Pemberitahuan » Informasi » Bantuan Dermasiswa B40 UTHM: Permohonan & Syarat Kelayakan

Bantuan Dermasiswa B40 UTHM: Permohonan & Syarat Kelayakan

Bantuan Dermasiswa B40 UTHM.

Makluman khas buat pelajar UTHM yang memerlukan bantuan, khususnya para pelajar dari golongan B40, tawaran Dermasiswa Dana Ihsan kini telah dibuka bagi mereka yang berkelayakan.

Bantuan one-off ini disediakan bagi membantu para pelajar dari golongan B40 untuk meneruskan kelansungan hidup sebagai pelajar di IPT dengan mudah dan lancar.

Pemberitahuan membawakan anda artikel Bantuan Dermasiswa B40 UTHM: Permohonan & Syarat Kelayakan sebagai rujukan buat mereka yang berminat.

Jom baca!

Bantuan Demasiswa B40 UTHM: Permohonan & Syarat Kelayakan

Untuk makluman anda, kadar bantuan dermasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang layak menerusi bantuan ini adalah sebanyak RM500.00 bagi setiap pelajar.

Peringkat pengajian yang layak untuk membuat permohonan adalah:

  1. Diploma
  2. Sarjana Muda

dermasiswa dana ihsan b40 e1654660476540 - Bantuan Dermasiswa B40 UTHM: Permohonan & Syarat Kelayakan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pelajar yang berminat:

  1. Pemohon mestilah pelajar yang berstatus ‘aktif’
  2. Pemohon merupakan pelajar tempatan.
  3. Pelajar dalam status hutang Yuran Pengajian sahaja layak memohon.
  4. Kategori pendapatan keluarga pelajar adalah B40 (keutamaan diberikan kepada keluarga pelajar yang mempunyai tanggungan yang ramai atau masih kecil, masih bersekolah, dan sedang melanjutkan pengajian).
  5. Pelajar yang telah mendapat banyak bantuan seperti Zakat dan bantuan-bantuan lain tidak akan dipertimbangkan.
  6. Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak mempunyai penaja tetapi hanya kepada permohonan kali pertama sahaja dan dinasihatkan untuk memohon penaja. (Tahun 1 hingga Tahun 3)
  7. Bagi pelajar yang mempunyai penaja, permohonan boleh ditolak sekiranya tajaan masih berbaki.
  8. Keutamaan diberikan kepada pelajar yang aktif ko-kurikulum dan aktiviti kesukarelawanan.
  9. Tidak mempunyai rekod kesalahan tatatertib.
Baca Juga :  Senarai Foodpanda Vouchers & Promo Codes Disember 2020

CARA MEMOHON BANTUAN DERMASISWA B40 UTHM ONLINE

Pelajar yang menepati semua syarat kelayakan di atas boleh terus membuat permohonan dengan cara-cara berikut:

  1. Pelajar boleh membuat permohonan online di link Google Form: https://forms.gle/WGVeYsy8hg5NVJHb6
  2. Sila isi semua maklumat yang disediakan dengan lengkap dan betul.
  3. Selesai mengisi semua butiran yang diminta klik ‘Submit’ untuk menghantar borang permohonan.

Maklumat Lanjut Bantuan Dermasiswa B40 UTHM

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH