Pemberitahuan » Kewangan » Permohonan Bantuan Usahawan Wanita 2021: DanaNITA MARA

Permohonan Bantuan Usahawan Wanita 2021: DanaNITA MARA

Permohonan Bantuan Usahawan Wanita.

MARA sekali lagi melaksanakan insentif bantuan dana perniagaan khas buat usahawan wanita yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui Skim yang dikenali DanaNITA MARA.

Skim DanaNITA MARA ini diwujudkan bertujuan untuk membantu menstabilkan perniagaan usahawan-usahawan wanita ini dalam menghadapi gelombang penularan Covid-19 yang semakin serius.

Untuk itu, Pemberitahuan bersama artikel kami hari ini Permohonan Bantuan Usahawan Wanita 2021: DanaNITA MARA adalah gedung informasi yang kami sediakan khas buat usahawan wanita yang berminat untuk memohon.

Jom teruskan bersama kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

Apa Itu Skim DanaNITA MARA 2021?

Pemerkasaan usahawan wanita dikuatkan lagi dengan Skim DanaNITA MARA untuk membantu mereka menjayakan lagi perniagaan walaupun terpaksa menghadapi keadaan ekonomi yang tidak stabil.

Untuk makluman anda, dua tujuan utama pelaksanaan DanaNITA MARA ini adalah seperti berikut:

  1. Memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah
  2. Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan

Dijangkakan hampir 100 usahawan wanita telah menerima manfaat skim DanaNITA ini melibatkan peruntukan sebanyak lebih RM3 juta.

SKOP PEMBIAYAAN BANTUAN DANANITA MARA

2 skop pembiayaan utama bantuan DanaNITA MARA ini adalah untuk:

  • Modal Pusingan dan juga;
  • Pembelian Mesin dan Peralatan

Menerusi bantuan usahawan wanita ini, pemohon yang layak akan menerima pembiayaan perniagaan maksimum sehingga RM50,000.

Permohonan Bantuan Usahawan Wanita 2021: DanaNITA MARA

Berikut kami kongsikan syarat-syarat permohonan, proses permohonan dan banyak lagi buat rujukan anda:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi usahawan wanita yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah seorang warganegara Malaysia dan Bumiputera.
  2. Pemohon berumur antara 18 hingga 60 tahun.
  3. Pemohon berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  4. Pemohon mempunyai Daftar Perniagaan yang sah dengan SSM.
  5. Pemohon mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online).
  6. Pemohon mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  7. Pemohon menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  8. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
  9. Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh 6 bulan terkini.
  10. Perniagaan pemohon adalah perniagaan yang patuh Syariah.
  11. Nama pemohon bebas dari senarai hitam MARA.
Baca Juga :  Semakan Penyata Kwsp Melalui Online

CARA PERMOHONAN BANTUAN USAHAWAN WANITA 2021

Untuk makluman anda, tempoh pembiayaan bagi skim DanaNITA ini adalah daripada 1 hingga 10 tahun atau 12 hingga 120 bulan dan kadar keuntungan yang ditetapkan menerusi skim ini pula adalah sebanyak 4%.

Usahawan wanita yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  1. Pemohon perlu layari laman web rasmi: PORTAL MARA: MyUSAHAWAN
  2. Pengguna baharu perlu mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada ‘Daftar pengguna baharu’
  3. Isi maklumat pendaftaran yang diperlukan dengan lengkap dan betul kemudian klik ‘Daftar’
  4. Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftar sebentar tadi.
  5. Isi borang permohonan anda dengan lengkap kemudian hantar permohonan tersebut online.
  6. Cetak salinan permohonan dan sertakan salinan tersebut bersama dokumen sokongan (seperti senarai di bawah) dan hantar ke pejabat MARA daerah yang berhampiran.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Rujuk senarai semak dokumen sokongan berikut:

JAMINAN/CAGARAN PEMBIAYAAN

Usahawan wanita yang ingin memohon bantuan ini perlu mempunyai cagaran seperti berikut:

Jaminan:

  • Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau

Cagaran:

  • Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau

Gabungan kedua-duanya sekali; atau

Simpanan Tetap:

  • Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan.

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Usahawan Wanita

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan DanaNITA MARA ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran berikut:

  • E-melkan pertanyaan anda ke alamat e-mel yang tertera: infobpn@mara.gov.my
  • Atau hubungi:

KOLPLKJIU - Permohonan Bantuan Usahawan Wanita 2021: DanaNITA MARA

Selamat maju jaya kami ucapkan pada usahawan wanita di luar sana untuk menjayakan perniagaan anda.

Sebarkan artikel ini untuk membantu rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH