Pemberitahuan » Kewangan » Faedah-Faedah Pelan Perancangan Kewangan Yang Baik

Faedah-Faedah Pelan Perancangan Kewangan Yang Baik

Kenapa perlunya perancangan kewangan untuk dalam hidup anda? Apa faedah-faedah yang boleh anda perolehi daripada pelan perancangan kewangan yang baik?

Baru dapat gaji hari ni, esok dah tinggal separuh. Kalau bayar benda yang penting tak apa, ini tak habis separuh daripada gaji sebab pergi shopping online tak ingat dunia, Puas katanya.

TETAPI,

Anda pernah terfikir tak nak buat ‘perancangan kewangan’ untuk diri sendiri? Tak dapat jangka masa panjang pun asalkan perancangan jangka masa pendek ada. Jangan berbelanja ikut suka je, bina perancangan kewangan anda sendiri. Anda tahu tahap kemampuan anda. Senang kalau berlaku apa-apa kecemasan.

Tak ada juga? 

Kalau macam tu, kami di Pemberitahuan ingin membantu anda untuk buka mata dan mula memahami kepentingan mempunyai perancangan kewangan yang baik.

Masih tercari-cari apa sebenarnya faedah perancangan kewangan untuk anda?

Teruskan bersama kami!

apa kepentingan perancangan kewangan untuk anda 3 - Faedah-Faedah Pelan Perancangan Kewangan Yang Baik

MEMAHAMI APA ITU PERANCANGAN KEWANGAN

Kita sedia maklum bahawa setiap individu mempunyai kebebasan sendiri dalam membuat pilihan dan keputusan mengenai kewangan agar tidak terjerat dengan bebanan hutang, krisis ekonomi dan liabiliti jangka panjang.

Namun sedarkah kita di dalam kebebasan itu kita juga memerlukan perancangan kewangan yang betul untuk menentukan kelansungan ekonomi yang baik di masa hadapan.

Perancangan kewangan adalah proses pengurusan ekonomi dalam menguruskan kewangan seseorang individu dengan bijak demi mencapai matlamat kewangan yang diidamkan. Merancang kemana arah perbelanjaan anda dapat menjadikan impian anda menjadi nyata contohnya pembelian aset, perancangan pendidikan anak dan sebagainya.

Tidak dapat disangkal lagi setiap individu perlu ada perancangan kewangan yang baik, namun apa kepentingan mempunyai sturktur perbelanjaan yang teratur?

Faedah Faedah Pelan Perancangan Kewangan Yang Baik - Faedah-Faedah Pelan Perancangan Kewangan Yang Baik

FAEDAH-FAEDAH PELAN PERANCANGAN KEWANGAN YANG BAIK

Berikut merupakan 5 faedah utama yang kami sediakan, mari kita lihat bersama:

FAEDAH 1:  KELANSUNGAN EKONOMI KUKUH

Ibarat roda, kehidupan kita tidak semestinya akan sentiasa berada di atas, dengan adanya perancangan kewangan untuk masa hadapan sudah tentu kehidupan kita akan lebih terjamin dan teratur.

Aset kewangan adalah sangat penting dalam memastikan perancangan untuk keluarga dan anak-anak terlaksana dan seterusnya menjadikan impian untuk yang tersayang tercapai.

Contohnya,

perancangan untuk pembelajaran anak-anak. Saban tahun, kos pembelajaran bermula daripada tadika sehingga ke menara gading semakin meningkat, hal ini akan memberikan kesan  buruk kepada ibu bapa sekiranya mereka tidak merancang daripada awal kos perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka.

Kebanyakan daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik, tiada tabungan yang mampu menampung bebanan yang bakal berlaku.

Ibu bapa seharusnya dapat mengenalpasti tahap kewangan yang ingin dicapai dalam memastikan kelangsungan hidup yang baik untuk keluarga.

Baca Juga :  Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

FAEDAH 2: PENYEDIAAN UNTUK KECEMASAN

Sediakan payung sebelum hujan, pepatah yang cukup popular ini mengingatkan kita agar sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi apa sahaja kecelakaan di masa hadapan.

Walaupun kita sentiasa berhati-hati di dalam menjalani kehidupan, kita tidak dapat lari daripada kemalangan ataupun masalah gangguan kesihatan.

Tujuan insurans seperti Takaful contohnya diwujudkan adalah untuk memastikan harta anda dilindungi daripada kemalangan, kecacatan, kesakitan dan kematian.

Pelaburan anda dalam memastikan anda mempunyai insurans untuk melindungi diri dan keluarga daripada kecemasan tidak akan menjadi sia-sia.

Tetapkan matlamat anda untuk mendapatkan insurans yang sesuai bagi setia perkara insurans utama contohnya kesihatan, kecacatan, tanggungan, kekayaan dan lain-lain.

FAEDAH 3: PENGURUSAN PELABURAN TERJAMIN

Pelaburan merupakan komponen yang penting dalam perancangan kewangan hidup. Sekiranya anda mempunyai pengurusan pelaburan yang baik daripada sumber yang menyakinkan, ini dapat membantu anda dalam proses menguruskan perjalanan perbelanjaan anda. Ia membolehkan anda untuk mencapai impian dan cita-cita anda dengan mudah.

Contohnya,

pembelian rumah dan aset-aset lain, memulakan perniagaan, menghantar anak ke universiti atau bersara dengan selesa.

Jinak-jinakkan diri anda dalam bidang pelaburan yang anda mampu dan tidak membebankan supaya hasil dari pelaburan anda dapat dituai dengan baik.

FAEDAH 4: PERBELANJAAN LEBIH TERATUR

Ukur baju dibadan sendiri.

Anda perlu berhati-hati dalam berbelanja dan pastikan berbelanja mengikut keperluan dan bukannya kemahuan. Zaman dunia penuh teknologi ini menjadi lambakan gadjet-gadjet idaman dan juga ‘high end’ produk yang menjadi kegilaan.

Dengan adanya perancangan kewangan yang baik, anda akan berfikir untuk jangka masa panjang dan bukannya membuat keputusan untuk kepuasan diri yang hanya sementara.

Simpan duit anda untuk perkara yang perlu sahaja. Bukannya menukar telefon bimbit anda setiap tahun, teknologi berevolusi sepantas kilat, anda menyesal tak sudah, telefon yang dibeli nilai merudum.

Jangan mensia-siakan pendapatan anda. Keperluan di masa hadapan mendahului kehendak yang hanya membawa harapan. Contohnya pembelian aset seperti rumah atau perbelanjaan keluarga.

FAEDAH 5: PENDAPATAN LEBIH MENINGKAT

Dengan adanya perancangan kewangan yang baik, anda dapat memaksimumkan pendapatan dan kekayaan aset anda. Hal ini kerana anda mempunyai visi dan matlamat yang jelas dalam mencapai impian dan cita-cita anda.

Wang yang anda simpan daripada dibazirkan membeli perkara yang tidak berfaedah menjadi simpanan yang kukuh untuk masa hadapan.

Selain itu,

dengan adanya perancangan kewangan yang baik anda dapat memulakan perniagaan sendiri dan menjadikannya pendapatan sampingan anda sekaligus menambah jumlah aset yang anda kumpul.

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian.

Faedah Faedah Pelan Perancangan Kewangan Yang Baik 2 - Faedah-Faedah Pelan Perancangan Kewangan Yang Baik

KESIMPULAN

Disiplinkan diri anda dalam berbelanja, agihkan wang anda kepada saluran yang sepatutnya. Jangan membazir.

Perancangan kewangan ini bukan untuk orang lain, untuk diri anda juga. Anda tahu tahap kemampuan perbelanjaan anda, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Mula memang susah tapi lama-lama, anda akan rasa betapa berbaloinya mempunyai perancangan kewangan yang kukuh.

Pemberitahuan mengucapkan selamat berjaya merangka perancangan kewangan anda!