Cara Aktifkan RFID Tag Touch n Go Kereta Online

Cara Aktifkan RFID Tag.

Susulan pelaksanaan penggunaan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) bagi kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Januari 2022, kaedah bayaran tol menggunakan Touch n Go dan SmartTag akan dihentikan secara berperingkat.

Pengguna perlu mengaktifkan RFID Tag kenderaan mereka bagi melancarkan perjalanan di lebuhraya yang berkaitan.

Bagaimana?

Entri Pemberitahuan hari ini Cara Aktifkan RFID Tag Touch n Go Kereta Online kami bawakan khas untuk pengguna jadikan rujukan.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca.

Apa Itu RFID Touch n Go?

Pihak Touch n Go memperkenalkan sistem RFID ini (pembayaran tol sistem elektronik) bagi menggantikan penggunaan kad Touch’n Go dan sistem Smart Tag secara berpeingkat. Pelaksanaan sepenuhnya akan bermula pada 15 Januari 2022.

RFID adalah satu sticker yang akan dilekatkan pada kereta anda. Pelekat RFID mempunyai cip frekuensi radio dalaman yang perlu dipasang pada cermin depan kereta atau lampu depan di pusat yang dibenarkan.

Antara keistimewaan sistem RFID Touch n Go adalah seperti berikut:

  1. Pengguna boleh membuat tambah nilai Touch n Go secara online menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan tanpa perlu ke kaunter secara manual apabila anda kehabisan kredit.
  2. Anda juga tidak perlu menggunakan bateri seperti SmartTag sekiranya menggunakan sistem RFID ini.
  3. Kelebihan utama sistem RFID ini adalah mengurangkan kesesakan kenderaan di laluan tol kerana anda tidak perlu berhenti lagi di laluan tol. Lebih cepat, lebih laju.
Baca Juga :  Pertandingan Mencipta Logo APEC Malaysia 2020

Cara Aktifkan RFID Tag

CARA DAFTAR & AKTIFKAN TAG RFID

Untuk memudahkan proses daftar dan pengaktifan tag RFID, pengguna perlu memuat turun aplikasi Touch’n Go eWallet terlebih dahulu.

Daftar, topup eWallet anda dan bersedia untuk membeli dan mengaktifkan tag RFID.

CARA BELI TAG RFID ONLINE MELALUI TOUCH’N GO eWALLET

  1. Selesai mendaftar di Touch’n Go eWallet anda boleh terus membeli tag RFID anda di: PORTAL RASMI TOUCH’N GO: BELI TAG RFID
  2. Harga pembelian tag RFID adalah RM35.00
  3. Untuk memudahkan lagi urusan pembelian, pengguna boleh membeli tag RFID ini melalui aplikasi Touch’n Go eWallet.
  4. Buka aplikasi eWallet anda, klik pada ‘Toll’ > ‘RFID’
  5. Kemudian klik pada ‘Order RFID Tag’
  6. Anda aka dipaparkan dengan butiran harga RFID Tag, pilih kuantiti yang ingin dibeli kemudian klik ‘Buy Now’

Beli dengan aplikasi eWallet ni paling senang sebab anda boleh topup secara online pada bila-bila masa dan dimana sahaja anda berada.

CARA BELI TAG RFID SECARA MANUAL

Pada mereka yang ingin membeli tag RFID ini secara manual di kaunter boleh rujuk link di bawah untuk kaunter-kaunter TNG yang berdekatan dengan anda:

SENARAI LOKASI KAUNTER PEMBELIAN TAG RFID

CARA PASANG PELEKAT TAG RFID

  1. Bersihkan permukaan yang ingin dilekatkan pelekat tag RFID samada bahagian lampu atau cermin hadapan.
  2. Buka pelekat dan tampalkan dengan kemas.
  3. Selesai lekatkan tag RFID anda, pergi semula pada portal rasmi TNG atau aplikasi TNG eWallet anda.
  4. Daftar nombor siri tag RFID anda dan masukkan maklumat kenderaan.
  5. Tag anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam.

Selesai!

Maklumat Lanjut Cara Aktifkan RFID Tag

Sebarang maklumat lanjut mengenai pengaktifan dan pendaftaran RFID Tag, anda boleh terus hubungi berkenaan di saluran berikut:

Enable Notifications    OK No thanks