Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Nasional Online

Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Nasional Online

Posted on

Dikemaskini pada

Apa itu Skim Pembiayaan Tekun Nasional? Bagaimana buat permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Nasional ni?

Anda nak buat pinjaman bank takut tak lepas, nak buat pinjaman dengan pemberi pinjaman yang berlesen cari pasal pulak kalau tak boleh bayar. Jadi di mana anda nak buat pinjaman?

Tahukah anda bahawa Skim Pembiayaan TEKUN ini ada menyediakan pinjaman untuk memulakan perniagaan? Anda berminat? Rasa bersemangat?

Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Nasional Online merangkumkan maklumat asas yang anda perlukan untuk mengenali dan memahami skim pembiayaan ini.

Jom baca!

Pembiayaan TEKUN Nasional Membantu Rakyat Memulakan Perniagaan

Apa sebenarnya TEKUN Nasional ini? Tak pernah dengar pun.

Untuk pengetahuan anda, TEKUN Nasional yang dahulunya juga dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.

Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Kini, TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

Haaa, anda rasa layak ke untuk memohon pinjaman TEKUN ni? Yakin? Kalau macam tu teruskan membaca artikel ini.

Permohonan Skim Pinjaman TEKUN Nasional 2020

Berikut merupakan maklumat yang kami kongsikan mengenai syarat-syarat kelayakan permohonan pinjaman, cara untuk memohon dan banyak lagi;

SYARAT KELAYAKAN ASAS PEMBIAYAAN TEKUN NASIONAL
  1. Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Pemohon bukan seorang muflis.
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  5. Mempunyai lesen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM).
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile).
  7. Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan.
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300.000.
  10. Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  11. Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project).
  12. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  13. Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  14. Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran.
  15. Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
Baca Juga :  Tips Semak Slip e-Penyata Gaji Online 2020

Okay, anda dah lepas semua syarat-syarat yang dinyatakan di atas? Alhamdulillah. Jom kita ke maklumat seterusnya!

JUMLAH PINJAMAN SKIM TEKUN NASIONAL

Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Nasional Online

  • Skim Pembayaran Kecil (SPK) memberikan jumlah pinjaman >RM10 000 – RM50 000 dengan tempoh bayaran sehingga 5 tahun
  • Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) pula memberikan jumlah pinjaman >RM50 000 – RM100 000 dengan tempoh bayaran sehingga 10 tahun

Haa, berbaloi bukan? Dah boleh start planning awal-awal skop atau tahap pembiayaan yang perniagaan anda perlukan.

BAYARAN PROSES SKIM PINJAMAN TEKUN NASIONAL

Haaa, macam mana pula dengan bayaran proses skim pinjaman ni?

Mahal ke nak bayar nya tu?

Itu semua bergantung kepada jumlah pembiayaan yang anda mohon lah. Kalau tinggi pinjaman anda tu, bayaran proses anda pun jadi tinggi.

Rujuk pada table yang kami sediakan di bawah:

Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Nasional Online

Ini semua terletak kepada tahap kemampuan anda juga, buat perancangan yang teliti dan berapa bajet yang anda mampu.

TEMPOH BAYARAN BALIK DAN KADAR FAEDAH

Tempoh bayaran balik pinjaman adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun.

Peminjam dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% setahun. 4% setahun, bukan bulan-bulan.

NOTA PENTING:

Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh.

Maklumat lanjut, sila layari http://www.tekun.gov.my/ms/kaedah-bayaran-balik/.

TEKUN NASIONAL PERLINDUNGAN INSURANS

Antara kelebihan usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Pinjaman dan Insuran Hayat & Kemalangan (peminjam).

Apa fungsi Insurans ni?

Insuran ni bertujuan untuk melunaskan baki pembiayaan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan dalam tempoh bayaran balik pembiayaan tersebut.

Selain itu waris juga menerima wang khairat kematian sebanyak RM 1,000.00 (potongan wajib kepada semua peminjam)

Barulah anda berasa selamat dan yakin kan? Sediakan payung sebelum hujan.

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN NASIONAL
  • Bagi yang berkelayakan untuk memohon pinjaman TEKUN Nasional tahun 2018, anda boleh mendapatkan borang permohonan pinjaman TEKUN Nasional di mana-mana Pejabat TEKUN Kawasan, Pusat Perkhidmatan Bergerak (TEKUN Mobile) atau di mana-mana kaunter perkhidmatan TEKUN Nasional.
  • Borang permohonan pinjaman TEKUN Nasional hendaklah dihantar ke Pejabat TEKUN kawasan parlimen di lokasi premis perniagaan atau projek anda.

KESIMPULAN

Anda tak perlu lagi susah-susah nak cari jalan untuk memulakan perniagaan selepas ini kerana pembiayaan TEKUN Nasional ini dapat membantu anda memulakan perniagaan anda daripada bawah.

Kami berharap artikel pada hari ini dapat memberikan anda informasi yang berguna dan memudahkan urusan anda untuk memulakan perniagaan yang telah lama anda impikan. Untuk sebarang lanjut, sila layari laman rasmi TEKUN.

Pemberitahuan mengucapkan selamat maju jaya!

 


Semakan Permohonan