Pemberitahuan » Kewangan » Cara Memohon Pinjaman Bank Untuk Kereta Terpakai

Cara Memohon Pinjaman Bank Untuk Kereta Terpakai

Anda perlukan tips mudah buat permohonan pinjaman bank untuk kereta terpakai? Macam mana nak pastikan anda memenuhi syarat-syarat pinjaman? Adakah anda layak buat permohonan pinjaman ini?

Banyak sangat tanda tanya? Anda tak tahu mana nak mula?

Mudahkah untuk membuat pinjaman kenderaan bagi yang baru bekerja? Agak mudah bagi kami di Pemberitahuan untuk menjawab persoalan anda secara ringkas, tetapi agak sukar jika pihak anda ingin tahu secara terperinci.

Walau bagaimanapun kami akan cuba sehabis baik merungkai permasalahan pinjaman ini secara santai. Harap perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk menilai sebelum mengisi borang pemohonan nanti.

Entri hari ini khas buat mereka yang bercita-cita untuk buat pinjaman memiliki kereta terpakai.

PENILAIAN BANK POSITIF, PINJAMAN ANDA SUKSES

Bank bersifat ingin untung. Tiada perniagaan kewangan yang benar-benar membantu anda. Jika itu lumrah, maka pertamanya bank akan menilai anda terlebih dahulu. Masakan mereka beri pinjam pada orang yang kantongnya kering. Malah bank juga menilai pinjaman anda yang terdahulu untuk meluluskan pinjaman baru.

Adakah anda salah seorang yang sentiasa lewat membayar hutang? atau, adakah anda bekerja tapi tidak dicarumkan kedalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Jika 2 perkara ini ada pada anda, maka penuhi keperluan tersebut terlebih dahulu sebelum mula mengisi borang pinjaman dan dengan kata lainnya – ANDA TIDAK LAYAK MEMOHON PINJAMAN ini.

Juga ada baiknya buat anda yang tiada dalam senarai 2 di atas, terlebih dahulu membuat semakan di Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) di lobi Blok A Bank Negara Malaysia. Maklumat pinjaman kewangan anda ada pada CCRIS.

Tetapi bank amat mudah berurusan dengan pemilik syarikat atau peniaga yang mempunyai rekod kewangan baik. Akaun syarikat yang sentiasa ada wang keluar masuk. Ini menggambarkan syarikat anda bergerak aktif. Jadi tiada masalah pada mana-mana institusi kewangan untuk memberi pinjaman. Paling penting pastikan syarikat anda ada membayar cukai perniagaan.

 

Cara Memohon Pinjaman Bank Untuk Kereta Terpakai 2 - Cara Memohon Pinjaman Bank Untuk Kereta Terpakai

CARA MUDAH BUAT PEMOHONAN PINJAMAN BANK (KERETA)

Kereta yang layak untuk pinjaman Bank adalah kereta yang berusia 10 tahun mengikut tahun pengeluaran/dikilangkan/dibuat dan bukannya tahun pendaftaran.

Contoh : BMW E46 318Ci (A) Tahun Buatan 05, REG. 2010 – Kereta ini tidak layak untuk pinjaman lagi kerana usia kereta 12 tahun (walaupun didaftarkan pada 2010)

Audi A4 2.0 (A) Tahun Buatan 2010, REG. 2014- Kereta ini layak membuat pinjaman maxima 7 tahun

Tempoh masa pinjaman juga di tetapkan mengikut tahun kereta dikeluarkan iaitu :

tahun 2007 – tempoh pinjaman maxima 5 tahun
tahun 2008 – tempoh pinjaman maxima 6 tahun
tahun 2009 – tempoh pinjaman maxima 7 tahun
tahun 2010 – tempoh pinjaman maxima 8
tahun 2011 – 2017 – tempoh pinjaman maxima 9 tahun

Bagi sesetengah model kereta luar negara yang di keluarkan pada tahun 2006 bank masih melayakkannya untuk pinjaman maxima 4 tahun

Bagi sesetengah model kereta luar negara yang mempunyai harga yang tinggi yang dikeluarkan atas tahun 2006 sesetengah bank masih melayakkannya untuk pinjaman max 5 tahun

Bagi kereta tempatan yang dikeluarkan di bawah tahun 2007 sukar untuk mendapat kelayakkan pinjaman bank

Interest yang bank tetapkan juga bergantung kepada model dan usia kereta, semakin tinggi usia kereta semakin tinggi interest bank.

Tangga gaji mengikut kelayakkan untuk pinjaman bank yang ditetapkan adalah sekurang-kurangnya RM 1800 (bersih)

Walaupun begitu, gaji bersih RM 1500 masih boleh di pertimbangkan mengikut jenis kerja, komitment, kekukuhan tempat kerja dan sebagainya + model kereta yang dipilih. Dalam situasi kewangan negara yang meruncing kebanyakkan akan menolak pinjaman. Biasanya hanya AEON KREDIT yang akan memberi pinjaman kepada anda tetapi dengan kadar bunga yang tinggi.

Contohnya : Anda TIDAK LAYAK Jika ;gaji bersih RM 1500 tetapi ingin memohon pinjaman penuh (full pinjaman) untuk kereta yang mempunyai bulanan RM 500 sebulan

namun anda akan dipertimbangkan jika;

Baca Juga :  Geran Kewangan MITRA 2022: Permohonan & Syarat Kelayakan

gaji bersih RM 1500 , mempunyai bayaran pendahuluan atau penjamin dan ingin memohon pinjaman untuk kereta yang mempunyai bulanan RM 300 sebulan

Cara bank menilai adalah

Bulanan kereta RM 600 x 3 = Gaji bersih mestilah sekurang2nya RM 1800
Bulanan kereta RM 800 x 3 = Gaji bersih mestilah sekurang2nya RM 2400

Pemohon yang membuat bayaran pendahuluan lebih senang mendapatkan kelulusan pinjaman.

Bayaran pendahuluan adalah sokongan kepada permohonan anda untuk membuat pinjaman bank, Semakin tinggi bayaran pendahuluan semakin mudah process kelulusan pinjaman anda.

Tempahan kereta dan bayaran pendahuluan adalah 2 perkara berlainan

Tempahan kereta diperlukan untuk tujuan peniaga memproses pinjaman anda, Jumlah Tempahan kereta berbeza bergantung kepada yang ditetapkan di kedai-kedai kereta, kebiasaannya RM 300 – RM 500

bayaran pendahuluan adalah jumlah yang anda perlu bayar untuk lengkapkan harga jualan kereta, pada kebiasaanya 10% daripada harga kereta (berbeza mengikut keadaan semasa)

Contoh : Harga jualan kereta RM 60,000,
pinjaman bank = RM 57,000 , bayaran pendahuluan = RM 3,000,
pinjaman bank = RM 54,000 , bayaran pendahuluan = RM 6,000,

bayaran pendahuluan perlu dibayar selepas pinjaman anda lulus iaitu waktu anda mengambil kereta yang anda beli nanti atau menerima kunci.

Jika ada peniaga yang meminta bayaran pendahuluan seawal anda mahu membuat pemohonan pinjaman Bank anda patut meragui peniaga tersebut.

CHECKLIST MEMBELI KERETA BARU ATAU TERPAKAI

  • Gaji bersih sekurang kurangnya 1.8 k ke atas, depends pada harga kereta. Kalau gaji tak cukup perlukan penjamin dari ibu/bapa, adik beradik atau suami isteri sahaja.
  • Kereta baru, tak perlu beza harga. Sebab benda sama, harga sama , yang lain harganya hanya di Sabah Sarawak dan kawasan bebas cukai , kalau kereta terpakai harga berbeza mengikut model/tahun/kondisi kereta di setiap kedai.
  • Untuk kereta terpakai, tanya harga terlebih dahulu adakah harga yang diberi siap bersama insuran dan cukai? Atau ada apa-apa caj lain? Setiap
    kereta terpakai tentu boleh nego tapi nego di online dianggap tidak serius.
  • Pilih kereta dulu, tengok budget kereta yang anda mampu. Untuk membeli dengan tunai tiada masalah tetapi jika ingin membuat loan dengan bank mahupun credit mereka akan menilai kelayakkan mengikut gaji bersih, basic, jenis pekerjaan dsb.
  • Untuk kereta baru : tanya promosi – kerana diskaun setiap bulan boleh berubah + free servis, hadiah +++
  • Interest atau bunga dari 2.68% – 3.3%, kereta baru jarang sangat cecah 3.7% kereta terpakai pula interest dari 3.6% – 4.7% bergantung pada tahun kereta (semakin lama usia kereta semakin tinggi interest bank).
  • Perlukan dokumen yg lengkap sebelum nak submit ke bank.
    Salinan ic & lesen – ssm atau 3 bulan slip gaji, 3/6 bulan penyata bank. Epf – jika ada document guarantor adalah sama seperti document pembeli dan guarantor perlu ada lesen kalau pembeli tiada lesen.
  • Masalah ccris ( masalah dengan bank + aeon ) – tak boleh nak loan bank
  • Masalah ctos – masih boleh dipertimbang ( contoh : telco company, pinjaman berlesen, kedai perabot, kedai motor)
  • Tempahan untuk kereta baru, kebanyakan refundable penuh x kira lulus atau tidak, kecuali kalau loan dah lulus tp pembeli batal, duit tempahan akan “hangus”
  • Tempahan untuk kereta terpakai, kebanyakan refundable penuh jika loan lulus atau refund separuh jika loan tidak lulus , tiada refund langsung jika loan dah lulus tp pembeli batal atau loan sedang process tetapi pembeli batal pembelian.

Ini serba sedikit perkongsian untuk anda. Bagaimana Membuat Permohonan Pinjaman Untuk Kereta Terpakai. Kongsi dengan rakan anda jika artikel ini membantu. Belilah kenderaan yang anda mampu tapi jangan sesekali membeli jika anda tidak mampu. Banyak mereka yang telah muflis bila membuat pinjaman melebihi kemampuan. Belilah dengan Bijak.

Berikut adalah carian tentang Permohonan Pinjaman Kenderaan bagi memudahkan anda untuk mencari maklumat yang lebih lanjut:

kadar interest pinjaman kereta 2018, pinjaman kereta bank rakyat,kadar interest pinjaman kereta 2017,
interest pinjaman kereta 2018, interest pinjaman kereta terpakai 2018, interest pinjaman kereta 2018-19,
pinjaman kereta terpakai,pinjaman kenderaan, permohonan pinjaman kenderaan kakitangan kerajaan,interest bank paling rendah untuk pinjaman kereta

Cara Memohon Pinjaman Bank Untuk Kereta Terpakai - Cara Memohon Pinjaman Bank Untuk Kereta Terpakai

KESIMPULAN

Diharapkan perkongsian kami di Pemberitahuan kali ini dapat membantu anda mencapai impian untuk membeli kereta terpakai. Kami cuba yang terbaik untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan mudah untuk difahami.

Kami mengucapkan selamat berjaya dan sukses selalu dalam apa jua urusan anda!