Pemberitahuan » Informasi » BPN 2.0: Permohonan Rayuan Online 2020

BPN 2.0: Permohonan Rayuan Online 2020

BPN 2.0: Permohonan Rayuan

Permohonan BPN 2.0 anda tidak lulus? Bagaimana caranya untuk anda membuat permohonan rayuan? Secara online ataupun manual?

Artikel Thesumber BPN 2.0: Permohonan Rayuan Online 2020 hari ini membawakan anda panduan ringkas cara permohonan rayuan BPN 2.0 dilakukan.

Jom teruskan bersama kami!

BPN 2.0: Permohonan Rayuan

bpn 2.0 fasa 1 fdan 2 - BPN 2.0: Permohonan Rayuan Online 2020

Berikut kami kongsikan dua cara untuk anda membuat permohonan rayuan BPN 2.0:

PERMOHONAN RAYUAN ONLINE

Anda perlu membuat semakan status permohonan BPN 2.0 terlebih dahulu sebelum ingin membuat rayuan permohonan BPN 2.0.

Berikut kami kongsikan cara untuk anda ketahui samada permohonan anda lulus atau pun tidak:

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian ‘Semakan Status’
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Klik pada butang ‘Carian’
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik pada butang ‘Semak’
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Terdapat empat (4) status semak Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan dipaparkan iaitu:
  • Lulus
  • Tidak Lulus
  • Tiada Rekod
  • Tidak Layak
  1. Pastikan status yang terpapar ialah ‘Tidak Lulus’ untuk membuat permohonan rayuan.
  2. Jika ya, teruskan dengan langkah dengan klik butang ‘Permohonan Rayuan’
  3. Tidak perlu isi apa-apa, tidak perlu membuat kemaskini BPN 2.0 hanya klik butang Permohonan Rayuan itu sahaja
  4. Selepas itu, paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
  5. Klik ‘Papar Rayuan’ untuk melihat rayuan yang telah dihantar

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 - BPN 2.0: Permohonan Rayuan Online 2020

PERMOHONAN RAYUAN MANUAL DI LHDN

Mengikut proses rayuan BPN 1.0 Fasa Kedua sebelum ini, mana-mana individu yang permohonan mereka tidak diluluskan juga boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN.

Baca Juga :  Cara Daftar SSM Percuma (SPPP) Untuk Usahawan B40

Sila rujuk cara isi borang rayuan BPN 1.0 untuk penerangan yang lebih terperinci. Sekiranya ada panduan terbaru untuk BPN 2.0, kami akan kemaskini.

Berikut ialah cara membuat rayuan BPN 2.0 di mana-mana cawangan LHDN berdekatan.

Sila rujuk laman Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bilakah tarikh boleh mula buat rayuan BPN 2.0 di cawangan

Sila pastikan anda membawa dokumen seperti:

  • Kad Pengenalan (MyKad)
  • Surat rayuan

Atau lain-lain dokumen sokongan seperti surat kena buang kerja, atau apa-apa yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan dan yang berkaitan dengan permohonan rayuan anda.

Kesimpulan BPN 2.0: Permohonan Rayuan

Sebarang informasi berkenaan BPN 2.0: Permohonan Rayuan kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Diharapkan artikel kami hari ini dapat membantu anda membuat tindakan mengikut proses yang sepatutnya.

Selamat maju jaya kami ucapkan dan sentiasa jaga SOP yang disarankan Kementerian Kesihatan untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda negara.

TERIMA KASIH