Pemberitahuan » Terkini » Permohonan KV/SMT 2022 (Kolej Vokasional/Sekolah Teknik)

Permohonan KV/SMT 2022 (Kolej Vokasional/Sekolah Teknik)

Permohonan KV/SMT 2022.

Para pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik bagi sesi 2022, anda boleh mula membuat permohonan sekarang sehingga 31 Disember 2021.

Apa syarat-syarat kelayakan kemasukan KV dan SMT?

Macam mana mana nak isi borang permohonan online KV dan SMT?

Pemberitahuan membawakan anda artikel Permohonan KV/SMT 2022 (Kolej Vokasional/Sekolah Teknik) sebagai panduan memudahkan proses permohonan adik-adik yang berminat.

Jom baca!

Permohonan KV/SMT 2022 Online (Kolej Vokasional/Sekolah Teknik)

Untuk makluman, Program KV dan SMT – Bagi pelajar lepasan Tingkatan 3 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pendidikan Asas Vokasional (PAV) :

  • Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV /ILKA / ILKS.
  • Sekolah Menengah Teknik (SPM).
  • Program Kemahiran/ Apprenticeship di KV/WISDEC/GIATMARA.

SENARAI KATEGORI ALIRAN MURID

Aliran PAV – Pelajar Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

  • Pelajar telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan yang menawarkan PAV

Aliran Perdana / Akademik / Agama – Pelajar Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merangkumi 4 komponen iaitu:

  • Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
  • Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Pelajar Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Tarikh permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ini mula dibuka pada 10 Oktober 2021 sehingga tarikh tutup permohonan 31 Disember 2021.

Adik-adik yang berminat boleh rujuk syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan di bawah sebagai rujukan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pelajar yang berminat perlu meneliti syarat kelayakan yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2020
  3. Pemohon mesti mengambil Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
  4. Pemohon wajib menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  5. Calon mestilah sihat tubuh badan
  6. Pemohon tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  7. Pemohon tidak rabun warna/ burta warna
  8. Berminat dengan program yang dipohon
Baca Juga :  Cara Claim Internet Percuma 1GB Setiap Hari Sehingga Hujung Tahun

Screenshot 2021 12 03 at 11 35 02 Sistem Permohohan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Khusus SBP SMKA e1638502560529 - Permohonan KV/SMT 2022 (Kolej Vokasional/Sekolah Teknik)

CARA PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) ONLINE SESI 2022

Calon-calon yang berkelayakan dan menepati semua syarat am dan khusus KV dan SMT boleh terus membuat permohonan secara online;

  1. Calon perlu mengisi:
  2. Pastikan calon mengisi borang permohonan dengan maklumat yang betul dan lengkap.
  3. Sila pastikan semua bertanda * diisi
  4. Rujuk Panduan bagi maklumat yang memerlukan rujukan untuk pengisian data
  5. Klik simpan dan pergi ke muka surat seterusnya.
  6. Sila buat ‘checking’ dan klik kemaskini untuk mengemaskini permohonan.
  7. Cetak Permohonan sebagai simpanan dan rujukan pemohon.
  8. Sila pastikan perisian Adobe Reader dipasang untuk mencetak borang permohonan online.

NOTA:

  • Jika pemohon tidak boleh mengakses borang permohonan online, sila kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan maklumkan kepada pihak sekolah.
  • Kursus tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Permohonan secara atas talian hanya dibuka kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KV & SMT SESI 2022

*Semakan permohonan boleh mula dibuat pada 15 Mac 2022*

Maklumat Lanjut Permohonan KV/SMT 2022

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan ini anda boleh terus hubungi saluran di bawah sebagai rujukan:

  • Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 6, Blok E14, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
    • u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH