Pemberitahuan » Panduan » Permohonan Jawatan Kosong Polis – Konstabel/Sarjan/Inspektor (2020)

Permohonan Jawatan Kosong Polis – Konstabel/Sarjan/Inspektor (2020)

Bagaimana cara nak memohon jawatan kosong polis ni? Jawatan apa yang ditawarkan? Apa syarat kelayakkan yang dikenakan?

Nak jadi anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM)?

Kalau betul berminat, kami di Pmeberitahuan sediakan anda entri hari ini  Permohonan Jawatan Kosong Polis – Konstabel/Sarjan/Inspektor (2020). Mudah sahaja, semua maklumat asas yang anda perlukan kami sediakan disini.

Apa tunggu lagi, jom kita teruskan!

Permohonan Jawatan Kosong Polis – Konstabel/Sarjan/Inspektor (2020)

Berikut dikongsikan cara macam mana untuk mohon sebarang jawatan kosong Polis 2020 termasuk sebagai Konstabel, Sarjan atau Inspektor.

Untuk makluman, permohonan boleh dibuat sepanjang tahun dengan mengisi borang SPA8i di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Permohonan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan bagi setiap jawatan yang ditawarkan.

 

WW - Permohonan Jawatan Kosong Polis - Konstabel/Sarjan/Inspektor (2020)

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DAN MAKLUMAT PENGAMBILAN

Permohonan kini boleh dibuat secara online melalui portal rasmi PDRM di;

https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my

Untuk jawatan lain yang tidak diiklankan, anda boleh mengisi borang permohonan SPA8i di portal rasmi SPA.

NOTA:

  • Kemaskini September 2019: PDRM Buka Pengambilan Inspektor, Konstabel Lelaki & Wanita.
  • Tarikh tutup permohonan 8 November 2019.
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan pengambilan bagi jawatan Konstabel polis YA1 dan YT1 untuk lelaki sahaja bagi siri 3/2019 di beberapa lokasi di seluruh negara pada bulan ini.
  • Pemohon mestilah tidak melebihi umur 27 tahun pada tarikh tersebut dan mempunyai ketinggian 163 sentimeter ke atas dan mempunyai berat minimum 50 kilogram, indeks jisim berat (bmi) 19.0 hingga 29.0 serta ukuran dada 81 sentimeter untuk keadaan biasa dan 86 sentimeter semasa tarik nafas.

Ujian fizikal akan diadakan pada pukul 7.30 pagi di lokasi berikut:

  1. Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, Kedah (18 November hingga 22 November)
  2. Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM, Ipoh (24 November hingga 28 November)
  3. Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka (18 November hingga 22 November)
  4. IPD Shah Alam (24 November hingga 28 November)
  5. Mes Pegawai Kanan IPD Kota Bahru (18 November hingga 22 November)
  6. Dewan Badminton, Kompleks Latihan PDRM Alor Akar, Kuantan (24 November hingga 28 November)
  7. IPD Tawau (18 November hingga 21 November)
  8. IPK Sabah (24 November hingga 28 November)
  9. Batalion 12, Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri (18 November hingga 19 November)
  10. IPD Sibu (21 November hingga 24 November)
  11. Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching (26 November hingga 28 November)

Antara jawatan polis yang boleh anda mohon termasuklah:

  • Inspektor Gred YA 13
  • Sarjan Gred YA 5
  • Konstabel Gred YA 1
  • Konstabel Sokongan Gred YT 1
  • Konstabel Orang Asli Gred YP 1

GAJI PEGAWAI POLIS YANG DITAWARKAN

Mengikut info yang terdapat dalam portal SPA, berikut adalah tangga gaji bagi setiap jawatan di atas:

  • Gaji Inspektor — RM 2,329.00 – RM 8,883.00
  • Gaji Sarjan — RM 1,711.00 – RM 5,199.00
  • Gaji Konstabel — RM 1,014.00 – RM 3,517.00

Senarai penuh gaji Polis terdapat di sini.

DESKRIPSI TUGAS JAWATAN YANG DITAWARKAN

1. INSPEKTOR GRED YA 13

Permohonan ke jawatan Inspektor perlulah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PHD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online.

Baca Juga :  Daftar Online Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO SIP (EIS) 2020

Pemohon mestilah memiliki minimum Ijazah Sarjana Muda di universiti yang diiktiraf kerajaan.

Gaji bermula dari RM2,329 sehingga boleh mencecah RM8,883 sebulan.

Pemohon jawatan Inspektor mestilah memiliki kelayakan fizikal seperti berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)

2. SARJAN GRED YA 5

Untuk memohon jawatan Sarjan, pemohon mestilah memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang:

  • pentadbiran awam,
  • perakaunan,
  • pengajian perniagaan,
  • undang-undang, kejuruteraan,
  • pengajian islam
  • atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
  • atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Selain itu, pemohon juga mestilah memenuhi kriteria berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Gaji yang ditawarkan bermula dari RM1,711 sehingga maksimum RM5,199 termasuk kesemua insentif penjawat awam yang lain.

3. KONSTABEL GRED YA 1

Calon yang ingin memohon jawatan konstabel perlu lulus SPM dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Gaji permulaan dari RM1,041 sehingga maksimum RM3,517 sebulan dengan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM100 setahun.

Untuk maklumat jawatan lain dalam Suruhanjaya Pasukan Polis, layari http://www.spa.gov.my/

KESIMPULAN

Teruskan bersama kami untuk mengetahui apa-apa maklumat terkini yang melibatkan jawatan kosong polis 2020 bagi apa-apa jawatan yang bakal dibuka.

Selamat berjaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH