Semakan Baki Akaun RHB.
Perbankan atas talian atau Internet Banking merupakan satu sistem yang diwujudkan secara maya menggunakan teknologi bagi memudahkan urusan pengguna bank khususnya untuk menjalankan transaksi perbankan dengan hanya menggunakan gadjet yang dimiliki tanpa perlu ke cawangan bank.
Tambahan pula, kebanyakan bank kini turut melancarkan aplikasi perbankan mereka sendiri untuk lebih memudahkan urusan perbankan internet melibatkan bank mereka seperti Maybank2U dan CIMBCliks.
Pemilik akaun Bank RHB juga kini boleh menggunakan alternatif di atas untuk semakan baki akaun bank mereka.
Bagaimana?
Pemberitahuan sekali lagi membawakan anda entri Semakan Baki Akaun RHB Dengan 3 Cara Mudah sebagai panduan memudahkan urusan pemilik bank akaun RHB yang berminat.
Jom baca!
Isi Kandungan
Semakan Baki Akaun RHB Dengan 3 Cara Mudah
Buat apa nak buang masa ke kaunter semata-mata nak semak baki akaun bank RHB anda kalau anda boleh jimatkan masa dan tenaga menggunakan 3 cara mudah ni?
Apa caranya?
Jom teruskan bersama kami.
CARA SEMAK BAKI AKAUN RHB SECARA ONLINE (RHB NOW)
Pemilik akaun bank RHB kini boleh membuat semakan baki mereka secara online di portal RHB NOW. Untuk panduan cara semak baki online boleh rujuk langkah-langkah berikut:
Pengguna kali pertama perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan perkhidmatan perbankan internet RHB.
CARA DAFTAR AKAUN RHB ONLINE
- Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI RHB BANK
- Kemudian klik pada ‘I want to Register’
- Anda akan dibawa kepada paparan baharu. Langkah pertama, pilih ‘ATM/Debit Card’
- Selepas itu, masukkan 16 digit nombor kad ATM dan juga nombor pin ATM anda.
- Klik ‘Next’ dan cipta ‘Username’ dan ‘Password’ pilihan anda.
- Baca ‘Terms & Condition’ dengan teliti sebelum klik pada ‘I Agree’
Selesai pendaftaran anda boleh terus ke halaman semula dan log masuk dengan cara memasukkan Usernama dan Password yang dicipta tadi.
- Selesai log masuk, klik pada bahagian menu ‘My Accounts’
- Klik lagi pada ‘Account Balance’ dan anda akan dipaparkan dengan penyata bank RHB yang terkini di skrin.
Selesai!
Mudah bukan?
CARA SEMAK BAKI AKAUN RHB MELALUI ATM BANK
Sekiranya anda tidak berapa yakin untuk menggunakan kaedah atas talian/online, anda boleh juga membuat semakan baki bank di mana-mana ATM RHB yang berdekatan.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Masukkan Kad ATM anda.
- Masukkan PIN 6 Digit
- Kemudian, pilih ‘Menu > Transaksi Lain/Other’
- Pilih pula ‘Maklumat Akaun/Account Summary’
- Pilih Menu ‘Semak Akaun Simpanan/Maklumat Baki’
- Maklumat baki simpanan akaun bank anda akan dipaparkan.
CARA SEMAK BAKI AKAUN RHB DI APLIKASI RHB NOW
Nak cara lebih mudah, pengguna boleh terus memuat turun aplikasi RHB NOW ke telefon masing-masing.
- Android: RHB NOW Playstore
- iOS iPHONE: RHB NOW App Store
- Untuk semakan menggunakan aplikasi RHB NOW pun mudah, anda perlu buka aplikasi tersebut dan log masuk.
- klik pada bahagian menu ‘My Accounts’
- Klik lagi pada ‘Account Balance’ dan anda akan dipaparkan dengan penyata bank RHB yang terkini.
Kesimpulan Semakan Baki Akaun RHB
Jimatkan masa dan tenaga anda dengan cara mempraktikkan ketiga-tiga alternatif di atas, lebih cepat dan selamat.
Daftar dan muat turun aplikasi RHB NOW untuk menikmati lebih banyak lagi perkhidmatan perbankan internet.
TERIMA KASIH