Pemberitahuan » Kewangan » Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2021 Secara Online

Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2021 Secara Online

Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat.

Anda memerlukan dana bantuan untuk menstabilakan semula keadaan ekonomi anda?

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2021 menawarkan 3 kategori pinjaman peribadi untuk meluaskan alternatif dan memberi pilihan kepada peminjam iaitu:

  1. Pinjaman untuk kakitangan kerajaan(i-Sektor Awam)
  2. Pinjaman untuk pekerja swasta(i-Sektor Swasta)
  3. Pinjaman untuk pesara kerajaan(i-Pesara)

Anda berminat?

Pemberitahuan dengan artikel Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2021 Secara Online kami sediakan khas buat mereka yang berminat ingin membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat.

Jom baca!

Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2021 Secara Online

Berikut kami kongsikan cara permohonan, semakan syarat kelayakan pinjaman Bank Rakyat dan banyak lagi untuk rujukan anda:

PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN (SEKTOR AWAM)

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERIBADI

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  3. Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
  4. Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih
  5. Telah berkhidmat minimum tiga (3) bulan

CIRI-CIRI PINJAMAN PERIBADI

  1. Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  2. Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  3. Tiada jaminan diperlukan
  4. Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  5. Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung

CARA PERMOHONAN

  1. Pemohon perlu layari: LAMAN WEB RASMI BANK RAKYAT
  2. Klik pada ‘Mohon Sekarang’
  3. Isikan maklumat yang diminta dengan lengkap seperti berikut:
  • Salutation
  • Nama
  • Nombor Telefon
  • E-mel
  • Pilih samada Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat atau tidak
  • Pilih samada anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran
  • Tandakan Saya telah membaca dan bersetuju dengan ‘Dasar Privasi Bank Rakyat’

Pilih produk pinjaman pilihan anda kemudian klik butang ‘Hantar’. Anda kemudian akan dihubungi oleh pegawai bank.

Anda layak untuk mendapat pinjaman sehingga RM200,000 jika bayaran ansuran anda adalah seperti berikut:

  • Pindahan gaji ke Bank Rakyat
  • Biro Perkhidmatan Angkasa
  • Potongan Gaji Majikan

Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk bayar ansuran menggunakan online banking atau bayaran secara elektronik, jumlah yang dibenarkan adalah gandaan gaji atau RM200,00. Ikut yang mana satu terendah.

Baca Juga :  Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Pendapatan RM1,000 – RM5,000

Jika anda bergaji RM1,000 – RM5,000, anda layak 5 kali gandaan gaji kasar sebulan

Contohnya, jika gaji anda RM5,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM25,000

Pendapatan RM5,001 – RM10,000

Jika anda bergaji RM5,001 – RM10,000, anda layak 8 kali gandaan gaji kasar sebulan

Ini bermakna, jika gaji anda RM10,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM80,000

Pendapatan melebihi RM10,000

Jika anda bergaji melebihi RM15,000, anda layak 10 kali gandaan gaji kasar sebulan

Ini bermakna, jika gaji anda RM15,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM150,000

Yang paling maksimum, jika gaji anda RM20,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM200,000

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Permohonan Baru:

  • Salinan Kad Pengenalan atau MyTentera
  • Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir
  • Penyata bank untuk tiga (3) bulan terakhir (iaitu bank yang gaji dimasukkan setiap bulan)
  • Surat pengesahan majikan atau Borang EA

Permohonan kali kedua dan seterusnya:

  • Salinan Kad Pengenalan atau MyTentera
  • Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir

img 606b06c78f0d1 - Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2021 Secara Online

PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT UNTUK PEKERJA SWASTA (i-SEKTOR SWASTA)

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERIBADI

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  3. Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap adalah seperti berikut:
  • Berjawatan tetap RM2,000 dan keatas
  • Berjawatan kontrak RM8,000 dan keatas

CIRI-CIRI PINJAMAN PERIBADI

  1. Amaun pembiayaan sehingga RM150,000
  2. Tempoh pembiayaan sehingga 5/10 tahun
  3. Tiada jaminan diperlukan
  4. Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  5. Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Permohonan Baru:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir
  3. Penyata bank untuk tiga (3) bulan terakhir (iaitu bank yang gaji dimasukkan setiap bulan)
  4. Penyata KWSP
  5. Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:
  • Surat Pengesahan Majikan/Borang EA/Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN

Permohonan kali kedua dan seterusnya:

  1. Salinan Kad
  2. Penyata KWSP
  3. Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:
  • Surat Pengesahan Majikan/Borang EA/Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN

PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT UNTUK PESARAKERAJAAN (i-PESARA)

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERIBADI

Kriteria yang melayakkan anda memohon pinjaman ini:

  1. Pesara kerajaan
  2. Berumur tidak lebih dari 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  3. Minimum pencen RM800 sebulan

CIRI-CIRI PINJAMAN PERIBADI

  1. Had Maksimum Pembiayaan; Maksimum RM100,000 ATAU Maksimum 15 kali pencen kasar bulanan
  2. Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  3. Tiada jaminan diperlukan
  4. Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  1. Mykad
  2. Kad Pesara Kerajaan/Kad Pesara Tentera
  3. Penyata Pencen /Lejar Pesara

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai pinjaman peribadi Bank Rakyat anda boleh hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454 atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH