Pemberitahuan » Terkini » Bantuan Skim Asuh Pintar Yuran Taska/Nurseri RM100 Sebulan

Bantuan Skim Asuh Pintar Yuran Taska/Nurseri RM100 Sebulan

Bantuan Skim Asuh Pintar.

Bantuan yuran taska/nurseri juga kini diberikan kepada mereka yang layak khususnya rakyat negeri Selangor bagi meringankan beban ibu-bapa di dalam waktu PKP.

Bagaimana nak daftar bantuan ini?

Artikel Pemberitahuan dengan artikel Bantuan Skim Asuh Pintar Yuran Taska/Nurseri RM100 Sebulan kami sediakan khas buat mereka yang berminat sebagai rujukan permohonan.

Jom baca!

Apa Itu Skim Asuh Pintar?

Untuk makluman anda, inisiatif untuk meringankan beban rakyat kerajaan negeri Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah pun membuka permohonan bantuan Skim Asuh Pintar 2021.

Skim ini juga dikenali sebagai SIKEMBAR sebelum diperbaharui untuk membantu golongan yang memerlukan.

Melalui skim baru ini, ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

TEMPOH PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan Asuh Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.

Contohnya, permohonan untuk manfaat bulan Feb 2021 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Feb 2021.

skim asuh pintar 4 - Bantuan Skim Asuh Pintar Yuran Taska/Nurseri RM100 Sebulan

Berikut kami kongsikan pada anda cara permohonan, syarat kelayakan dan sebagainya buat rujukan anda:

Bantuan Skim Asuh Pintar Yuran Taska/Nurseri RM100 Sebulan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Pemohon Mestilah Warganegara Malaysia
    • Dilahirkan Dan Menetap Di Selangor; ATAU
    • Tidak Dilahirkan Di Selangor Tetapi Telah Menetap Secara Sah Di Selangor Sekurang-Kurangnya 5 Tahun (Perlu Mendapatkan Pengesahan Dari Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan Tempat Di Mana Pemohon Menetap)
  2. Syarat Pendapatan Isi Rumah Mestilah RM 5000 Ke Bawah
  3. Suami Dan Isteri Berkerja
  4. Anak Berumur 4 Tahun Dan Ke Bawah
  5. Terhad Kepada 2 Orang Anak Sahaja
  6. Taska Berdaftar Dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  7. Ibu Dan Bapa Adalah Pengundi Berdaftar Di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia)
Baca Juga :  Permohonan Pinjaman Perniagaan NaDI Selangor Sehingga RM3000

CARA PERMOHONAN BANTUAN SKIM ASUH PINTAR

Sekiranya anda memenuhi kesemua syarat-syarat kelayakan di atas anda boleh terus membuat permohonan seperti di bawah:

  1. Pemohon perlu membuat pendaftaran secara online di asuhpintar.yawas.my
  2. Isikan no kad pengenalan anda dan klik pada butang ‘Semak’
  3. Klik pada ‘Permohonan Baru’ dan isikan maklumat anda dengan lengkap.
  4. Pastikan semua maklumat yang diisi betul sebelum anda menekan butang ‘Daftar’ untuk menghantar permohonan
  5. Kemudian, cetak borang permohonan anda yang telah diisi tadi.
  6. Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan ke email asuhpintar@gmail.com atau ke alamat:Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
    Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
    Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan sijil kelahiran anak
  2. Salinan MyKad pemohon dan pasangan
  3. Cop pengesahan taraf mastatutin (bagi yang tidak menetap di Selangor)
  4. Salinan surat perakuan anak angkat/Cerai/Sijil kematian/Pengesahan ibu tunggal/sakit (jika perlu)
  5. Dokumen sokongan atau Surat Akuan Sumpah (jika perlu)
  6. Slip gaji TERKINI pemohon dan pasangan (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri)

Maklumat Lanjut Bantuan Skim Asuh Pintar 

Sebarang maklumat lanjut mengenai Skim Asuh Pintar ini anda boleh terus hubungi pihak YAWAS di talian 03-5481 8800 atau melayari laman web http://asuhpintarv2.yawas.my/ untuk info lanjut.