Permohonan Pinjaman Pertanian Agrobank.
Skim Pembiayaan Agropreneur Muda atau Agro-Youth Entrepreneur Scheme (AGRO-YES) adalah satu inisiatif baru yang diperkenalkan oleh Agrobank untuk membantu usahawan-usahawan muda yang mencari pembiayaan untuk perniagaan pertanian mereka.
Usaha ini pastinya dapat membantu usahawan-usahawan muda yang ingin mengembangkan perniagaan bidang pertanian sekaligus menarik minat anak-anak muda menceburkan bidang ke dalam bidang pertanian.
Bagaimana dengan syarat kelayakan dan proses permohonan?
Jangan risau, teruskan membaca artikel Permohonan Pinjaman Pertanian Agrobank 2021 (AGRO-YES) Online sebagai rujukan mereka yang berminat.
Isi Kandungan
Pinjaman AGRO-YES Agrobank Membantu Usahawan Petani Muda
Untuk makluman anda, matlamat-matlamat utama perlaksanaan AGRO-YES Agrobank adalah seperti berikut:
- Menarik minat golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
- Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
- Membantu meningkatkan pendapatan usahawan muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
- Menjadikan industri agromakanan sebagai salah satu bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara.
SKOP PEMBIAYAAN YANG LAYAK MEMOHON
Skop pembiayaan yang layak memohon pembiayaan AGRO-YES ini adalah seperti berikut:
- Tanaman
- Perikanan
- Ternakan
- Industri Asas Tani
- Pemasaran
- Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
- Agropelancongan
Permohonan Pinjaman Pertanian Agrobank 2021 (AGRO-YES) Online
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERTANIAN AGROBANK
Mereka yang berminat ingin membuat permohonan pinjaman ini perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur minimum 18 sehingga 40 tahun semasa permohonan pembiayaan dilakukan.
- Pemohonan terbuka kepada Individu, Syarikat Pemilikan Tunggal/Enterprise, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad.
- Anda hendaklah berdaftar terlebih dahulu dengan Unit Agropreneur Muda sebelum membuat permohonan pembiayaan (Pendaftaran dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat di cawangan Agrobank)
– Untuk Syarikat Pemilikan Tunggal/Enterprise, perkongsian, sekurang-kurangmya seorang rakan kongsi dikehendaki berdaftar dengan UAM
– Bagi Syarikat Sendirian Berhad, sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah perlu berdaftar dengan UAM. - Anda perlu terlibat secara langsung dalam projek atau menguruskan projek tersebut.
- Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada program pakej pertanian seperti yang telah ditetapkan di bawah Projek Usahawan Tani Muda.
- Pembiayaan bagi projek baru adalah TIDAK DIBENARKAN di bawah program ini.
- Projek yang akan dibiayai hendaklah projek yang telah beroperasi melebihi 12 bulan atau 1 tahun.
CARA PERMOHONAN PINJAMAN PERTANIAN AGROBANK 2021
Anda telah memenuhi kesemua syarat kelayakan di atas dan ingin membuat permohonan?
Bagaimana?
Usahawan-usahawan muda yang berminat boleh membuat permohonan dimana-mana cawangan Agrobank yang berdekatan dengan anda.
Kami sertakan SENARAI CAWANGAN AGROBANK DI MALAYSIA untuk rujukan anda.
JUMLAH & TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN
Pembiayaan balik yang ditetapkan kepada pemohon adalah selama 7 tahun atau 84 bulan dengan kadar keuntungan semasa adalah sebanyak 2% setahun.
Untuk makluman anda juga, mereka yang layak akan menerima bantuan pembiayaan daripada Agrobank adalah antara RM50,000 hingga RM200,000.
Maklumat Lanjut Permohonan Pinjaman Pertanian Agrobank
Sebarang maklumat lanjut mengenai pinjaman pertanian AGRO-YES Agrobank ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:
- Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476
- Laman sesawang rasmi https://www.agrobank.com.my.
Selamat mencuba dan semoga berjaya kepada agropreneur muda yang berminat.
TERIMA KASIH