Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2020?
Berita baik buat semua rakyat negeri Johor Darul Takzim khususnya kepada golongan ibu yang bakal melahirkan bayi pada tahun 2020.
Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan Tabungan Pendidikan Awal Anak Bangsa
Johor bagi anak kelahiran negeri Johor pada tahun 2020.
‘Bagaimana caranya untuk mendapatkan borang permohonan Dana Didik Harapan Johor ni?’
Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2020 memberikan panduan lengkap yang anda perlukan daripada borang hinggalah ke proses penghantaran permohonan ini.
Anda berminat?
Jom teruskan membaca!
Isi Kandungan
Dana Didik Harapan Johor
Apa manfaat yang boleh anda dapat dengan Dana Didik Harapan Johor 2020?
Melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Kerajaan Negeri Johor telah bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan beberapa agensi yang berkaitan untuk melaksanakan program ini yang antara lain memberikan caruman percuma RM100 bagi setiap kelahiran bayi di Negeri Johor dalam akaun
SSPN-i.
Ianya bertujuan untuk membudayakan tabiat menabung dalam kalangan kanak-kanak di negeri Johor terutamanya bagi tujuan pendidikan. Program Dana Didik Harapan Johor ini telah dinyatakan dalam Ucapan Bajet Negeri Johor 2020.
Borang Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2020
Berikut kami kongsikan kepada anda maklumat mengenai syarat-syarat permohonan, cara permohonan, borang permohonan dan maklumat-maklumat lain yang anda perlukan:
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Ibu DAN bapa adalah warganegara Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada ibu DAN bapa yang lahir di Negeri Johor
- Bayi dilahirkan di Johor bermula 1 Januari 2020
- Pendapatan ibu DAN bapa di bawah RM 7,000 sebulan. Pendapatan merujuk kepada semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan, perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun, sewa dan lain-lain
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat (bayi) berusia 18 tahun
NOTA: Ibu DAN bapa merujuk kepada ibu DAN bapa yang dinyatakan dalam Sijil Kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Berikut kami kongsikan tarikh permohonan, borang permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan ini:
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan Dana Didik Harapan Johor ini dibuka mulai dari 1 Januari 2020 sehingga Disember 2020.
NOTA: Tempoh permohonan adalah dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh lahir bayi
LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN
Langkah 1:
Dapatkan borang di lokasi-lokasi yang telah dinyatakan di perenggan 6 di laman web rasmi YPJ
Langkah 2:
Dapat sijil kelahiran bayi di JPN, hantar borang berserta dokumen sokongan ke salh satu dari 20 lokasi terpilih
Langkah 3:
Penyata Akaun Pembukaan SSPN-i akan diposkan dalam masa 30 hari bekerja bagi pemohon yang berjaya
BORANG-BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan boleh didapati di semua wad-wad bersalin hospital utama kerajaan di Johor, Yayasan Pelajaran Johor, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Negeri Johor dan semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor mulai 1 Januari 2020.
Berikut adalah contoh borang permohonan yang anda boleh dapatkan di laman YPJ :-
- Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i PTPTN (Dana Didik Harapan Johor)
- Rekod Penerimaan Borang Permohonan
- Borang Pengesahan Pendapatan Ibu dan Bapa
DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN
- Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i PTPTN (Dana Didik Harapan Johor)
- Salinan Sijil Kelahiran bayi
- a) Slip Penyata Pendapatan Gaji Ibu DAN bapa,-Slip penyata pendapatan gaji ibu DAN bapa pada bulan bayi tersebut dilahirkan atau bulan sebelumnya ATAU
- b) Borang Pengesahan Pendapatan Gaji (bagi ibu DAN bapa yang tiada slip pendapatan gaji/tidak bekerja)
- Salinan dokumen di atas, hendaklah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) / Penjawat Awam Gred 41 dan ke atas/ Penghulu/ Ketua Kampung/Penggawa/Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya.
LOKASI-LOKASI PENGHANTARAN BORANG
Berikut kami sertakan 29 lokasi di Johor untuk penghantaran borang permohonan Dana Didik Harapan Johor:
- Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Batu Pahat
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Pontian
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Muar
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kota Tinggi
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Tangkak
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kulai
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Segamat
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kluang
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Mersing
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Simpang Rengam
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Rengit
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Yong Peng
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Labis
- Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pasir Gudang
- Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Bandar Penawar
- Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pagoh
- Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC Johor
- Jabatan Pendaftaran Negara RTC Kulai
- Pejabat Yayasan Pelajaran Johor di Larkin, Johor Bahru
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor
- Pejabat PTPTN Cawangan UTC Johor
- Pejabat PTPTN Cawangan Pasir Gudang
- Pejabat PTPTN Cawangan kluang
- Pejabat PTPTN Cawangan Batu Pahat
- Pejabat PTPTN Cawangan Muar
- Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Kota Tinggi)
- Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Mersing)
- Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Segamat)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dana ini, berikut disediakan pautan kepada laman web rasmi Yayasan Pelajaran Johor beserta emel dan no telefon/ fax untuk rujukan:
- Laman Web Rasmi YPJ
- Emel: info@ypj.gov.my
- Telefon; 07-234 4355 atau 07-236 1081
KESIMPULAN
Pemberitahuan berharap artikel ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan dan merancang menginginkan yang terbaik untuk masa depan anak-anak mereka.
Kongsikan artikel ini dengan ahli keluarga anda yang lain dan rakan-rakan anda.
Selamat maju jaya kami ucapkan.