Pemberitahuan » Kewangan » Cara Semakan CTOS Online

Cara Semakan CTOS Online

Anda mahu dapatkan pinjaman kredit? Tapi risau permohonan anda tidak lulus? Jom kami kongsikan mengenai CTOS

Semakan CTOS Online

Sebenarnya, anda boleh mengetahui kemungkinan pinjaman anda diluluskan atau tidak, sekiranya anda terlebih dahulu memeriksa laporan kredit anda. Ini membolehkan anda mengetahui apa yang kurang baik dengan kredit anda dan bagaimana cara untuk anda memperbaikinya sebelum memohon pinjaman bagi mengelakkan penolakan dari agensi – agensi kewangan. Berikut kami kongsikan maklumat berkaitan semakan CTOS.

Apa itu CTOS ?

CTOS merupakan sebuah agensi swasta yang mendahului sistem pelaporan kredit  dan membangunkan satu sistem untuk yang merekodkan status kredit individu . Mana-mana pemberi kredit yang telah menyenaraihitam pelanggan mereka disebabkan masalah tunggakan atau ingkar dalam membuat bayaran akan mendaftarkan nama pelanggan itu di dalam CTOS. Maklumat pelanggan ini boleh disemak  oleh pemberi kredit lain dalam membuat penilaian pinjaman. Untuk makluman, CTOS didaftarkan di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Berbeza dengan CCRIS, atau Central Credit Reference Information yang diurus oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia manakala CTOS ialah syarikat swasta.

Untuk makluman anda, paparan laporan kredit yang dikeluarkan oleh pihak CTOS adalah untuk individu dan syarikat termasuklah rekod kredit mereka untuk tempoh 24 bulan lalu,Selain itu  pemilikan syarikat dan pengarah, maklumat tindakan undang-undang, dan juga keterangan daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka.

Cara Semakan CTOS Secara Online

Bagi yang berminat untuk mendapatkan laporan CTOS secara online, berikut kami kongsikan cara Semakan CTOS Secara Online untuk semua.Untuk makluman terdapat 3 laporan yang disediakan CTOS iaitu :-

  1. Laporan MyCTOS Basic : Laporan Kredit Asas (Tanpa CCRIS & Skor) – PERCUMA
  2. MyCTOS Score : Laporan Kredit & Skor – RM25 / repot (tidak termasuk Cukai Perkhidmatan)
  3. CTOS SecureID : Perlindungan Kecurian Identiti – RM99 / setahun (tidak termasuk Cukai Perkhidmatan)

Layari Laman Web CTOS

Berikut kami kongsikan cara membuat semakan di CTOS menggunakan komputer. Untuk makluman, anda juga boleh menggunakan aplikasi di telefon bimbit anda. Sebelum membuat semakan CTOS, anda perlu mendaftar akaun baharu dahulu. Klik pada pautan di bawah untuk melengkapkan pendaftaran:

CARA PENDAFTARAN AKAUN

Setelah anda berjaya mengakses pautan pendaftaran, Sila lengkapkan maklumat-maklumat termasuk nama penuh seperti dalam MyKad, nombor kad pengenalan, alamat emel, bahasa pilihan dan nombor telefon anda.

Baca Juga :  Permohonan TUNS PLUS 2021: Pinjaman Perniagaan Usahawan B40

Ctos 1 - Cara Semakan CTOS Online

  1. Kemudian Klik Get Verification Code untuk mendapatkan kod TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda.Pastikan anda memberikan nombor telefon bimbit yang betul. Ini adalah amat penting kerana kod pengesahan TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda bagi melengkapkan proses pendaftaran
  2. Isikan kod yang diterima menerusi SMS di telefon bimbit tadi dalam ruangan Verification Code. Klik Continue.
  3. Seterusnya anda perlu mencipta kata anda laluan sendiri, selepas itu muat naik gambar kad pengenalan anda serta isikan alamat lengkap anda seperti dalam MyKad. Kemudian klik butang Continue.
  4. Sila Jawab soalan yang tertera di halaman seterusnya. Klik tanda hijau jika jawapan anda adalah ‘YA’ dan merah jika jawapan anda ‘TIDAK’. Kemudian klik pada butang Complete setelah selesai.

 Cara Log Masuk Ke Akaun CTOS

Untuk membuat semakan CTOS, klik pautan di bawah untuk log masuk:

Log Masuk Akaun CTOS

AKSES LAPORAN CTOS

  1. Untuk Log Masukisikan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang anda cipta ketika proses pendaftaran. Klik butang Login
  2. Kemudian anda akan dibawa ke Dashboard yang memaparkan maklumat asas berkaitan laporan kredit CTOS anda.
  3. Untuk mendapatkan laporan CTOS yang lebih terperinci, klik pada butang Get your CTOS Score Now
  4. Isikan kata laluan dalam ruangan Password dan klik pada butang Get Report

Anda akan dibawa ke halaman untuk membuat pembayaran. Laporan CTOS yang lengkap yang berharga RM25 (tidak termasuk cukai).

Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan Semakan CTOS, Sila rujuk maklumat-maklumat di bawah ini:

Laman Web Rasmi CTOS
Facebook Rasmi CTOS

No. Telefon

03-27228833/03-27228882

Soalan Yang Lazim Ditanya

Untuk soalan – soalan lazim yang sering di tanya. Anda boleh menyemaknya sendiri di sini Soalan Lazim (FAQ) CTOS

 

KESIMPULAN

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Semakan CTOS ini dapat memberi manfaat buat semua. Semoga laporan kredit anda berada dama keadaan yang baik untuk membuat permohonan pinjaman. Dengan CTOS juga, anda boleh menyemak laporan peribadi sendiri bagi memastikan kredit berada dalam keadaan sihat dan baik. Pada masa yang sama syarikat-syarikat termasuk institusi kewangan boleh menyemak laporan kredit anda untuk memastikan adakah anda layak untuk membuat sebarang permohonan pinjaman atau kad kredit. Bank-bank akan menilai permohonan pinjaman dengan merujuk pada sejarah kredit anda sebelum membuat keputusan samada anda layak untuk diberikan pinjaman atau tidak.