Pemberitahuan » Informasi » Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022: Permohonan & Syarat

Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022: Permohonan & Syarat

Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022.

Darul Quran mengalu-alukan calon yang berkelayakan untuk memohon bagi menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 2 bagi Tahun 2022.

Untuk makluman anda Darul Quran merupakan sebuah institusi Pengajian Tahfiz Al-Quran yang bernaung di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Bagaimana nak buat permohonan?

Apa syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi?

Pemberitahuan membawakan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022: Permohonan & Syarat Kelayakan untuk panduan bagi mereka yang berminat.

Jom baca!

Apa Itu Sijil Tahfiz Malaysia?

Untuk makluman, JAKIM telah memperkenalkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bermula pada tahun 2011. Pemberian sijil ini adalah sebagai satu pengiktirafan Kerajaan malaysia kepada penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 20 juzuk al-Quran

STM ini adalah khusus buat para hafiz/hafizah yang KHATAM hafazan daripada mana-mana institusi tahfiz dan ingin memiliki Sijil Tahfiz yang diiktiraf kerajaan.

Program ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.

KELEBIHAN MEMILIKI SIJIL TAHFIZ MALAYSIA

Antara kelebihan memiliki Sijil Tahfiz Malaysia (STM) adalah seperti berikut:

  1. Mendapat sokongan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) tajaan JAKIM bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan ke atas.
  2. Mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon jawatan Guru Tahfiz KPM.

Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022: Permohonan & Syarat Kelayakan

Calon yang berkelayakan boleh mula membuat permohonan sehingga tarikh tutup pada 30 Ogos 2022.

Baca Juga :  Cara Daftar i-Akaun KWSP di Kiosk/Email/Bank 2020

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 tahun dan ke atas
  3. Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran
  4. Mengemukakan surat pengesahan rekod hafazan 30 juzuk daripada institusi atau guru tasmi’

CARA PERMOHONAN SIJIL TAHFIZ (STM) 2022

Calon-calon yang menepati kesemua syarat-syarat di atas boleh mula membuat permohonan mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Calon perlu mengisi borang permohonan di bawah dengan lengkap dan betul.
    • loading - Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022: Permohonan & Syarat Loading...
      EAD logo - Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022: Permohonan & Syarat Taking too long?

      reload - Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022: Permohonan & Syarat Reload document
      | open - Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022: Permohonan & Syarat Open in new tab

      Muat Turun

    • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Darul Quran.
  2. Borang permohonan di atas perlu disertakan dengan:
    • Satu salinan kad pengenalan yang disahkan.
    • Satu salinan Sijil Tamat Hafazan 30 JUZUK/Surat Pengesahan Hafazan 30 JUZUK/Rekod Hafazan 30 JUZUK yang telah disahkan.
    • Yuran Permohonan sebanyak RM150.00. Wang ini perlu dikirimkan sekali bersama borang permohonan atas nama *PENGARAH DARUL QURAN*

NOTA:

Borang permohonan yang tidak lengkap serta Kiriman Wang yang dibuat bukan di atas nama PENGARAH DARUL QURAN tidak akan diproses.

KAEDAH PENILAIAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM) 2022

Calon-calon boleh merujuk kaedah penilaian STM pada informasi berikut:

loading - Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022: Permohonan & Syarat Loading...
EAD logo - Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022: Permohonan & Syarat Taking too long?

reload - Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022: Permohonan & Syarat Reload document
| open - Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022: Permohonan & Syarat Open in new tab

Muat Turun

JADUAL PEPERIKSAAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA SIRI 2 TAHUN 2022

BIL PERKARA TARIKH
1. Iklan STM Siri 2 Tahun 2022 7 Jun 2022
2. Tarikh Akhir Hantar Borang Permohonan STM 30 Ogos 2022
3. Tarikh Semak Kelayakan Menduduki Peperiksaan (melalui website) 15 September 2022
4. *Tarikh Peperiksaan 4 Oktober 2022
5. *Tarikh Semak Keputusan(Tertakluk kepada Mesyuarat Pengajian Darul Quran) 18 November 2022

Maklumat Lanjut Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022

Sebarang maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

  • Urus setia (Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat) *hubungi pada waktu pejabat
    • 03-60635458 / 03-60635476 / 03-60635450 / 03-60635457
  • Alamat:
    • Darul Quran JAKIM
      Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
      44000 Kuala Kubu Bharu
      Selangor Darul Ehsan
  • PORTAL RASMI DARUL QURAN