Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Program JUMPER PUNB Sesi 2022 Online

Permohonan Program JUMPER PUNB Sesi 2022 Online

Permohonan Program JUMPER PUNB.

Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin menjadi perantis PUNB, anda boleh mula memohon sekarang sehingga tarikh tutup 31 Disember 2021.

Masih ada yang tak tahu apa itu Program Jumper PUNB?

Jangan risau, Pemberitahuan ada jawapannya.

Artikel kami hari ini Permohonan Program JUMPER PUNB Sesi 2022 Online kami sediakan khas buat mereka yang berminat.

Semua informasi mengenai kelebihan program, cara memohon, elaun yang disediakan dan macam-macam lagi.

Jom baca!

Apa Itu Program JUMPER PUNB?

Untuk makluman anda, Program JUMPER PUNB adalah sebuah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.

Ianya mensasarkan khusus pada graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Tujuan utama program ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan.

KEISTIMEWAAN PROGRAM JUMPER PUNB

Keistimewaan yang ditawarkan di dalam program ini kepada perantis yang layak adalah seperti berikut:

  1. Perantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan
  2. Program latihan berkonsepkan Latihan Sangkut selama 8 bulan
  3. Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani program latihan dan kursus penyediaan Rancangan Perniagaan
  4. Pembiayaan patuh syariah
  5. Setelah tamat latihan, perantis yang berminat untuk menjalankan perniagaan berpeluang untuk mendapatkan pembiayaan RM100,000 hingga RM400,000 (perniagaan berkonsep) bagi mereka yang layak

Permohonan Program JUMPER PUNB Sesi 2022 Online

Permohonan untuk menjadi perantis Program JUMPER PUNB untuk pengambilan sesi Februari 2022 kini telah dibuka sehingga 31 Disember 2021.

Baca Juga :  Cara Memohon Bantuan Khas Zakat Selangor (Covid-19)

Berikut kami kongsikan syarat kelayakan dan prosedur permohonan sebagai sumber rujukan anda.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM JUMPER PUNB 2022

Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh mereka yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Berminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.
  2. Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat mentor yang terpilih.
  3. Mencari program latihan & bimbingan perniagaan daripada usahawan (Mentor) yang berpengalaman dalam industri.
  4. Graduan Bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran.
  5. Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA).
  6. Komited menjalani latihan industri secara sepenuh masa selama 8 bulan.

NOTA:

Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.

image 2 - Permohonan Program JUMPER PUNB Sesi 2022 Online

CARA PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB ONLINE SESI 2022

  1. Pengguna boleh membuat permohonan di pautan: https://www.punbbiz.com.my/jumper atau imbas kod QR di dalam poster di atas.
  2. Sila baca dan fahami setiap perkara mengenai Program JUMPER PUNB.
  3. Pastikan semua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.
  4. Sila pastikan anda mengisi maklumat yang lengkap dan tepat dalam borang permohonan.
  5. Sila pastikan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.
  6. Bagi yang sedang berniaga, sila sertakan bersama salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini.
  7. ​Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan di proses.

TATACARA PROSES PERMOHONAN

  1. Peserta mendaftar dan disaring.
  2. ​Menghadiri temuduga panel (PUNB & mentor).
  3. Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek.
  4. Proses penempatan & kelulusan.
  5. Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan.
  6. Peserta lapor diri & latihan bermula.

Maklumat Lanjut Permohonan Program JUMPER PUNB

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai program ini boleh rujuk pada;

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH