKYAT
  2. Klik pada ‘Mohon Sekarang’
  3. Masukkan maklumat-maklumat yang diminta dengan lengkap.
  4. Pilih produk pembiayaan yang anda ingini.
  5. Lalui proses ‘human verification’ klik pada ‘I am not robot’
  6. Tekan butang Hantar,anda akan dihubungi oleh pegawai bank.

Maklumat Lanjut Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2020

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

Semoga artikel kami hari ini dapat membantu anda untuk mendapatkan bantuan kewangan dengan cara yang mudah.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH