Pemberitahuan » Kewangan » Permohonan TUNS PLUS 2021: Pinjaman Perniagaan Usahawan B40

Permohonan TUNS PLUS 2021: Pinjaman Perniagaan Usahawan B40

Permohonan TUNS PLUS 2021.

Kerajaan Negeri Sembilan selagi menyediakan inisiatif pinjaman tanpa faedah iaitu Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) Plus khusus buat usahawan mikro di Negeri Sembilan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan perniagaan walaupun negara sedang mengalami krisis Covid-19.

Anda inginkan maklumat lanjut?

Bagaimana nak mohon pinjaman TUNS ini?

Jom teruskan membaca artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan TUNS PLUS 2021: Pinjaman Perniagaan Usahawan B40 sebagai rujukan mudah dan ringkas untuk anda.

Apa Itu Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)?

TUNS Plus adalah penambahbaikan inisiatif TUNS yang dimulakan sejak 2019 oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan peruntukan sebanyak sebanyak RM3 juta yang mensasarkan untuk membiayai sekitar 200 usahawan mikro di negeri tersebut.

Kerajaan Negeri Sembilan menyediakan inisiatif ini bagi menggalakkan lagi aktiviti perniagaan melalui akses pembiayaan dengan lebih mudah dan fleksibel selain terus membangunkan usahawan mikro di Negeri Sembilan.

NILAI PEMBIAYAAN TUNS 2021

Nilai maksimum pembiayaan TUNS PLUS yang diberikan kepada usahawan yang layak adalah sehingga RM15,000.

SENARAI PERNIAGAAN YANG BOLEH MEMOHON

Hampir semua jenis perniagaan layak memohon pinjaman perniagaan TUNS PLUS ini KECUALI:

  • Institusi kewangan.
  • Perkhidmatan insurans.
  • Pembekalan tenaga kerja.
  • Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing (MLM).
  • Perniagaan yang salah di sisi undang-undang.
  • Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain.

small business loan application 1068x713 1 e1624618363481 - Permohonan TUNS PLUS 2021: Pinjaman Perniagaan Usahawan B40

Permohonan TUNS PLUS 2021: Pinjaman Perniagaan Usahawan B40

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat kelayakan yang perlu anda penuhi sebelum layak memohon pinjaman ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia, namun begitu keutamaan adalah diberikan kepada anak Negeri Sembilan;
  • Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)/ Sijil Amalan Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf, masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah beroperasi selama tempoh 1 tahun sebelum permohonan dibuat.
  • Mempunyai lesen/permit perniagaan/sijil-sijil perakuan yang diiktiraf dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan;
  • Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  • Mempunyai premis/tapak/lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak.
  • Berumur di antara 21 hingga 55 tahun (mengambil kira tempoh pembiayaan akan tamat pada 60 tahun).
  • Memenuhi definisi Mikro (Jualan tahunan kurang daripada RM300,000.00 atau  bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
  • Mempunyai akaun perniagaan/ syarikat yang sah dan aktif dalam tempoh 6 bulan.
  • Pemohon tidak berstatus muflis.
  • Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa; dan
  • Keutamaan kepada penerima TUNS yang berkelayakan.
Baca Juga :  Platform Terbaik Untuk Anda Menyimpan Wang

CARA PERMOHONAN PINJAMAN TUNS PLUS 2021

Mereka yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  • Pemohon perlu layari: PORTAL RASMI TUNS PLUS 2021
  • Klik pada ‘Mohon Sekarang’ dan isi maklumat yang diminta dengan lengkap kemudian klik pada ‘Daftar Butiran Asas’
  • Anda akan menerima email pengesahan daripada alamat email yang didaftarkan kemudian semak dan klik pada link pengesahan yang dihantar.
  • Log masuk untuk memohon dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan tadi.
  • Isi borang permohonan pinjaman TUNS dengan lengkap dan betul. Kemudian muat naik dokumen sokongan permohonan (seperti senarai di bawah)
  • Pastikan semua dokumen dan maklumat yang diminta lengkap, kemudian anda boleh ‘Hantar Permohonan’

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Sediakan dokumen-dokumen sokongan di bawah untuk dihantar bersama borang permohonan anda:

  • Salinan kad pengenalan adalah milik pemohon dan jelas;
  • Gambar formal pemohon berukuran passport.
  • Salinan lesen/permit perniagaan/sijil-sijil perakuan yang diiktiraf.
  • Salinan dokumen pendaftaran SSM/ sijil profesional/ pendaftaran Kementerian Kewangan (sekiranya ada).
  • Salinan penyata kewangan/penyata bank.
  • Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya 3 gambar).
  • Salinan perjanjian sewa premis/tanah.
  • Apa-apa dokumen yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan. Contohnya Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB), Borang C Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, Lesen Racun Jenis A (Akta Racun 1952) – Membekal Ubat atau Lesen Establishment (Seksyen 15 (1) Akta 737) – Peralatan Perubatan dan lain-lain.

Maklumat Lanjut Permohonan TUNS PLUS 2021

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pinjaman usahawan mikro TUNS ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran yang berikut:

  • Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS): 019-752 3251
  • E-mail pertanyaan anda ke: usahawanpknns@gmail.com

Selamat maju jaya kami ucapkan pada mereka yang memohon.

TERIMA KASIH