Pemberitahuan » Informasi » Cara Daftar Vaksin Booster (Pfizer) di MySejahtera/Walk-in

Cara Daftar Vaksin Booster (Pfizer) di MySejahtera/Walk-in

Cara Daftar Vaksin Booster.

Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin mengambil vaksin dos penggalak atau ‘booster’ jenis Pfizer anda kini boleh mendaftar di aplikasi MySejahtera atau walk-in.

Bagaimana?

Jom teruskan bersama Pemberitahuan kami kongsikan dengan anda panduan Cara Daftar Vaksin Booster (Pfizer) di MySejahtera/Walk-in.

Jom baca!

Cara Daftar Vaksin Booster (Pfizer) di MySejahtera/Walk-in

Seperti yang anda sedia maklum untuk membolehkan rakyat Malaysia menunaikan umrah/haji di Arab Saudi, anda mestilah penerima vaksin Pfizer yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi.

Bagi penerima vaksin Sinovac anda boleh mendapatkan vaksin booster jenis Pfizer untuk membolehkan anda  menunaikan haji/umrah di Mekah.

Hal ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan Twitter beliau dimana kerajaan telah menambah satu ciri baharu dalam aplikasi MySejahtera untuk kegunaan individu yang bakal mengerjakan ibadat umrah dan mereka perlu mengambil dos penggalak (booster) vaksin Covid-19.

Walaubagaimanapun, suka kami ingatkan disini bahawa pengambilan vaksin booster ini akan diutamakan kepada:

  1. Petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan;
  2. Individu berusia 40 tahun dan ke atas;
  3. Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi;
  4. Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang;
  5. Ibu mengandung; dan
  6. Keperluan ke luar negara

CARA DAFTAR VAKSIN BOOSTER PFIZER DI MYSEJAHTERA

Bagi mereka yang ingin mendaftar melalui aplikasi MySejahtera, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Buka Aplikasi MySejahtera dan pergi pada ‘Helpdesk’
  2. Tekan ‘Mula’ dan anda boleh terus memilih ‘Janji Temu Vaksinasi Penggalak’
  3. Kemudian pilih ‘G’ dan isikan semua maklumat yang diminta iaitu:
    • Nombor kad pengenalan atau pasport
    • Muat naik dokumen pengesahan umrah

CARA DAFTAR VAKSIN BOOSTER PFIZER SECARA WALK-IN

Kemudahan pendaftaran vaksin booster secara walk-in akan bermula pada 22 November ini. Individu yang LAYAK boleh mula mendapatkan vaksin booster walk-in.

Baca Juga :  Permohonan Dan Semakan Bantuan Musaadah Khaira PPZ

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak – Booster (CITF-B) dalam satu kenyataan, pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara akan bermula pada 22 November 2021.

Anda boleh rujuk link di bawah untuk membuat pendaftaran walk-in bermula 22 November:

Cara pendaftaran vaksin booster walk-in ini dilaksanakan untuk:

  • Individu yang layak pemberian dos penggalak;
  • Individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu;
  • Individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19;
  • Individu yang terlepas janji temu vaksin; dan
  • Remaja berusia antara 12-17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi

walk in booster shot kkm 711x1024 - Cara Daftar Vaksin Booster (Pfizer) di MySejahtera/Walk-in

walk in booster shot kkm 1 713x1024 - Cara Daftar Vaksin Booster (Pfizer) di MySejahtera/Walk-in