Permohonan Tukar Kad Pengenalan.
Kad Pengenalan adalah dokumen pengenalan diri yang sangat penting dan wajib dibawa kemana sahaja anda pergi. Apa-apa urusan kini memerlukan anda untuk menunjukkan kad pengenalan.
Oleh itu, sekiranya anda mengalami masalah kad pengenalan rosak, hilang atau ingin membuat pengemaskinian maklumat perlu selesaikan dengan segera.
Macam mana?
Jangan risau, entri Pemberitahuan hari ini Permohonan Tukar Kad Pengenalan/MyKad JPN kami sediakan sebagai panduan buat anda yang memerlukan.
Jom baca!
Isi Kandungan
Permohonan Tukar Kad Pengenalan/MyKad JPN
Berikut kami kongsikan kepada anda 4 situasi bila anda boleh membuat permohonan tukar IC.
Jom teruskan bersama kami!
PERMOHONAN GANTI KAD PENGENALAN YANG HILANG
Bagi mereka yang hilang kad pengenalan termasuk kad pengenalan jenis MyTentera atau MyPRT/MyKAS anda boleh membuat permohonan dengan cara berikut:
CARA-CARA PERMOHONAN:
- Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN berhampiran.
- Pemohon perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah ataupun akibat kecuaian.
- Laporan Polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan yang hilang.
DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
- Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang Kurang Upaya.
- Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam.
- Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, kecurian, malapetaka dan seumpamanya, laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.
KADAR BAYARAN YANG DIKENAKAN
Warganegara
- Kali Pertama :
- Permohonan: RM 10.00
- Proses: RM 100.00
- Jumlah: RM 110.00
- Kali Kedua :
- Permohonan: RM 10.00
- Proses: RM 300.00
- Jumlah: RM 310.00
- Kali Ketiga :
- Permohonan: RM 10.00
- Proses: RM 1000.00
- Jumlah: RM 1010.00
Bukan Warganegara
- Kali Pertama :
- Permohonan: RM 40.00
- Proses: RM 100.00
- Jumlah: RM 140.00
- Kali Kedua :
- Permohonan: RM 40.00
- Proses: RM 300.00
- Jumlah: RM 340.00
- Kali Ketiga :
- Permohonan: RM 40.00
- Proses: RM 1000.00
- Jumlah: RM 1040.00
PERMOHONAN TUKAR KAD PENGENALAN (MyKAD/MyPR) 18 TAHUN
Individu yang telah mencapai umur 18 tahun dan memiliki kad pengenalan bertaraf Warganegara atau Pemastautin Tetap hendaklah membuat gantian kad pengenalan selewat-lewatnya apabila mencapai umur 25 tahun.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Berumur genap 18 tahun hingga mencapai umur 25 tahun
- Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN
CARA-CARA PERMOHONAN
- Pemohon perlu hadir ke cawangan JPN yang berdekatan dengan membawa sekali kad pengenalan asal.
KADAR BAYARAN YANG DIKENAKAN
- Warganegara: RM10.00
- Bukan Warganegara: RM40.00
PERMOHONAN TUKAR KAD PENGENALAN YANG ROSAK
Mereka yang mengalami masalah kad pengenalan yang rosak boleh segera menggantikan kad pengenalan baru dengan mengikuti proses di bawah:
CARA-CARA PERMOHONAN:
- Kad Pengenalan asal pemohon yang rosak semasa permohonan boleh dibuat di kaunter; atau
- Semasa pengambilan Kad Pengenalan baharu bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.
KADAR BAYARAN YANG DIKENAKAN
- Warganegara: RM10.00
- Bukan Warganegara: RM40.00
NOTA: Bagi permohonan gantian Kad Pengenalan rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak tersebut adalah PERCUMA.
PERMOHONAN TUKAR MyKAD UNTUK KEMASKINI ALAMAT
Individu yang memiliki Kad Pengenalan dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih hendaklah membuat gantian penukaran alamat pada Kad Pengenalan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia.
- Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.
CARA-CARA PERMOHONAN
- Pemohon boleh hadir ke mana-mana cawangan JPN yang berdekatan dan mengisi Borang Permohonan Pertukaran Alamat
- Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan:
- Kad Pengenalan asal; dan
- Bil Elektrik; atau
- Bil Pembentungan; atau
- Bil Utiliti; atau
- Cukai Pintu; atau
- Borang Taksiran Cukai Pendapatan; atau
- Perjanjian Jual Beli Rumah; atau
- Perjanjian atau Resit Sewa Rumah (sekiranya Menyewa); atau
- Lain-lain Dokumen Pembuktian Pemohon Menetap di Alamat Baharu tersebut
KADAR BAYARAN YANG DIKENAKAN
- Warganegara :
- RM 10.00 (jika melibatkan pengeluaran kad baru)
- RM 2.00 (pertukaran alamat dalam cip tanpa melibatkan pengeluaran kad baru)
- Bukan Warganegara :
- RM 40.00 (jika melibatkan pengeluaran kad baharu)
- RM 2.00 (jika pertukaran alaman dalam cip tanpa melibatkan pengeluaran kad baru)