Pemberitahuan » Terkini » Semakan Status Pengeluaran iSinar KWSP & Tarikh Pembayaran 2021

Semakan Status Pengeluaran iSinar KWSP & Tarikh Pembayaran 2021

Semakan Status Pengeluaran iSinar

Makluman kepada mereka yang telah membuat permohonan iSinar secara online anda kini boleh membuat semakan status pengeluaran atas talian dengan mudah.

Bagaimana?

Artikel kami Semakan Status Pengeluaran iSinar KWSP & Tarikh Pembayaran 2020 kami sediakan khas untuk anda yang inginkan maklumat lanjut mengenai semakan ini.

Jom baca artikel kami.

Semakan Status Pengeluaran iSinar KWSP & Tarikh Pembayaran 2020

Untuk makluman anda, semakan iSinar KWSP boleh dibuat pada 4 Januari 2021.

Semakan ini penting bagi memaklumkan status permohonan anda samada LULUS atau GAGAL.

Bagaimana cara untuk anda membuat semakan ini?

Senang sahaja. Berikut kami sediakan panduan mudah untuk anda:

CARA SEMAK STATUS PENGELUARAN iSINAR MELALUI i-AKAUN KWSP

  1. Sudah semestinya anda perlu mempunyai i-Akaun untuk log masuk menggunakan id dan password. Lihat artikel Daftar i-Akaun di Kiosk/Online/Email Dengan Mudah
  2. Untuk membuat semakan, anda pergi ke segment ‘Withdrawal’ disitu anda boleh tahu sama ada pengeluaran i-Sinar telah dikreditkan pada ‘payment date’ anda atau tidak.

CARA SEMAK STATUS PENGELUARAN iSINAR MELALUI PORTAL RASMI KWSP

  1. Layari portal i-Sinar melalui https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Masukan nombor kad pengenalan/no ahli
  3. Tekan SEMAK STATUS
  4. Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada LULUS atau GAGAL

Mudah bukan?

Semakan iSinar KWSP Online - Semakan Status Pengeluaran iSinar KWSP & Tarikh Pembayaran 2021

NOTA:

Pihak KWSP juga akan membuat makluman melalui penghantaran SMS sekiranya permohonan iSinar anda lulus.

TARIKH JADUAL PEMBAYARAN iSINAR 2021

Berdasarkan info yang dimaklumkan pihak KWSP,bayaran bulan pertama bagi kategori 1 adalah pada bulan Januari 2021. Manakala,bayaran bulan pertama bagi kategori 2 adalah pada bulan Februari 2021.

Baca Juga :  Semakan Keputusan PraSekolah 2019 Online

Semasa anda membuat permohonan penetapan untuk jumlah bayaran bulanan dibahagikan pada bulan kedua,ketiga,keempat,kelima dan juga keenam.

Makluman tarikh yang sebenar masih lagi belum diputuskan oleh KWSP. Tarikh kemasukan pembayaran juga bergantung kepada jenis bank yang digunakan oleh ahli. Ada bank yang cepat, ada juga yang lambat. Rujuk kepada bank anda masing-masing.

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh terus hubungi talian bantuan seperti berikut:

  1. Telefon: i-Sinar KWSP (0389224848)
  2. Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  3. Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP

Kesimpulan Semakan Status Pengeluaran iSinar 

Semoga artikel ini dapat membantu memudahkan urusan anda untuk membuat semakan permohonan iSinar pada 4 Januari 2021 nanti. Selamat maju jaya kami ucapkan.

Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM dimana jua anda berada. Sama-sama kita berkerjasama untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang masih melanda negara.

TERIMA KASIH