Pemberitahuan » Informasi » Cara Update Status MySejahtera: Positif/Kontak Rapat

Cara Update Status MySejahtera: Positif/Kontak Rapat

Cara Update Status MySejahtera.

Peningkatan kes positif Covid-19 di negara pada masa kini adalah pada tahap yang membimbangkan secara tidak langsung menambah risiko jangkitan di dalam masyarakat.

Tambahan pula, tiada lagi sekatan ekonomi dan juga sempadan negara telah dibuka untuk membantu melestarikan semula pendapatan negara.

Sekarang, semuanya terletak di tangan individu sendiri untuk menjaga SOP yang ditetapkan dan mengemaskini status Covid-19 di aplikasi MySejahtera.

Bagaimana?

Pemberitahuan membawakan anda artikel Cara Update Status MySejahtera Kalau Positif/Kontak Rapat sebagai panduan untuk membantu mengurangkan penularan jangkitan virus ini.

Jom baca!

Cara Update Status MySejahtera Kalau Positif/Kontak Rapat

Update terkini di aplikasi MySejahtera memudahkan mereka yang berstatus positif untuk mengemaskini sendiri status terkini jangkitan Covid-19 ataupun mereka merupakan salah seorang daripada Kontak Rapat di dalam aplikasi MySejahtera mereka.

Bagaimana?

Jom rujuk langkah-langkah di bawah:

CARA UPDATE STATUS MySEJAHTERA KALAU POSITIF

  1. Buka aplikasi MySejahtera kemudian klik ‘Close’ pada bahagian kiri atas skrin anda
  2. Klik pada ‘Ujian Kendiri COVID-19′
  3. Kemudian klik ‘Kemaskini Keputusan Ujian Kendiri’
  4. Pilih pilihan yang berkaitan dengan anda:
    • Jika anda laporkan untuk diri sendiri, Pilih A.
    • Jika anda laporkan untuk tanggungan anda, Pilih B.
    • Isi kesemua tempat kosong dengan maklumat anda yang tepat.
  5. Pilih jenis sampel yang anda jalankan.
  6. Pilih keputusan hasil dari ujian yang anda lakukan, dan seterusnya klik ‘I’m not a robot’ dan klik ‘Hantar’
  7. MySejahtera akan update Arahan Kuarantin anda secara digital di dalam aplikasi MySejahtera.
Baca Juga :  Kemaskini Tabung Haji Online (THiJARI): Tukar No Telefon

kemaskini mysejahtera 1024x1024 - Cara Update Status MySejahtera: Positif/Kontak Rapat

CARA UPDATE STATUS MYSEJAHTERA UNTUK KONTAK RAPAT

Macam mana nak kemaskini status mereka yang merupakan kontak rapat pesakit positif Covid-19?

Walaupun keputusan SWAB anda negatif, tetapi anda merupakan kontak rapat kepada salah seorang pesakit Covid-19, tinggal serumah dan sebagainya, anda masih perlu mengemaskini di MySejahtera.

Caranya sama seperti di atas, cuma pada bahagian kontak rapat, anda perlu mengisi butiran seperti nama dan nombor telefon pesakit yang disahkan positif Covid-19 di MySejahtera.

KKM telah melaksanakan HSO Digital, iaitu hanya perlu kuarantin di rumah bagi kes yang tidak bergejala atau simptom ringan.

Selepas anda kemaskini, tarikh kuarantin di rumah akan dipaparkan dan anda hanya perlu menjawab soalan Home Assessement Tool (HAT) bagi setiap yang yang dikuarantin.

Boleh rujuk rajah di bawah untuk panduan lebih lanjut:

Screenshot 2022 02 23 at 14 44 55 kontak rapat mysejahetra jpg JPEG Image 683 × 960 pixels — Scaled 69 - Cara Update Status MySejahtera: Positif/Kontak Rapat

Kesimpulan Cara Update Status MySejahtera

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka, penjarakkan sosial dan elakkan tempat-tempat yang sempit bagi mengurangkan jangkitan Covid-19 yang semakin berleluasa di negara kita.

Dapatkan vaksin booster anda untuk membantu imuniti badan anda memerangi Covid-19 sekiranya dijangkiti.

Lindung diri, lindung semua. Kita jaga kita.

TERIMA KASIH