Skip to content
Portal Semakan Permohonan Online Malaysia
MENU
  • MENGENAI KAMI
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
  • SITEMAP
Pemberitahuan / Panduan / THiJARI Login:Daftar & Semak Baki Tabung Haji Online
THiJARI Daftar & Semak Baki Tabung Haji Online

THiJARI Login:Daftar & Semak Baki Tabung Haji Online

February 14, 2020February 29, 2020by Liyana Sorfina

THiJARI Daftar & Semak Baki Tabung Haji Online? Bagaimana?

Semakan atas talian? Apa sebenarnya sistem THiJARI ni?

Anda betul nak tahu?

Kalau macam tu, teruskan membaca entri baru kami hari ini!

THiJARI Daftar & Semak Baki Tabung Haji Online memberikan anda panduan khas yang mudah untuk anda fahami. Jangan risau, baca sekali je pun anda dah boleh faham. Mari kita sama-sama mengenali sistem baru Tabung Haji THiJARI ni.

Anda masih berminat?

Jom teruskan baca!

Pautan Pantas

  • 1 THiJARI Login, Daftar & Semak Baki Tabung Haji Online
    • 1.1 THiJARI: PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
    • 1.2 CARA DAFTAR TABUNG HAJI ONLINE: THIJARI
      • 1.2.1 5 langkah mudah untuk anda menggunakan THiJARI:
    • 1.3 MAKLUMAT LANJUT MENGENAI THiJARI
  • 2 FAQ Haji – Operasi Domestik
  • 3 KESIMPULAN: THiJARI

THiJARI Login, Daftar & Semak Baki Tabung Haji Online

Untuk pengetahuan anda, mulai 5 Februari 2020 (Rabu) lalu, Tabung Haji telah melancarkan platform perkhidmatan digital terbaharu “THiJARI” https://www.thijari.com.my untuk memudahkan urusan para pendeposit Tabung Haji.

Melalui sistem THiJARI ini, pendeposit boleh menyemak akaun termasuk penyata terkini akaun TH terkini pendeposit.

Senang kan? Semua hujung jari je sekarang ni.

Berbeza dengan portal iAkaun KWSP, sistem ini membolehkan anda membuat pemindahan wang termasuk menguruskan hal-hal berkaitan haji.

Dengan laman web ini, pendeposit boleh

  • menyemak akaun
  • mencetak penyata akaun
  • membuat pindahan wang
  • membuat urusan perkhidmatan Haji
  • melakukan urusan Kelab TaHa secara dalam talian.

Untuk menggunakan perkhidmatan THiJARI ini, pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu di kaunter TH.

‘Eh senangnya, semua atas talian je nak buat urusan lepas ni’

Haaa, anda nampak macam dah berminat tu, jom kami tunjukkan cara untuk anda daftar dan menggunakan THiJARI ni dengan THiJARI Daftar & Semak Baki Tabung Haji Online:

THiJARI: PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Berikut antara perkhidmatan yang ditawarkan di portal tersebut. Antaranya:

1.Urusan Simpanan dan Pengeluaran

Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga).

Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

Urusan simpanan dan pengeluaran anda di TH menjadi lebih mudah dan prosesnya pun tak rumit.

2. Urusan Haji

Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji.

Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati.

Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik. Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

Makin mudah urusan anda lepas ni berkaitan dengan ibadah Haji.

3. Kelab Taha/[email protected]

Pendaftaran Kelab Taha/[email protected] boleh dilakukan melalui THiJARI.

Bagi ahli Kelab TaHa/[email protected], penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/[email protected] boleh dilakukan.

Semua pendaftaran yang berkaitan boleh dibuat di atas talian.

Cepat settle!

Okay, sekarang ni macam mana pulak nak daftar THiJARI ni?

CARA DAFTAR TABUNG HAJI ONLINE: THIJARI

Sebelum mendaftar pastikan anda telah kemaskini maklumat akaun terutama nombor telefon terkini supaya nombor TAC dapat dihantar ke nombor yang betul.

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter TH.

Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH.

Selesai urusan kemaskini barulah anda boleh mendaftar di portal THiJARI.

Caranya:

  • Layari portal rasmi dan login thijari https://www.thijari.com.my/
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor TH anda
  • Masukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan termasuk segala maklumat peribadi yang diminta

Setelah selesai, sila semak sekali lagi sebelum memasukkan nombor TAC yang telah dihantar ke telefon bimbit anda.

Kemudian isi beberapa butiran berikut:

  • Kata nama
  • Kata laluan
  • Nama pengguna
  • Negeri terkini

Selesai semuanya barulah anda boleh menggunakan portal THiJARI untuk urusan selanjutnya.

5 langkah mudah untuk anda menggunakan THiJARI:

  1. Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
  2. Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  3. Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
  4. Pendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi.
  5. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.

THiJARI Daftar & Semak Baki Tabung Haji Online

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI THiJARI

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi cawangan TH berdekatan atau hubungi:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon  :   +603 – 6207 1919
Faks      :   +603 – 7728 4959
Emel     :   [email protected]

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

FAQ Haji – Operasi Domestik

Bolehkah mendaftar Haji di THiJARI?

Anda boleh membuat pendaftaran Haji secara individu atau berkumpulan menggunakan THiJARI.

Adakah pendaftaran haji boleh dibuat secara online?

Pendaftaran haji boleh dibuat secara online dengan melayari laman web https://www.thijari.com.my atau melalui aplikasi mobile THiJARI.

Berapakah jumlah simpanan yang perlu ada dalam akaun untuk mendaftar haji?

Jumlah simpanan minimum yang diperlukan untuk mendaftar haji adalah sebanyak RM1,300 sahaja.

KESIMPULAN: THiJARI

Semoga perkongsian Pemberitahuan kali ini mengenai THiJARI Login Daftar & Semak Baki Tabung Haji Online dapat memudahkan segala urusan anda dengan Tabung Haji selepas ini.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH


Semakan Permohonan

  • Share
  • Sharer
  • Tweet
  • WA

Related posts:

  • Permohonan IKB MAIWP 2021 Online: Elaun & Kursus Latihan Percuma
    Permohonan IKB MAIWP 2021 Online: Elaun & Kursus Latihan Percuma
  • Permohonan Pinjaman Pertanian Agrobank 2021 (AGRO-YES) Online
    Permohonan Pinjaman Pertanian Agrobank 2021 (AGRO-YES) Online
  • Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022-2023 Secara Online
    Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022-2023 Secara Online
  • Permohonan Program Subsidi Upah 3.0 Online 2021
    Permohonan Program Subsidi Upah 3.0 Online 2021
Posted in Panduan, TerkiniTagged Daftar THiJARI Tabung Haji Online, login e-thijari online login, tabung haji online banking, THiJARI Daftar & Semak Baki Tabung Haji Online, thijari portal, THiJARI Tabung Haji Online, thijari th

Post navigation

Previous post Permohonan Bantuan Zakat Rumah Sewa MAIWP 2020
Next post Permohonan Online Bantuan IPT MAIK 2020

Permohonan Dan Semakan

© 2020 pemberitahuan.com
Enable Notifications    OK No thanks