Permohonan Skim Pinjaman PEKA PKS.
Usahawan PKS khususnya yang berada di Pulau Pinang yang memerlukan dana bantuan perniagaan boleh cuba untuk memohon pinjaman PEKA yang disediakan khas buat usahawan PKS yang mengalami masalah meneruskan perniagaan mereka akibat penularan Covid-19.
Bagaimana?
Ikuti artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Skim Pinjaman PEKA PKS (Tanpa Faedah) 2021 untuk dapatkan informasi syarat kelayakan, cara permohonan dan banyak lagi.
Jom baca!
Isi Kandungan
Permohonan Skim Pinjaman PEKA PKS (Tanpa Faedah) 2021
Skim pinjaman PEKA PKS telah diwujudkan pada April 2020 dengan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membantu golongan usahawan PKS yang terjejas akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang pada ketika itu telah memanfaatkan seramai 1,651 usahawan.
Usaha ini diteruskan lagi untuk lagi ketiga dengan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada semua usahawan mikro, kecil dan sederhana khususnya mereka yang terkesan akibat PKP.
JUMLAH PINJAMAN SKIM PEKA & TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN
- Jumlah pinjaman yang ditawarkan dalam skim ini adalah bermula dari RM5,000 sehingga RM20,000.
- Anda tidak memerlukan penjamin dan tiada cagaran akan dikenakan kepada peminjam.
- Tempoh bayaran balik untuk pinjaman ini adalah selama 24 bulan dengan moratorium atau grace period yang ditawarkan adalah selama 6 bulan.
NOTA:
Kelulusan pinjaman RM10,000 ke atas, bayaran proses sebanyak RM150.00 akan dikenakan
KATEGORI PERNIAGAAN YANG LAYAK
Kategori perniagaan yang layak memohon pinjaman skim PEKA adalah seperti berikut:
- Gerai Makanan/Minuman/Restoran/Katerer.
- Kedai pakaian, tekstil, tudung, buah-buahan, makanan ringan.
- Perkhidmatan – Bengkel kereta, motor, dobi, membaiki komputer/telefon, kedai cermin mata, dan gim.
- Pasar Malam/Pasar Pagi.
- Pembuatan–kek, biskut, coklat, makanan sejuk beku (frozen).
- Perniagaan Online.
- Perniagaan FoodTruck.
- Pengusaha PKS.
- Sektor Pembinaan-Kontraktor Kelas G1.
- Taska, Tadika.
- Pusat Tuisyen.
- Training Consultants.
NOTA:
Peminjam dari Skim Industri Ekonomi Kreatif, Skim PEKA Pelancongan dan peniaga yang berdaftar di bawah MOTAC tidak layak memohon
SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN SKIM PEKA PKS
Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan untuk anda memohon pinjaman PEKA PKS 3.0 ini adalah seperti berikut:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
- Pemohon merupakan pengundi di Pulau Pinang.
- Pemohon berniaga dan menetap di Pulau Pinang.
- Pemohon mempunyai lesen perniagaan (MBPP/MBSP)/Sijil pendaftaran syarikat (SSM). Pastikan tarikh lesen perniagaan anda TIDAK LUPUT.
- Pemohon mempunyai tempat/lokasi perniagaan/berniaga secara bergerak (mobile)/ menjalankan perniagaan di rumah.
- Pemohon telah menjalankan perniagaan melebihi 6 bulan.
- Satu pinjaman bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
- Permohonan terbuka kepada syarikat perseorangan/perkongsian/sendirian berhad/koperasi.
- Penerima pinjaman dari Skim Pinjaman Harapan (SPH) dan Skim Peka Pulau Pinang yang masih mempunyai pinjaman tersebut tidak layak memohon.
- Mereka yang disenaraikan di bawah CTOS akan dipertimbangkan mengikut kes.
CARA PERMOHONAN SKIM PINJAMAN PEKA PKS 3.0
Sekiranya anda menepati semua syarat permohonan yang ditetapkan di atas anda boleh terus memohon mengikuti proses di bawah:
- Pemohon boleh isi BORANG PERMOHONAN ONLINE SKIM PINJAMAN PEKA PKS 3.0
- Fahami semua maklumat dan arahan yang diberikan kemudian klik ‘KLIK DISINI UNTUK MEMOHON’
- Masukkan no pendaftaran syarikat/Lesen perniagaan (MBPP/MBSP) dan isi semua maklumat yang diminta dengan lengkap dan betul.
- Muat naik dokumen sokongan: SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
- Setelah semua maklumat permohonan lengkap diisi dan semua dokumen sokongan yang diminta selesai dimuat naik, anda boleh terus hantar permohonan.
Maklumat Lanjut Permohonan Skim Pinjaman PEKA PKS
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi nombor berikut:
- Pertanyaan (Waktu Pejabat) : 04-6139 890/894/895 atau 04-6340 100/194
- Laman Web: https://www.pdc.gov.my