Permohonan Program Jumper PUNB.
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad PUNB kini kembali membuka peluang kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berminat untuk menjadi mentor bagi Program Mentor Jumper PUNB.
Apa kelebihan yang anda perolehi apabila menyertai program ini?
Dimana anda boleh mendaftar? Apa syarat-syarat pendaftaran?
Pemberitahuan prihatin dan kami sediakan anda dengan artikel Permohonan Program Jumper PUNB 2021 Secara Online sebagai panduan bagi mereka yang berminat.
Semua informasi yang anda perlukan kami sediakan disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Program Jumper PUNB (Jom Jadi Perantis PUNB)?
Untuk makluman anda, Program JUMPER PUNB adalah program yang diwujudkan khas disediakan sebagai platform latihan dan bimbingan kepada usahawan muda dalam bidang perniagaan.
Berikutan dengan itu pihak PUNB sedang mencari calon yang sesuai untuk menjadi mentor bagi melaksanakan program ini dan keutamaan diberi pada syarikat bumiputera yang berminat.
KELEBIHAN MENJADI MENTOR PROGRAM PUNB
Antara kelebihan yang akan diperolehi oleh syarat-syarat yang berkelayakan menjadi mentor Program PUNB ini adalah seperti berikut:
- Berpeluang mengembangkan perniagaan sedia ada melalui perniagaan berkonsep.
- Berpeluang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan perniagaan di bawah PUNB.
- Menjadi rakan strategik melalui pelbagai program jaringan perniagaan PUNB.
- Mendapat bimbingan dan latihan keusahawan daripada PUNB.
Permohonan Program Jumper PUNB 2021 Secara Online
Berikut kami kongsikan dengan anda syarat kelayakan, cara permohonan etc sebagai rujukan bagi mereka yang yang berminat.
Jom baca.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB
Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk melayakkan anda membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Perniagaan telah beroperasi minima 3 tahun dengan rekod perniagaan yang lengkap.
- Perniagaan yang dijalankan adalah perniagaan sedia ada atau perniagaan ke arah berkonsep.
- Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah sepenuh masa.
- Mempunyai modul pembelajaran yang praktikal dan efektif kepada JUMPER PUNB.
- Perniagaan dimiliki dan diterajui oleh bumiputera dengan pegangan ekuiti sekurang-kurangnya 70%.
- Bersedia menerima dan melatih graduan bumiputera tentang selok belok dunia perniagaan.
- Mestilah komited dan sanggup mengikuti program atau latihan yang disediakan oleh PUNB.
- Syarikat mempunyai portfolio kepakaran atau kemahiran dalam bidang tertentu dalam membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada JUMPER PUNB.
- Syarikat pernah menyertai mana-mana program keusahawanan kendalian dari lain-lain agensi.
- Syarikat tersebut merupakan mentor dalam industri runcit, pengedaran dan pembuatan/PKS.
CARA PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2021
Mereka yang berkelayakan boleh terus membuat permohonan dengan mengikuti cara-cara yang berikut:
- Pemohon perlu layari: BORANG PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2021
- Anda dikehendaki mengisi semua maklumat yang diminta dengan lengkap kemudian klik ‘Next’
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan (seperti senarai di bawah). Dokumen tersebut perlu dimuat naik dalam format PDF/ DOC/ DOCX/PNG/ JPG/ JPEG/ GIF dan saiz tidak melebihi 16 MB.
- Selesai semua proses permohonan dan muat naik dokumen, klik ‘Submit’ untuk hantar.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
- Rancangan Modul/Kaedah Latihan (relevan dengan situasi semasa pandemik Covid-19).
- Profil Syarikat.
- Laporan Pengurusan Akaun Syarikat/Penyata Kewangan. Beraudit pada tahun 2020 (jika ada).
- Penyata Akaun Bank untuk 6 bulan terkini.
- Cadangan Konsep Niaga (jika ada).
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Jumper PUNB 2021 ini anda boleh terus hubungi pihak urusetia yang berikut:
- Encik Amirul: 03 – 2785 1417
- Puan Raha: 03-2785 1413
- Cik Aina: 03-2785 1908
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan dapat membantu menstabilkan semula keadaan ekonomi anda yang terkesan akibat penularan Covid-19.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH