Pemberitahuan » Informasi » Semakan BPN Fasa 2: Semakan Status Bayaran Bagi Permohonan Baru & Rayuan

Semakan BPN Fasa 2: Semakan Status Bayaran Bagi Permohonan Baru & Rayuan

Semakan BPN Fasa 2: Semakan Status Bayaran Bagi Permohonan Baru

Di dalam Pakej PRIHATIN ini, Kerajaan akan menyediakan bantuan segera kepada rakyat Malaysia bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh semua golongan. Yang menariknya mengenai pakej ini adalah pemberian tunai ‘one off’ kepada kumpulan golongan M40 dan B40 dengan peruntukan hampir RM10 billion untuk meringankan rakyat yang terjejas.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Kita seluruh rakyat malaysia menjalani tempoh yang sukar di mana kita menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 di negara kita. Sehubungan dengan itu pada 27 MAc 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman bantuan untuk semua rakyat Malaysia. Dalam perutusan khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Semakan BPN Fasa 2: Semakan Status Bayaran Bagi Permohonan Baru Dan Rayuan

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (FASA 1, 2 DAN PERMOHONAN BARU)

Untuk pengetahuan anda, Pembayaran BPN diawalkan dan akan dibayar secara berperingkat bermula 6 April (Isnin) hingga 12 April bagi penerima B40. Manakala bagi M40 pembayaran akan dibuat bermula 13 – 15 April 2020. Itu untuk fasa pertama.

Manakala Bayaran fasa ke 2 BPN pula akan disalurkan bermula 4 Mei -13 Mei membabitkan isi rumah / individu bujang B40 dan untuk M40 pula pada 13 – 15  Mei.

Mengikut statistik yang diberikan, sehingga 26 April, sebanyak 3.26 juta permohonan baru telah diterima. 2.96 juta daripadanya adalah permohonan baru dan 305,000 adalah rayuan.

Kemaskini Terbaru : Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Di Lanjutkan sehingga 15 MEI 2020 untuk memberi peluang kepada yang Gagal pada permohonan sebelumnya

Berikut kami kongsikan pada anda jadual pembayaran bantuan BPN ini:

bpn fasa 2 1024x525 - Semakan BPN Fasa 2: Semakan Status Bayaran Bagi Permohonan Baru & Rayuan

Untuk makluman anda, pembayaran BPN bagi Permohonan Baharu dan Rayuan akan dibayar sekaligus mulai 15 hingga 20 Mei 2020 seperti yang ditunjukkan pada jadual di atas.

Manakala, makluman bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal mengemaskini atau gagal kredit ke akaun yang didaftarkan, pembayaran akan dibuat secara penunaian di kaunter BSN mulai 15 Mei 2020 berdasarkan Nombor Siri yang dipaparkan di Portal BPN.

PERTUKARAN KEPADA STATUS ‘TIDAK LAYAK’

Sekiranya anda dapati status permohonan anda bertukar daripada ‘LAYAK’ kepada ‘TIDAK LAYAK’, berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan ianya berlaku berdasarkan portal rasmi BPN sendiri:

  • Duplikasi permohonan: Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan.
  • Pemohon / pasangan mempunyai syarikat: Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my jika berkelayakan.
  • Pendapatan melebihi kelayakan: Semakan data agensi mendapati pendapatan Bujang / Isi Rumah melebihi kelayakan.
  • Menetap luar negara: Pemohon berada di luar negara.
Baca Juga :  Cara Daftar Vaksin Booster (Pfizer) di MySejahtera/Walk-in

NOTA:

Bagi yang layak fasa 1 dan tidak layak fasa 2, anda masih boleh menunaikan baucer BPN fasa 1 di BSN (khusus bagi mereka yang tiada akaun bank).

PERMOHONAN DAN SEMAKAN BPN FASA 2

Melalui maklumat yang kami perolehi di Portal Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia, cara pelaksanaan BPN ini adalah. Mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my. Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020,mengikut kriteria kelayakan berikut :

BPN - Semakan BPN Fasa 2: Semakan Status Bayaran Bagi Permohonan Baru & Rayuan
Kriteria Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Golongan sudah berumah tangga: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

  • Bantuan untuk yang sudah berkahwin
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
  • Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1600.
  • Amaun sebanyak RM1000 akan diberikan pada bulan April 2020
  • Amaun sebanyak RM600 akan diberikan pada bulan Mei 2020

Golongan sudah berumah tangga: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

  • Bantuan untuk yang sudah berkahwin
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
  • Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1000.
  • Bayaran RM500 pada bulan April 2020
  • Bayaran RM500 pada bulan Mei 2020

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan bawah RM2000

  • Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan
  • Khas untuk yang gaji bawah RM2000
  • Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM800
  • Bayaran RM500 akan diberi pada bulan April 2020
  • Bayaran RM300 akan diberi pada bulan Mei 2020

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2000-RM4000

  • Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan kepada golongan ini
  • Khas untuk yang gaji dalam lingkungan RM2000 – RM4000
  • Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM500
  • Bayaran RM250 akan diberi pada bulan April 2020
  • Bayaran RM250 akan diberi pada bulan Mei 2020

Semakan Bantuan Prihatin Nasional FASA 2 (BPN)

semakan BPN - Semakan BPN Fasa 2: Semakan Status Bayaran Bagi Permohonan Baru & Rayuan

Berikut kami kongsikan serba sedikit mengenai Semakan Permohonan BPN ini, Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

  1. Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
  2. ) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN
    yang ditetapkan

Untuk makluman anda juga Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  2. Bantuan Prihatin Nasional (BPN), https://bpn.hasil.gov.my

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau
LHDN di Talian Kementerian Kewangan :

  • 03-8882 9089
  • 03-8882 9087
  • 03-8882 9191
  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Emel rasmi support BSH dan BPN :

bsh@treasury.gov.my
pre2020@treasure.gov.my

Facebook : Kementerian Kewangan Malaysia

HOTLINE LHDNM :1-800 882 747
03-8911 1000

loading - Semakan BPN Fasa 2: Semakan Status Bayaran Bagi Permohonan Baru & Rayuan Loading...
EAD logo - Semakan BPN Fasa 2: Semakan Status Bayaran Bagi Permohonan Baru & Rayuan Taking too long?

reload - Semakan BPN Fasa 2: Semakan Status Bayaran Bagi Permohonan Baru & Rayuan Reload document
| open - Semakan BPN Fasa 2: Semakan Status Bayaran Bagi Permohonan Baru & Rayuan Open in new tab

Muat Turun [178.00 B]

Kesimpulan BPN FASA 2

Kami berharap agar perkongsian kami mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) ini dapat memudahkan urusan anda dalam mendapat maklumat berkaitan infomasi terkini. Kongsikan Juga berita baik ini kepada rakan dan saudara anda. Maklumat lanjut mengenai artikel ini boleh di semak di pautan yang kami sediakan di atas. Selamat Maju jaya dan duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ini.