Pemberitahuan » Terkini » Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Sara Hidup Online

Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Sara Hidup Online

Bagaimana anda nak buat permohonan baru dan kemaskini maklumat Bantuan Sara Hidup Secara Online?

Nak tahu jawapan kepada semua persoalan anda di atas?

Pemberitahuan boleh membantu anda!

Entri kami kali ini kami sediakan khas untuk anda Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Sara Hidup Online. Jangan risau, mudah dan senang difahami.

Anda dah bersedia? Mari kita mulakan!

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Demi memastikan kelancaran program BSH fasa kedua dan ketiga pada Mei dan Ogos nanti, MOF telah memudahkan lagi proses pendaftaran seperti berikut:

  • Borang permohonan BSH 2020 boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa penghantaran. Borang berkenaan akan diproses berdasarkan maklumat yang dilaporkan dalam Borang BSH yang dikemukakan oleh pemohon sahaja;
  • Pemohon juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian di mana muat naik dokumen bukan lagi syarat wajib; dan
  • Bagi pemohon BSH yang berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas), pemohon tidak perlu mengemaskini maklumat melainkan jika terdapat perubahan maklumat memandangkan LHDNM akan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1-800- 88-2747 atau e-mel kepada: bsh@treasury.gov.my

Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Sara Hidup Online

Berikut kami kongsikan cara kemaskini permohonan BSH anda:

PERMOHONAN BARU BSH 2020

Permohonan boleh dibuat secara online atau dengan mengisi borang permohonan manual. Mudah sahaja. Untuk permohonan online, sila ke portal rasmi BSH dan klik pada butang Permohonan BSH.

Untuk permohonan melalui borang, anda boleh download borang-borang seperti di bawah:

Semua borang ini boleh diserahkan di kaunter-kaunter LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), pejabat SUK negeri atau di pejabat daerah berhampiran.

Penghantaran borang juga boleh dibuat secara pos ke alamat berikut:

Peti Surat BSH
GPO Shah Alam
40800 Selangor

Hanya tiga kategori berikut layak untuk memohon BSH 2019:

  1. Kahwin
  2. Ibu bapa tunggal yang mempunyai anak
  3. Warga emas sebatang kara
Baca Juga :  Permohonan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Untuk pemohon kategori kahwin, anda perlulah memenuhi syarat-syarat di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan mestilah Warganegara Malaysia
  • Jika pasangan bukan warganegara mestilah mempunyai anak yang warganegara
  • Hubungan anak mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Anak mestilah berumur 18 tahun ke bawah
  • Kecuali anak berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar di IPTA
  • Atau OKU yang berdaftar dengan JKM
  • Anak mestilah tiada pendapatan / tidak bekerja

Untuk maklumat lanjut tentang proses kemaskini dan permohonan baru, anda boleh semak di link yang kami sediakan di bawah:

SOALAN LAZIM BANTUAN SARA HIDUP

KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP 2020

Berdasarkan info terkini yang kami terima, hanya golongan warga emas yang tidak perlu kemaskini permohonan BSH mereka. Penerima BSH fasa pertama sebelum ini wajib kemaskini Bantuan Sara Hidup secara online atau hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berhampiran.

Kegagalan mengemaskini maklumat BSH akan menyebabkan permohonan BSH anda tidak akan diproses dan kemungkinan anda tidak akan menerima BSH fasa kedua dan ketiga pada Mei dan Ogos nanti.

Antara maklumat yang diperlukan ketika proses kemaskini termasuklah:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Segala maklumat tanggungan BSH 2018 tidak akan dibawa ke sesi pembayaran seterusnya. Jadi anda perlu membuat pendaftaran semula maklumat anak yang terkini.

Ini termasuklah segala maklumat sokongan yang perlu anda kemukakan sekali lagi untuk kelayakan BSH 2020.

  1. Kemaskini secara manual boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDNM. Bagi kemaskini BSH secara online, layari portal rasmi https://bsh.hasil.gov.my/
  2. Kemudian pilih MyBSH dan masukkan nombor kad pengenalan anda.
  3. Setelah berjaya log masuk ke dalam sistem kemaskini BSH, sila semak dan lengkapkan maklumat permohonan yang terkini.
  4. Dan jangan lupa untuk lengkapkan maklumat bank dengan memasukkan nombor akaun bank yang masih aktif.

KESIMPULAN

Bagi mereka yang belum mengemaskini maklumat Bantuan Sara Hidup untuk tahun 2020 ini, segerakan urusan anda agar apabila tiba masa pengagihan Fasa seterusnya nanti tiada masalah yang akan berlaku.

Dan pada mereka yang masih belum membuat permohonan, jangan risau, belum terlambat lagi untuk anda.

Selamat berjaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH