Pemberitahuan » Panduan » Perodua Bezza Harga & Facelift Terbaru 2020

Perodua Bezza Harga & Facelift Terbaru 2020

Perodua Bezza Harga & Facelift Terbaru 2020? Anda berminat? Bercita-cita ingin memiliki Perodua Bezza terbaru ini? Macam mana?

Jangan risau, Pemberitahuan ada solusi untuk semua persoalan anda!

Perodua Bezza Harga & Facelift Terbaru 2020 akan memberikan anda segala maklumat asas yang anda perlukan tentang Perodua Bezza terbaru ini.

Sememangnya populariti Bezza yang semakin meningkat kerana harga yang murah serta reka bentuk yang menarik membuatkan ramai yang mula membuat research dan bercita nak membelinya.

Apa tunggu lagi?

Jom teruskan bersama kami!

PERODUA BEZZA TERBARU

Selepas dilancarkan 2016, Perodua Bezza 2020 kini diberi nafas baru apabila hadir dengan versi facelift terbaru yang lebih sporty. Pastinya para penggemar sudah memasang angan-angan untuk memiliki kereta ini.

Apa pun pastikan anda sudah membuat kira-kira kos memiliki sebuah kereta termasuk kos renew roadtax, risiko saman dan sebagainya. Ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang mungkin berlaku di dalam proses pembelian kelak.

Perodua Bezza Harga & Facelift Terbaru 2020

FACELIFT PERODUA BEZZA 2020

Pelancaran Perodua Bezza baru ini telah dibuat pada 8 Januari 2020 yang lalu.

Berikut adalah  siaran langsung majlis pelancaran Perodua Bezza 2020:

Sistem keselamatan turut dinaik taraf di mana Perodua Bezza 2020 hadir dengan pakej ASA 2.0 yang merangkumi sistem seperti Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC) – semuanya berfungsi melalui kamera pada cermin utama.

GAMBAR INTERIOR & EXTERIOR PERODUA BEZZA 2020

perodua bezza exterior 1024x683 1 - Perodua Bezza Harga & Facelift Terbaru 2020 perodua bezza interior 1024x587 1 - Perodua Bezza Harga & Facelift Terbaru 2020 perodua bezza baru 1024x606 1 - Perodua Bezza Harga & Facelift Terbaru 2020

HARGA PERODUA BEZZA 2020

Bagi yang meminat kereta sedan dengan bonet yang lebih luas, semestinya Bezza baru ini boleh dimasukkan dalam senarai beli anda.

Baca Juga :  Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) 2021 Online

Bezza 2020 ditawarkan dalam hanya empat varian, bermula dengan model asas Bezza 1.0 GX Manual berharga RM34,580, Bezza 1.0 GX Automatik berharga RM36,580, Bezza 1.3 X Automatik berharga RM43,980 dan model tertinggi Bezza 1.3 AV berharga RM49,980 – model 1.3L dengan transmisi manual kini digugurkan.

Anggaran ansuran bulanan ialah sebanyak RM370 sebulan berdasarkan pinjaman bank 9 tahun dan interest rate 3.2%. Gaji minimum yang layak membeli Bezza ialah RM2,200 sebulan. Gaji bawah RM2,200 masih layak cuma perlukan penjamin dan prosesnya sedikit rumit. Sekiranya harga Perodua Bezza 2020 ini masih dalam bajet anda, bolehlah sediakan dokumen seperti berikut:

Pekerja Kerajaan :

1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Payslip 3 bulan.
4. Bank Statement 3 bulan (bergantung kepada bank)

Pekerja Swasta :

1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Payslip 3 bulan. Kalau ada OT atau elaun sila bagi 6 bulan.
4. Bank Statement 3/6 bulan ikut payslip.
5. Penyata KWSP

Peniaga :

1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM)
4. Bank Statement 6 bulan

Skim Graduan (Siswazah Yang Telah Tamat) :

1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Salinan Skrol Degree atau Diploma / Transcript
4. Surat tawaran pekerjaan.

Student / Pelajar :

1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Kad Pelajar
4. Dokumen Penjamin (rujuk kepada pekerja swasta /kerajaan)

KESIMPULAN

Pmeberitahuan berharap artikel yang kami kongsikan berkenaan Perodua Bezza terbaru ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi yang anda perlukan untuk memiliki kereta idaman anda ini.

Pastikan anda sudah melakukan kajian dan persiapan menyeluruh sebelum membuat pembelian kereta Perodua Bezza ini bagi mengelakkan apa-apa kesulitan yang bakal berlaku dalam proses pembelian nanti.

Kami mengucapkan selama berjaya kepada anda untuk memiliki kereta impian anda ini.

TERIMA KASIH