Pemberitahuan » Terkini » BPN 2.0 :Permohonan Baru Dan Semakan Status Online

BPN 2.0 :Permohonan Baru Dan Semakan Status Online

Permohonan Baru (Bantuan Prihatin Nasional) BPN 2.0

Anda ingin membuat permohonan baru untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0)? Anda juga ingin menyemak status kelayakan dan permohonan anda?

Kami ada jalan penyelesaiannya!

Artikel Pemberitahuan hari ini kami bawakan khas untuk anda membuat Permohonan Baru BPN 2.0 & Semakan Status Online dengan mudah dan cepat!

Bagaimana?

Jom teruskan membaca!

Permohonan Baru BPN 2.0 Dan Semakan Status Online

Untuk makluman anda, kerajaan sekali lagi menyalurkan bantuan untuk rakyat menerusi BPN 2.0. Bantuan-bantuan lain seperti GKP 2.0 juga turut diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Tiada permohonan baru perlu dibuat sekiranya anda pernah menerima BPN.

PERMOHONAN BARU BPN 2.0

Permohonan baru ini dibuka mulai hari ini 15 OKTOBER 2020 sehingga 15 NOVEMBER 2020.

Anda boleh mula membuat permohonan baru BPN 2.0 ini online di laman web rasmi Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) ATAU secara manual dengan cara mengisi Borang Permohonan BPN 2.0

Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan LHDNM berhampiran.

Tarikh semakan kelulusan permohonan baru akan dimaklumkan.

NOTA:

Untuk permohonan baru, sekiranya permohonan anda lulus, PEMBAYARAN AKAN DILAKUKAN SECARA SEKALIGUS PADA BULAN JANUARI NANTI.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BPN 2.0

Semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia & belum pernah memohon BPN sebelum ini layak memohon.

KATEGORI B40

Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

Bujang:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

KATEGORI M40

Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000

Bujang:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000

KATEGORI PENERIMA BPN 2.0

4 kategori yang layak menerima BPN adalah:

  1. B40
  2. B40 Bujang
  3. M40
  4. M40 Bujang
Baca Juga :  Permohonan Jawatan Kosong SPP 2022: Daftar & Login MySPP

bpn 2.0 fasa 1 fdan 2 - BPN 2.0 :Permohonan Baru Dan Semakan Status Online

Untuk makluman anda, pembayaran BPN 2.0 ini akan dilakukan secara ansuran bermula pada hujung bulan Oktober dan juga pada bulan Januari tahun hadapan.

Kadar bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

1 bpn 2 0 tambahan 1024x448 - BPN 2.0 :Permohonan Baru Dan Semakan Status Online

Kaedah pembayaran seperti BPN sebelum ini iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan.

Sekiranya anda tiada akaun bank atau bank tidak aktif (gagal kredit) anda boleh terus membuat tuntutan tunai dimana-mana cawangan BSN yang berhampiran.

Dan bagi penerima kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, pembayaran akan dibuat secara tunai bermula Januari 2021.

Tuntutan tunai ini hanya boleh dibuat setelah nombor siri wujud pada paparan semakan BPN 2.0 di https://bpn.hasil.gov.my/

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPN 2.0

Semakan status permohonan baru anda boleh dibuat di laman web rasmi BPN bermula 15 Oktober 2020.

Untuk membuat semakan anda perlu log masuk ke sistem tersebut.

Sekiranya terlupa kata laluan, perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan.

Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Soalan Lazim Permohonan Baru BPN 2.0

Apa itu BPN 2.0?

BPN baru ini merupakan bantuan tambahan untuk B40 dan M40 termasuk bujang.

Bilakah pembayaran akan dibuat?

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua ansurans iaitu bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.

Bagaimana untuk semak status kelulusan BPN?

Semakan boleh dibuat di portal rasmi bpn.hasil.gov.my bermula 15 Oktober nanti.

Bolehkah saya memohon rayuan semula sekiranya layak?

Rayuan / proses permohonan baru akan dibuka 15 Oktober kepada semua yang layak.

Saya merupakan pasangan yang layak dan telah bercerai, bagaimana?

Anda boleh membuat permohonan baru pada tarikh yang telah dinyatakan.

Kesimpulan Permohonan Baru BPN 2.0

Semoga artikel kami hari ini dapat membantu memudahkan urusan anda membuat permohonan baru BPN 2.0 ini. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH