Bagaimana cara untuk anda membuat permohonan guru ganti bagi tahun 2020 secara online?
Anda berminat nak menjadi guru ganti tapi masih keliru dengan beberapa maklumat yang anda baca? Jangan risau, Pemberitahuan hari ini menyediakan anda entri khas Permohonan Guru Ganti 2020 Secara Online.
Disini juga kami sertakan syarat-syarat kelayakan dan beberapa maklumat penting yang lain yang mungkin dapat membantu anda.
Baca sampai habis ya..!
Apa Itu Perkhidmatan Guru Ganti?
Secara amnya, guru ganti ialah individu yang tiada latihan asas perguruan yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.
Untuk makluman, jawatan ini hanya kontrak tidak lebih 3 bulan.
Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.
Berikut kami kongsikan kepada anda tatacara permohonan jawatan kosong guru ganti 2020 untuk lepasan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan seperti PISMP.
Permohonan Guru Ganti 2020 Secara Online
BIDANG TUGAS
Antara tugas seorang guru ganti ialah:
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
- Menyediakan buku persediaan mengajar dan rekod pelajar yang diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan
- Terlibat dengan Aktiviti ko-kurikulum
- Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah
Gaji guru ganti dibayar harian mengikut kelulusan contohnya RM100 sehari bagi lepasan ijazah, RM72 (lepasan STPM/Diploma) dan RM54 sehari bagi lepasan SPM.
Hanya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) layak melantik guru ganti yang diperlukan bagi sesebuah sekolah. Segala urusan gaji turut di bawah bidang kuasa PPD, bukan KPM.
SYARAT PERMOHONAN GURU GANTI
Antara syarat permohonan jawatan ini ialah:
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera
- Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah)
- Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM)
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM)
Sekiranya anda layak, sila download dan isi borang di bawah kemudian hantar ke PPD masing-masing bagi urusan panggilan temuduga dan sebagainya.
- Borang GG2020-C : Borang Pemohonan Jawatan Guru Ganti 2020
- Kedudukan Perkhidmatan Guru : Kelayakan Sekolah Untuk Memohon Guru Ganti
- PP Bil.5 Tahun 2017 : Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
- PP Bil.3 Tahun 2011 : Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian
- Pegawai Pengawal 2019 : Arahan Pegawai Pengawal Tahun 2019 KPM
KESIMPULAN
Pemberitahuan berharap perkongsian kami kali ini dapat membantu anda mendapatkan maklumat jawatan guru ganti ini dengan lebih mudah. Sebarkan peluang pekerjaan ini kepada ahli keluarga atau rakan-rakan anda yang memerlukan.
Kami ucapkan selamat berjaya kepada mereka yang mencuba untuk memohon jawatan guru ganti ini.
TERIMA KASIH