Pemberitahuan » Panduan » Permohonan Dan Semakan MyKID & Dokumen Yang Diperlukan

Permohonan Dan Semakan MyKID & Dokumen Yang Diperlukan

Cara Permohonan MyKID .

Permohonan MyKID bagi bayi yang lahir pada tahun 2020/2021 boleh dibuat dimana-mana kaunter JPN sekarang khusus buat ibu bapa yang belum mendaftar MyKID anak.

Anda boleh mula membuat permohonan MyKID ini di kaunter JPN yang berdekatan tanpa perlu membuat janji temu.

Bagaimana?

Pemberitahuan membawakan anda entri hari ini Permohonan Dan Semakan MyKID & Dokumen Yang Diperlukan sebagai panduan bagi ibu bapa yang ingin mendaftar MyKID anak-anak mereka.

Jom baca!

Cara Permohonan MyKID 2022 JPN & Dokumen Yang Diperlukan

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

Untuk makluman, 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip MyKID adalah:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

Mengapa pentingnya untuk anak-anak anda memiliki MyKID?

Antara manfaat memiliki MyKID adalah seperti berikut:

  • Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
  • Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  • Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  • Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  • Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.

SYARAT PERMOHONAN MyKID 2022

Untuk makluman ibu bapa, MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Baca Juga :  Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Secara Online 2021

CARA Permohonan MyKID 2022 DI KAUNTER JPN

  1. Ibu bapa boleh hadir dimana-mana kaunter JPN yang berdekatan untuk membuat permohonan. Berikut adalah senarai lokasi cawangan JPN dan UTC di Malaysia:
  2. Dokumen-dokumen permohonan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:
    • Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
    • Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
      • Salinan IC bapa
      • Salinan IC ibu
    • Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir
  3. Berikut adalah Jadual Waktu Operasi Kaunter JPN untuk rujukan anda:

waktu operasi kaunter jpn 511x1024 1 e1649298148649 - Permohonan Dan Semakan MyKID & Dokumen Yang Diperlukan

SEMAKAN PERMOHONAN MyKID 2022 ONLINE

  1. Ibu bapa juga boleh membuat semakan permohonan MyKID secara atas talian di pautan berikut:
  2. Masukkan Nombor MyKID tanpa ‘-‘
  3. Masukkan Captcha yang diberikan dengan betul.
  4. Klik pada ‘Semak’

Maklumat Lanjut Cara Permohonan MyKID 2022

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH