Tarikh Pendaftaran MUET 2022 (Sesi 1) & Jadual Peperiksaan

Tarikh Pendaftaran MUET 2022.

Buat calon yang ingin membuat pendaftaran peperiksaan MUET tahun 2022 untuk sesi 1, pendaftaran kini telah dibuka bermula 07 Disember 2021 sehingga 12 Januari 2022

Macam mana nak daftar?

Bila tarikh peperiksaan untuk peperiksaan MUET 2022?

Jangan risau, jangan resah kerana entri Pemberitahuan hari ini kami bawakan Tarikh Pendaftaran MUET 2022 (Sesi 1) & Jadual Peperiksaan sebagai rujukan untuk anda merancang masa terbaik untuk menduduki exam MUET ni.

Jom baca!

Apa Itu Malaysian University English Test (MUET)

Malaysian University English Test (MUET) merupakan salah satu cara untuk mengukur kemampuan berbahasa inggeris pelajar Malaysia.

Seluruh Universiti Awam (UA) dalam negara kita, mereka menggunakan keputusan ujian MUET sebagai salah satu syarat am kemasukan ke universiti. Pemohon yang menepati kelayakan minimum keputusan MUET serta menepati syarat yang lain layak untuk menyertai UA yang mereka inginkan jika terpilih.

Tanpa menidakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara, pelajar perlu selalu mempraktikkan komunikasi dalam Bahasa Inggeris bermula daripada rumah.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menyediakan dan akan mengelola ujian MUET sebagai salah satu syarat kemasukan ke UA.

Bagi memudahkan calon, MPM akan menjalankan ujian MUET sebanyak tiga kali setahun. Ini bertujuan agar calon dapat mempersiapkan diri sebelum menduduki ujian MUET. Pendaftaran ujian MUET ini boleh dilakukan secara atas talian (online).

Tarikh Pendaftaran MUET 2022 (Sesi 1) & Jadual Peperiksaan

CARA DAFTAR MUET SESI 1 2022 SECARA ONLINE

  1. Calon boleh layari: PORTAL RASMI MPM.EDU.MY
  2. Isi borang permohonan bermula dengan Negeri dan juga Pusat Pengambilan Exam MUET.
Baca Juga :  Permohonan Program Kerjaya Kemajuan PENJANA KPT-CAP 2020

Tarikh Pendaftaran MUET 2022

  1. Kemudian isikan maklumat peribadi anda dengan lengkap dan betul.
  2. Buat pembayaran online mengikut kos yang telah ditetapkan.

HARGA PIN MUET

Harga yuran pendaftaran MUET adalah seperti berikut:

  1. Calon Warganegara: RM100
  2. Calon Bukan Warganegara: RM350

SEMAKAN PENDAFTARAN MUET ONLINE

Berikut merupakan cara-cara membuat semakan pendaftaran MUET secara online:

  1. Sila klik pautan kami sediakan:  MUET Registration Slip  dan masukkan nombor kad pengenalan 12 digit anda untuk membuat semakan
  2. Calon yang mengalami masalah seperti tiada maklumat dalam sistem, hendaklah terus berhubung dengan MPM dengan kadar segera
  3. Untuk calon sekolah atau institut, hendaklah berhubung dengan pengetua masing-masing
  4. Calon dikehendaki membuat cetakan slip pendaftaran dan membawanya ketika memasuki dewan peperiksaan.

SEMAKAN PENDAFTARAN MUET MELALUI SMS

Selain daripada semakan secara atas talian, calon juga boleh membuat semakan melalui SMS. Untuk pengetahuan, caj akan dikenakan sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20.

Perkhidmatan tersedia bagi pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX

Taip MUET<jarak>INFO<jarak>nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888

SEMAKAN MELALUI APPS STORE

Calon juga boleh muat turun secara percuma melalui apps store dan itunes. Aplikasi ini adalah untuk kemudahan calon ujian MUET menyemak maklumat berkaitan MUET bagi sesi semasa.

Dibawah kami berikan link untuk rujukan lebih lanjut mengenai semakan melalui Apps Store:

Kesimpulan Tarikh Pendaftaran MUET 2022

Diharapkan maklumat yang kami berikan ini dapat membantu para pelajar di luar sana yang merancang untuk mengambil peperiksaan MUET ini pada tahun hadapan.

Segala persiapan rapi kami yakin dapat anda sediakan sekiranya anda merancang daripada awal.

Selamat berjaya kami berjaya kami ucapkan kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan ini.

GOOD LUCK!

Enable Notifications    OK No thanks