Pemberitahuan » Informasi » Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun

Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun

Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun

Untuk makluman dan pengetahuan anda ini merupakan kemudahan yang diberikan oleh Pihak KWSP bagi membantu Ahli yang terkesan akibat isu COVID-19 ini, Yang membolehkan ahli KWSP yang cukup syarat untuk membuat permohonan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing berjumlah RM500 sebulan maksimum selama 12 bulan.Ahli KWSP juga tidak perlu beratur lagi untuk memohon. Kami menyediakan menyediakan artikel Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun sebagai panduan lengkap untuk anda mohon dan semak i lestari.

Ini merupakan Inisiatif terkini daripada pihak KWSP  dengan mewujudkan laman ilestari.kwsp.gov.my, di mana anda tidak perlu lagi membuat pembukaan i-akaun seperti sebelumnya. Sekiranya anda ada akaun di KWSP dan Akaun 2 mempunyai duit, Anda Layak untuk memohon.

Cara Membuat Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Online

semak ilestari - Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun

Pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) boleh membuat permohonan pengeluaran simpanan KWSP lebih awal mengikut jumlah had pengeluaran tertentu berdasarkan kelayakan meskipun belum mencapai umur persaraan.Bagaimanapun, pengeluaran awal simpanan KWSP sebelum mencapai umur persaraan itu hendaklah mematuhi syarat-syarat dan kelayakan bagi jenis-jenis pengeluaran atau perkara yang telah ditetapkan. Berikut merupakan cara-cara permohonan i-lestari KWSP.

  1. Layari laman web rasmi https://ilestari.kwsp.gov.my/1 - Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun
  2. Pilih pada bahagian permohonan baru
    2 - Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun
  3. Isikan maklumat Nama penuh, No IC, No telefon, E-mel, alamat dan poskod3 - Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun
  4. Pilih jumlah amuan pilihan anda
    4 - Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun
  5. Pilih Bank dan masukkan Nombor akaun bank anda yang aktif5 - Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun
  6. Tanda pada kotak pengesahan pengakuan permohonan6 - Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun
  7. Baca dan fahami perakuan pemohon dan tekan butang setuju7 - Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun
  8. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan tepat sebelum menekan butang hantar8 - Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun
  9. Pemohonan pengeluaran anda telah berjaya di hantar9 - Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun
Baca Juga :  Cara Buat Temujanji PUSPAKOM: Pemeriksaan Kenderaan

 

  • Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
  • Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.
  • Permohonan melalui emel/ pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan.
  • Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit yang didaftarkan dalam permohonan sebagai pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat.
  • Anda disarankan untuk membuat permohonan anda melalui i-Lestari Online.

 

Cara Semakan Status Permohonan i-lestari Secara Online

Setelah permohonan berjaya di hantar, Semakan status permohonan i-lestari boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat. Berikut kami tunjukkan cara semakan permohonan i-lestari :

cara semak ilestari - Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun

  1. Pastikan anda Layari laman web rasmi https://ilestari.kwsp.gov.my/
  2. Pilih pada bahagian semak status permohonan
  3. Masukkan nombor Mykad, Nombor telefon Bimbit anda dan tekan semak
  4. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Permohonan Pengeluaran Wang KWSP i-lestari, sila layari:

Kesimpulan

Semoga perkongsian kami mengenai Permohonan i-Lestari & Semakan i-Lestari Tanpa i-Akaun ini dapat memudahkan urusan anda dalam membuat permohonan pengeluaran wang KWSP akaun 2 anda bagi membantu meringankan beban menghadapi kes COVID-19. Kongsikan artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!