Pemberitahuan » Terkini » BPN 2.0: Tarikh Pembayaran BPN Fasa 2 Januari 2021

BPN 2.0: Tarikh Pembayaran BPN Fasa 2 Januari 2021

BPN 2.0: Tarikh Pembayaran.

Di dalam Pakej PRIHATIN ini, Kerajaan akan menyediakan bantuan segera kepada rakyat Malaysia bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh semua golongan. Yang menariknya mengenai pakej ini adalah pemberian tunai ‘one off’ kepada kumpulan golongan M40 dan B40 dengan peruntukan hampir RM10 billion untuk meringankan rakyat yang terjejas.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Kita seluruh rakyat malaysia menjalani tempoh yang sukar di mana kita menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 di negara kita. Sehubungan dengan itu pada 27 MAc 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman bantuan untuk semua rakyat Malaysia. Dalam perutusan khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

BPN 2.0: Tarikh Pembayaran BPN Fasa 2 Januari 2021

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (FASA 1, 2 DAN SEMAKAN)

TERKINI!

TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0

Untuk makluman anda: bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua fasa ansuran seperti berikut:

Fasa 1: Pembayaran dijangka akan dilakukan pada penghujung bulan iaitu 26 OKTOBER 2020

Fasa 2: Pembayaran seterusnya dijangka akan dilakukan pada bulan Januari 2020

BPN 2.0: BANTUAN RM1000 (B40) & RM500 (BUJANG B40)

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:

  • Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;

  • Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;

  • Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan

  • Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

Berikut kami kongsikan pada anda jadual pembayaran bantuan BPN ini:

Baca Juga :  Daftar Program Subsidi Carseat Untuk Golongan B40 (2020)

bpn 2 0 tambahan 1024x448 - BPN 2.0: Tarikh Pembayaran BPN Fasa 2 Januari 2021

 

PERTUKARAN KEPADA STATUS ‘TIDAK LAYAK’

Sekiranya anda dapati status permohonan anda bertukar daripada ‘LAYAK’ kepada ‘TIDAK LAYAK’, berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan ianya berlaku berdasarkan portal rasmi BPN sendiri:

  • Duplikasi permohonan: Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan.
  • Pemohon / pasangan mempunyai syarikat: Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my jika berkelayakan.
  • Pendapatan melebihi kelayakan: Semakan data agensi mendapati pendapatan Bujang / Isi Rumah melebihi kelayakan.
  • Menetap luar negara: Pemohon berada di luar negara.

NOTA:

Bagi yang layak fasa 1 dan tidak layak fasa 2, anda masih boleh menunaikan baucer BPN fasa 1 di BSN (khusus bagi mereka yang tiada akaun bank).

BPN 2.0: Semakan Bantuan Prihatin Nasional

BPN 2.0 - BPN 2.0: Tarikh Pembayaran BPN Fasa 2 Januari 2021

Berikut kami kongsikan serba sedikit mengenai Semakan Permohonan BPN ini, Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

  1. Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
  2. ) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN
    yang ditetapkan

Untuk makluman anda juga Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  2. Bantuan Prihatin Nasional (BPN), https://bpn.hasil.gov.my

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau
LHDN di Talian Kementerian Kewangan :

  • 03-8882 9089
  • 03-8882 9087
  • 03-8882 9191
  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Emel rasmi support BSH dan BPN :

bsh@treasury.gov.my
pre2020@treasure.gov.my

Facebook : Kementerian Kewangan Malaysia

HOTLINE LHDNM :1-800 882 747
03-8911 1000

Kesimpulan BPN 2.0: Tarikh Pembayaran

Kami berharap agar perkongsian kami mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) ini dapat memudahkan urusan anda dalam mendapat maklumat berkaitan infomasi terkini. Kongsikan Juga berita baik ini kepada rakan dan saudara anda. Maklumat lanjut mengenai artikel ini boleh di semak di pautan yang kami sediakan di atas. Selamat Maju jaya dan duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ini.