Permohonan online e-Gtukar pertukaran guru KPM di Malaysia sesi Jun 2020 dan Januari 2021
Berdasarkan kepada jumlah permohonan pertukaran guru yang tinggi iaitu sebanyak 20 470 pada tahun 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia akan meniliti permohonan guru-guru yang telah menghantar permohonan pertukaran ini. Antara sebab pertukaran yang paling tinggi ialah kerana tinggal berjauhan dengan berpasangan.
Namun begitu, perlu diingat bahawa keputusan pertukaran itu pula bergantung kepada kekosongan pada sekolah yang dipohon.
Untuk melakukan proses permohonan secara online sila ikuti langkah-langkah yang kami sediakan di dalam artikel kami di Pemberitahuan kali ini iaitu permohonan e-Gtukar pertukaran guru online sesi Jun 2020 & Januari 2021
Isi Kandungan
APA ITU SISTEM e-Gtukar?
e-Gtukar adalah modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk memudahkan para guru dan pentadbir sistem untuk membuat pertukaran atas sebab-sebab yang dibenarkan.
e-Gtukar telah dibangunkan sendiri oleh beberapa sektor dalam KPM seperti Sektor Operasi Pendidikan (SOP), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Perlu diingatkan hanya guru yang telah berdaftar dalam Pentadbiran Sistem dan Pentadbir Sistem yang dilantik oleh KPM sahaja boleh menggunakan modul ini.
Pada tahun ini juga KPM akan permohonan kepada guru yang memerlukan untuk bertukar. Oleh itu, modul e-Gtukar akan digunakan dan akan dibuka secara berperingkat untuk sesi Jun 2020 dan Januari 2021 dengan sekali permohonan sahaja.
Permohonan guru-guru akan ditapis berdasarkan syarat-syarat dan keperluan yang telah ditetapkan. Para guru yang berminat untuk membuat permohonan dinasihatkan untuk membuat semakan maklumat dan tindakan untuk membuat pembetulan maklumat peribadi perlu melalui laman sesawang e-operasi dengan segera. Jika terdapat sebarang permasalahan sila berhubung dengan pentadbir sekolah masing-masing.
Permohonan e-Gtukar Pertukaran Guru Online
SYARAT UMUM PERMOHONAN e-GTUKAR 2020
- Guru hanya dibenarkan bertukar apabila mendapat kelulusan dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran daripada jabatan pendidikan yang dipohon diluluskan
- Permohonan hanya boleh dipertimbangkan jika terdapat kekosongan di tempat/negeri yang dipohon
- Penempatan ke sekolah akan ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
- Sebarang pembatalan pertukaran setelah permohonan diluluskan tidak akan dilayan
SENARAI GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PERTUKARAN
- Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
- Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
- Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
- Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
- Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
- Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
Cara Permohonan Online e-Gtukar
Sila klik pada pautan Sistem Aplikasi e-Gtukar Permohonan Pertukaran Guru
- Sila masukkan ID pengguna, kata laluan dan kad pengenalan seperti yang didaftarkan kemudian tekan butang OK
- Untuk pengguna kali pertama, sila daftar masuk dengan mengisi maklumat peribadi dan tekan butang simpanegtuka
Semakan Kekosongan Jawatan Mengikut Negeri
Sila klik pada pautan Semakan Kekosongan Jawatan Dan Opsyen Terkini
- Para pemohon perlu menggunakan sistem lampu isyarat dalam mendapatkan maklumat berkaitan kekosongan jawatan dan opsyen di negeri pilihan sebelum membuat pengesahan atas permohonan yang dibuat
- Sistem lampu isyarat adalah petunjuk jika terdapat kekosongan atau sebaliknya. Jika lampu hijau maka terdapat kekosongan jika lampu isyarat warna merah maka tiada kekosongan
INFO PENTING UNTUK e-Gtukar
- Salinan dokumen yang diperlukan perlu diserahkan kepada pengetua atau guru besar untuk pengesahan
- Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar. Jika didapati terdapat pemalsuan permohonan tidak akan dilayan
- Semua jawatan yang dipegang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan
Untuk sebarang maklumat lanjut dan juga info lain anda boleh muat turun senarai FAQ dan juga manual panduan pengguna seperti di pautan yang disediakan di bawah:
KESIMPULAN
Kami berharap artikel kami di Pemberitahuan kali ini dapat membantu memudahkan urusan guru-guru yang benar-benar memerlukan pertukaran sekolah ini.
Kami ucapkan selamat berjaya dalam urusan permohonan anda.
TERIMA KASIH