Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Bantuan Zakat Pelajar IPT (UiTM) 2022 Online

Permohonan Bantuan Zakat Pelajar IPT (UiTM) 2022 Online

Permohonan Bantuan Zakat Pelajar IPT.

Sukacita kami kongsikan kepada pelajar-pelajar UiTM khususnya UiTM Cawangan Johor, permohonan bantuan zakat untuk pelajar IPT kini telah pun dibuka.

Bantuan ini dibuka bagi sesi Mac hingga Ogos 2022. Para pelajar yang menepati syarat-syarat kelayakan dialu-alukan untuk membuat permohonan.

Macam mana nak mohon?

Pemberitahuan membawakan anda artikel hari ini Permohonan Bantuan Zakat Pelajar IPT (UiTM) 2022 Online sebagai panduan agi mereka yang benar-benar memerlukan.

Jom baca!

Permohonan Bantuan Zakat Pelajar IPT (UiTM) 2022 Online

Berikut informasi penting kami kongsiakan buat para pelajar yang ingin memohon bantuan zakat sesi Mac-Ogos 2022:

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT IPT

  • Tarikh Permohonan Dibuka: 3 April 2022 (Ahad)
  • Tarikh Permohonan Ditutup: 30 April 2022 (Sabtu)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pelajar-pelajar yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam
  2. Pemohon merupakan pelajar sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Pra-Diploma
  3. Pemohon mempunyai rekod yang baik dan tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh pihak universiti
  4. Pelahar dibenarkan untuk membuat permohonan sekali sahaja untuk setiap semester.

CARA PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT IPT UiTM 2022 ONLINE

Pelajar yang memenuhi kesemua syarat kelayakan yang digariskan di atas boleh terus memohon dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pemohon boleh membuat permohonan secara online di:
  2. Klik pada ‘Laman Web Sistem Permohonan Zakat Pelajar’
  3. Untuk panduan permohonan, pelajar boleh rujuk:
Baca Juga :  Permohonan Program JUMPER PUNB Sesi 2022 Online

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan:

  1. Salinan kad matrik pelajar
  2. Pengesahan pendapatan / Slip Gaji
  3. Slip pengesahan akaun
  4. Surat perakuan doktor (jika perlu)
  5. Sijil kematian (jika perlu)

276200049 373109291489828 274033266961743953 n 725x1024 1 e1649136517302 - Permohonan Bantuan Zakat Pelajar IPT (UiTM) 2022 Online

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Zakat Pelajar IPT (UiTM)

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan zakat IPT ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Johor

KAMPUS SEGAMAT

  • Ustaz Nazrudin (07-9352090)
  • Ustaz Mohd Azhar (07-9352030)

KAMPUS PASIR GUDANG

  • Ustazah Azizah (07-3818038)

PORTAL RASMI & SOSIAL MEDIA

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH