Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Bantuan OKU JKM 2021 Online/Manual

Permohonan Bantuan OKU JKM 2021 Online/Manual

Permohonan Bantuan OKU JKM.

Kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) atau penjaga kepada individu OKU, jika anda layak,boleh buat permohonan bantuan OKU pada tahun 2021 melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau melalui jkm.gov.my.

Artikel kami hari ini Permohonan Bantuan OKU JKM 2021 Online/Manual kami sediakan khas sebagai panduan buat mereka yang layak dan benar-benar memerlukan.

Jom teruskan bersama kami.

Permohonan Bantuan OKU JKM 2021 Online

NOTA:

Kepada yang layak,sila daftar terlebih dahulu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  untuk pengesahan status dan mendapatkan kad OKU.

Kepada yang layak dan ingin buat permohonan bantuan OKU JKM,berikut adalah cara untuk mohon bantuan OKU:

PERMOHONAN MELALUI BORANG

  1. Layari: LAMAN WEB RASMI JKM
  2. Klik Perkhidmatan.
  3. Kemudian Klik Skim Bantuan Kebajikan.
  4. Pada bahagian cara Permohonan di bawah sekali, borang JKM18 (Borang Permohonan Bantuan) dipaparkan.
  5. Sila muat turun Borang Permohonan Bantuan
  6. Sila lengkapkan borang permohonan dengan betul dan tepat.
  7. Sila bawa senarai semak bersama borang permohonan
  8. Kemudian sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian berdekatan dengan anda.

PERMOHONAN ONLINE

  1. Layari laman web: eBantuan JKM 2021
  2. Klik Daftar Permohonan Atas Talian.
  3. Laman yang terpapar tertera dokumen-dokumen berikut diperlukan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah.
  4. Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat online.
  5. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
  6. Antara dokumen yang diperlukan:
    • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan pemohon
    • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga pemohon yang tinggal bersama
    • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
    • Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
    • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU
    • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta
  7. Klik Daftar Permohonan untuk memulakan pendaftaran bantuan anda.
  8. Pilih Negeri.
  9. Masukkan MyKad anda pada ruangan No. Kad Pengenalan Baru.
  10. Klik Daftar.
  11. Sila lengkapkan permohonan anda dengan betul dan tepat.
  12. Sila bawa senarai semak bersama borang permohonan
  13. Sila Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian berdekatan dengan anda.
Baca Juga :  Semakan Permohonan Rayuan BPN Fasa 3 [Pembayaran Mulai 24 Jun]

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH