Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » Permohonan Skim Air Selangor 2021: Skim Air Darul Ehsan

Permohonan Skim Air Selangor 2021: Skim Air Darul Ehsan

Permohonan Skim Air Selangor 2021.

Rakyat Selangor kini boleh mula membuat permohonan skim air percuma Selangor atau dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE).

Permohonan Skim Air Percuma Selangor ini telah pun dibuka mula 1 April 2021 sehingga Jun 2021.

Apa syarat kelayakan permohonan?

Bagaimana cara untuk membuat permohonan?

Teruskan bersama Pemberitahuan dengan artikel kami hari ini Permohonan Skim Air Selangor 2021: Air Selangor Percuma sebagai panduan mudah untuk anda.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca!

Apa Itu Skim Air Darul Ehsan (SADE)?

Untuk makluman anda, SADE adalah program penjajaran semula pemberian air percuma 20 meter padu kepada kumpulan sasar penduduk negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah.

Skim ini telah dilaksanakan sejak 2019 dan diberi penambahbaikan bagi mencapai matlamat sebenar Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri Selangor iaitu mensasarkan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan layak.

OBJEKTIF PELAKSANAAN SADE

Objektif utama pelaksanaan SADE adalah untuk bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi.

Selain itu, pelaksanaan SADE adalah untuk menstruktur semula semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.

Permohonan Skim Air Selangor 2021: Air Selangor Percuma

Berikut kami kongsikan informasi berkenaan syarat kelayakan permohonan, proses permohonan etc untuk rujukan anda yang berminat:

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi melayakkan anda membuat permohonan SADE ini:

  1. Anda mestilah berstatus warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja.
  3. Pendapatan isi rumah pemohon adalah RM4,000 dan ke bawah.
  4. Pemohon tinggal di premis kediaman jenis meter individu.
Baca Juga :  Daftar Online Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO SIP (EIS) 2020

CARA PERMOHONAN SKIM AIR SELANGOR 2021

Mereka yang layak boleh terus buat permohonan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Anda perlu layari: LAMAN WEB RASMI SSIPR DAFTAR SELANGOR
  2. Screenshot 2021 04 21 SSIPR Register - Permohonan Skim Air Selangor 2021: Skim Air Darul Ehsan
  3. Isikan kesemua maklumat yang tertera seperti di atas dengan lengkap dan betul. Kemudian klik ‘Daftar’
  4. Log Masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang anda cipta semasa pendaftaran.
  5. Isi maklumat diri dan premis kediaman anda dengan lengkap kemudian hantar permohonan.

Selesai! Mudah bukan?

Soalan Lazim (FAQ) Skim Air Darul Ehsan

Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan isi rumah bawah RM4,000?

  • Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).

Kami mempunyai pendapatan isi rumah lebih dari daripada RM4,000 kerana termasuk pendapatan anak kami yang tinggal serumah. Adakah kami layak memohon Skim Air Darul Ehsan?

  • Permohonan hanya mengambil kira pendapatan suami dan isteri sahaja, sekiranya pendapatan suami dan isteri melebihi RM4,000, pemohon tidak layak menikmati Skim Air Darul Ehsan.

Saya tidak mempunyai pendapatan tetap, tidak ada slip gaji dan tidak pernah mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), adakah saya layak memohon?

  • Ya. Pemohon layak untuk memohon Skim Air Darul Ehsan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat permohonan dan semakan kelayakan.

Saya tinggal di Putrajaya tetapi mempunyai rumah di Negeri Selangor, adakah saya layak untuk memohon?

  • Ya. Pemohon layak untuk memohon Skim Air Darul Ehsan bagi premis yang terletak di Negeri Selangor tetapi tertakluk kepada syarat permohonan dan semakan kelayakan.

Adakah penyewa layak untuk membuat permohonan Skim Air Darul Ehsan?

  • Ya. Penyewa layak untuk membuat permohonan sekiranya menyewa di Negeri Selangor tetapi tertakluk kepada syarat-syarat permohonan dan semakan kelayakan.

Maklumat Lanjut Permohonan Skim Air Selangor

Sebarang pertanyaan atau kekeliruan mengenai Skim Air Darul Ehsan (SADE) ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran berikut:

  1. No telefon: 15300
  2. Email: wecare@airselangor.com