Pemberitahuan » Panduan » Semak Baki Akaun BSN Online (MyBSN) 2020

Semak Baki Akaun BSN Online (MyBSN) 2020

Semak Baki Akaun BSN.

Bagaimana caranya untuk anda membuat semakan baki akaun BSN online?

Adakah anda perlu mendaftar dan login ke dalam MyBSN terlebih dahulu?

Artikel kami di Pemberitahuan hari ini Semak Baki Akaun BSN Online (MyBSN) 2020 membawakan anda panduan ringkas yang mudah difahami buat rujukan mereka yang berminat.

Jom baca!

Semak Baki Akaun BSN Online (MyBSN)

APA ITU MyBSN?

Untuk makluman anda, MyBSN perkhidmatan online banking untuk memudahkan anda sebagai pelanggan bsn, menyelesaikan apa-apa transaksi melibatkan pindahan wang secara online.

Bagaimana cara untuk mendaftar?

DAFTAR AKAUN MyBSN ONLINE

Berikut kami sediakan cara-cara untuk anda yang sudah mempunyai buku BSN tetapi masih belum mendaftar untuk akaun BSN online:

  1. Layari laman web MyBSN untuk membawa anda ke laman web rasmi  untuk bahagian login.
  2. Kemudian klik link Register untuk pelanggan yang ingin membuat keahlian baru di MyBSN.
  3. Pastikan anda membaca sepenuhnya terma & syarat yang telah ditetapkan oleh BSN untuk mendapat akses penggunaan Servis Perbankan Internet BSN (MyBSN), beserta dengan segala servis yang disediakan dalam MyBSN. Tick pada Accept sekiranya anda bersetuju dengan terma & syarat tersebut, manakala Decline untuk kembali ke laman utama.
  4. Selepas anda memilih Accept, tekan butang Next.
  5. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu diisikan.
  6. Sebelum isi, pastikan anda mempunyai nombor kad debit/kredit, nombor PIN kad debit/kredit dan nombor telefon mudah alih yang berdaftar atas nama anda.
  7. Pada ruangan Debit / Credit Card Number, masukkan nombor kad kredit / debit yang tertera di bahagian hadapan kad kredit / debit anda.
  8. Kemudian, pada ruangan CVV2, masukkan nombor tiga digit yang tertera di bahagian belakang kad kredit/debit anda.
  9. Pada ruangan Expiry Date, anda perlu masukkan tarikh luput untuk kad kredit/debit anda. Untuk Month, pilih bulan, manakala untuk Year, pilih tahun. Bulan dan tahun ini boleh didapati pada bahagian hadapan kad anda, di bawah nombor kad anda, yang tertera tarikh. (Misalnya, sekiranya kad anda tamat pada Mei 2024, akan tertera di kad anda 05/24)
  10. Pastikan tarikh yang dimasukkan adalah betul. Bimbang akan ada masalah login BSN online nanti.
  11. Isikan nombor kad pengenalan anda pada ruangan New IC Number sekiranya anda warganegara Malaysia, ATAU masukkan nombor pengenalan yang lama pada Old IC sekiranya anda masih belum menggunakan MyKad, ATAU isikan pada ruangan Military IC/Passport Number jika anda tidak mempunyai kad pengenalan/MyKad atau bukan warganegara.
  12. Tekan butang Next.
  13. Di laman seterusnya, masukkan username yang anda mahu dan mengikut spesifikasi yang diberi pada ruangan Username.
  14. Kemudian, masukkan kata laluan pada ruangan Password (mestilah lebih daripada lapan angka).
  15. Masukkan semula kata laluan anda yang anda ingin gunakan untuk akaun anda ini pada ruangan Confirm New Password.
  16. Seterusnya, tekan Request OTP. Akan keluar pop-up box untuk mengesahkan nombor telefon anda. Tekan butang Confirm. Anda akan menerima kod OTP daripada BSN secara SMS ke telefon anda, melalui nombor telefon anda yang anda telah daftarkan dengan akaun BSN anda.
  17. Masukkan kod OTP tersebut di ruangan OTP Number.
  18. Pilih salah satu gambar yang tertera di ruangan Online Image. Gambar ini digunakan untuk proses pengesahan akaun anda setiap kali anda ingin login ke akaun online banking MyBSN anda. Anda dinasihatkan untuk menukar gambar online anda ini setiap bulan.
  19. Tekan butang Submit.
  20. Pendaftaran akaun online banking  anda berjaya.
Baca Juga :  Kemaskini Status BPN 2.0: Status Perkahwinan & Akaun Bank Online

cara login mybsn internet banking - Semak Baki Akaun BSN Online (MyBSN) 2020

SEMAK BAKI AKAUN BSN ONLINE (MyBSN)

Berikut kami kongsikan cara untuk anda membuat semakan baki akaun BSN online:

  1. Layari laman web rasmi MyBSN
  2. Tekan MyBSN di browser anda, dan pilih pilihan yang teratas.
  3. Kemudian, anda akan tiba di laman untuk login. Pada ruangan Username, masukkan username untuk akaun anda.
  4. Kemudian, tekan butang Login.
  5. Masukkan maklumat lain seperti Online Image dan password untuk akaun anda.
  6. Pilih menu My Account.
  7. Seterusnya, pilih Account Balance.
  8. Maklumat baki anda akan tertera di skrin.

Anda juga boleh membuat semakan kelayakan/baki pinjaman peribadi BSN

Soalan Lazim (FAQ) MyBSN

Adakah perlu membuka akaun baharu untuk Perbankan Internet?

Tidak perlu. Anda boleh gunakan dan nombor kad ATM yang sedia ada

Saya nak buka akaun secara online?

Setakat ini BSN belum lagi menawarkan perkidmatan ini.

Bilakah boleh mula menggunakan perkidmatan ini?

Selepas mendaftar MyBSN secara online dan berjaya mendaftar, anda boleh mula menggunakannya.

Bolehkah menggunakan perkhidmatan ini jika tidak memiliki akaun dengan myBSN?

Sila layari laman web BSN untuk mengetahui tentang bank, produk dan perkhidmatan yang disediakan.

Walaubagaimanapun anda perlu memiliki Akaun Simpanan dengan kad ATM dan PIN ATM untuk mendaftar dan berurusan dengan MyBSN.

Bolehkah daftar nombor telefon bimbit luar negara?

Pada masa ini, BSN tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.

Perlukah daftar semula dengan MyBSN selepas kad ATM diganti baru (disebabkan kehilangan, dll)?

Anda tidak perlu mendaftar semuka. Selepas mendaftar, profil anda yang ada dalam MyBSN akan sentiasa sah.

Bolehkah gunakan Nama Pengguna sebagai Kata Laluan?

Dinasihati tidak menggunakan Nama Pengguna sebagai Kata Lalun sebagai langkah keselaman. Guna kata laluan yang berlainan

Jika lupa kata laluan, bagaimana untuk memohon kata laluan yang baru?

Anda cuma perlu klik Forgot Password dan masukkan butiran kad dan pin.

Bolehkah tukar kata laluan?

Boleh. Log masuk MyBSN dan klik Profile Management. Pilih Change Password dan mohon TAC yang akan dihantar melalui SMS. Masukkan nombor TAC dan tukar kata laluan.

Apakah langkah keselamatan yang perlu ambil untuk melindungi nombor PIN dan kata laluan?

Lebih selamat sekiranya anda menaip alamat URL BSN yang rasmi dan log masuk dari URL tersebut. Jangan log masuk MyBSN melalui mana-mana pautan emel.

Apa perlu buat jika ada masalah untuk log masuk dan terlupa Nama Pengguna?

Hubungi pusat khidmat pelanggan BSN di 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)

Adakah dikenakan bayaran menggunakan MyBSN?

Tiada sebarang pembayaran dikenakan

Maklumat Lanjut Semak Baki Akaun BSN

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai akaun MyBSN ini anda boleh hubungi:

  • 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)
  • customercare@bsn.com.my

Semoga artikel kami ini dapat membantu anda membuat apa-apa urusan dengan BSN lebih mudah dan cepat. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH